WONG PENGERUSIKAN PERBINCANGAN STRUKTUR SEMULA KEDUDUKAN PARTI PEMBANGKANG

OLEH: SHAIMON S JUMADI
Monday October 10/2016

SANDAKAN:-  Perbincangan khas bagi mengstruktur semula  strategi kedudukan parti pembangkang khususnya DAP-PKR dan Amanah (PAKATAN HARAPAN) Sabah telah diadakan sini baru-baru ini

Perbincangan tersebut yang diadakan selama 2 jam  itu dipengerusikan oleh Pengerusi DAP Sabah yang juga Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt,

Turut hadir ialah Pesuruhjaya AMANAH Negeri Sabah Hj Hamzah Hj Abdullah dan para pemimpin kanan PKR.


Topik perbincangan tersebut antara lain membincangkan   strategi perjalanan Pakatan Harapan untuk berdepan dengan musuh-musuh politik di samping membincangkan soal pembahagian kerusi untuk DUN dan Parlimen bagi menghadapi PRU14 nanti.

Kata Wong kali ini pilihanraya biarlah satu lawan satu  di mana parti-parti pembangkang meletakan calon contoh di kawasan Elopura-Sandakan   bagi kerusi DUN/MP   untuk menentang calon BN biarlah di tentang satu lawan satu parti-parti pembangkang yang lain tak perlu meletak calon supaya undi tidak pecah ini sahaja untuk memastikan kekuattan parti-parti pembangkang untuk mengalahkan caloh-calon BN.

“Saya minta semua parti-parti pembangkang di Sabah tidak kira datangnya  dari mana parti itu kita harus bersatu hati menyokong calon-calon parti-parti pembangkang yang bertanding  untuk menentang  calon-calon BN” tegasnya.