PELAKON SENSASI 90 AN JULIE DAHLAN TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH

OLEH: WAN SALMAH WAN DZULKIFLIE
 
PETALING JAYA:- Penerbit filem terkenal Julie Dahlan meninggal dunia 7.30 malam tadi akibat komplikasi pelbagai penyakit yang dideritainya sejak beberapa tahun lalu.
Menurut penyanyi, Datuk Hattan yang juga biras kepada anaknya, Hani Harmi, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang .
Difahamkan, Hani dan suaminya turut berada di sisi Allahyarham.
Jenazah Allahyarham kini berada di Hospital Ampang.
Julie atau Junaidah Dahlan, 62, menghidap pelbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah penglihatan.
Penerbit dan pelakon filem dan drama yang popular pada era 90-an itu mencipta nama menerusi pelbagai filem terbitannya seperti Harry Boy (1991), Wira Angkasa (1987), Driving School (1990) dan terakhir Cinta Metropolitan (1995).

Bahagian Hiburan The Borneo Sabah Insider Net (KL) mengucapkan salam takziah kepada keluarga  Arwah Julie Dahlan atas pemergian orang yang disayangi marilah sama-sama sedakahkan  Al Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan orang-orang solehah…Amin Al Fatihah

CAFE PASIR EMAS DAPAT SIJIL PENERAFAN KERBESIHAN DARIPADA MPS

OLEH: SHAIMON S  JUMADI

JAMES WONG.....Serah Sijil Penerafan Kebersihan Primes Makanan



SANDAKAN: Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) telah menyampaikan sijil penerafan kebersihan premis makanan kepada beberapa restoran dan kafe di bandar ini kelmarin.

Ia berikutan usaha MPS yang melaksanakan operasi penggredan ke atas setiap premis supaya garis panduan sedia ada sentiasa dipatuhi para pengusaha apabila menyediakan makanan di premis masing-masing.

Untuk itu, Kafe Gimsa Pasir Emas Cafe yang terletak di Pasir Putih, Jalan Bokara mendapat pengiktirafan sebagai sebuah kafe sangat bersih sekali gus menjadikannya yang pertama mendapat penarafan A daripada pihak MPS.

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Ir. James Wong menyampaikan sijil penafaran kepada pemilik kafe berkenaan dalam satu majlis ringkas yang dihadiri bersama oleh Pengerusi Jawatankuasa Unit Kebersihan Awam MPS iaitu Lily Au dengan jawatankuasanya.

Bercakap kepada pemberita semasa ditemui, Lily berkata pengiktirafan yang dibuat terhadap premis kafe ini mengambil kira mutu dan kebersihan premis sentiasa terjamin di samping penyediaan makanan teratur.

Katanya, penggredan merangkumi pelbagai tahap kebersihan seperti aspek pengendalian makanan yang selamat selain persekitaran bersih dan bebas daripada sebarang kekotoran.

"Kafe Ginza adalah merupakan premis makanan yang pertama mendapat penarafan sangat bersih atau A yang membolehkan ia menjadi contoh kepada premis-premis lain di daerah ini.

"Premis yang kedua turut menerima penarafan A ialah Restoran Nusantara di Bandar Megah, Batu 7. Kebersihan restoran ini juga memang memuaskan hati ... selepas ini, kami akan bergerak ke sana untuk menyampaikan pelekat A kepada pemiliknya," kata beliau berseloroh.

Beliau menambah penarafan dibuat terhadap premis-premis makanan adalah melalui proses pemeriksaan yang telah pun dijalankan jawatankuasa unit kebersihan sepanjang pelaksanaan operasi penggredan.

Menurutnya, penggredan merangkumi pelbagai tahap kebersihan dibuat terhadap lebih 500 buah premis makanan di seluruh daerah ini.

Beliau berharap para pengusaha premis makanan dapat memberikan kerjasama dengan mempertingkatkan tahap kebersihan termasuk memastikan makanan yang disediakan adalah 

selamat untuk dimakan.

Ini katanya, timbul rungutan dan aduan kononnya sesetengah premis makanan tidak mengikut garis panduan sedangkan pihaknya sudah pun mewar-warkannya menerusi pendekatan 

tertentu agar pentingnya menjaga kebersihan demi kepentingan semua pengguna.

Tambahnyan, penggredan akan dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan pihak kerajaan supaya pengusaha premis sentiasa mengikuti garis panduan daripada segi penyediaan 

makanan dan sebagainya.

"Selain penyediaan makanan, kawasan premis seperti tandas umpamanya mestilah juga bersih di samping tidak boleh menghalang laluan. Pemantauan yang dibuat bukan sahaja di 

dalam premis mahu pun luar, tetapi juga belakang premis pun akan diperiksa sekali.

"Penggredan yang dikuatkuasakan ini penting supaya kita dapat menjaga alam sekitar memandangkan keadaan di pelupusan sampah semakin penuh, jadi kitar semula sangat 

penting," ujarnya.

Katanya lagi, dengan adanya penggredan terhadap premis makanan sudah pasti membantu pengguna terutamanya pelancong dalam dan luar negara menikmati suasana premis yang 

lebih bersih sekali gus merancakkan sektor ekonomi di bandar ini.

Ini kata Lily, tidak dinafikan bahawa kerancakan ekonomi yang pesat apabila pengusaha premis makanan sentiasa menitikberatkan kebersihan di setiap premis masing-masing.


RAHIMAH BANGGA KEJAYAAN KWBBS BERJAYA MENGELUARKAN RPODUK SENDIRI KINI DIPASARAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: ROZIANA SARABI

SEKONG: Koperasi Wanita Berjaya Batu Sapi (KWBBS) ditubuhkan  untuk Parlimen Batu Sapi ia merupakan sebuah koperasi usaha sama gabungan tenaga kerja para kaum wanita untuk menjana dan meningkatkan ekonomi wanita sebagai sumber pendapatan harian bagi membantu kehidupan keluarga.

TERIMA KASIH.... RAHIMAH  MENGHADIAHKAN OLE-OLE  BERUPA PRODUK MAKANAN KELUARAN  KWBBS KEPADA DATUK HAJAH ARMANI DATUK MAHIRUDDIN 


KWBSS ini telah diasaskan oleh seorang wanita yang gigih dan mempunyai pandangan jauh kearah mempertabatkan kaum wanita dalam menuju misi dan visi khusus bagi menjana ekonomi.

Orang yang saya maksudkan itu beliau tidak lain tidak bukan Rahimah Asrah merupakan  seorang pendidik (Guru) yang juga Ketua Wanita Bahgian UMNO  Batu Sapi.
  
Koperasi ini telah ditubuhkan pada 25hb  April 2014 baru setahun jagung telah berjaya mengeluarkan  dan menghasilkan 12 jenis produk makanan  yang kini sedang dalam pesaran.

Hasil usaha sama ahli-ahli seramai 50 orang berjaya menghasil 12 produk itu  dan ini telah menanpakan kesungguhan wanita-wanita Batu Sapi ingin menuju kejayaan dan cemerlang dalam mempertingkatkan  ekomoni.

Nampaknya usaha murni Rahima tidak sia-sia begitu saja telah dimenfaatkan sebaik-baiknya oleh kaum Wanita Batu Sapi dalam mewujudkan kerjasama yang erat disamping menjalinkan hubungan siratulrahim yang harmoni antara sama lain.
  
Dalam erti kata lain tidak ada kerjasama terjalin di kalangan ahli-ahli KWBBS sudah tentu KWBBS tidak mencapai  sasaran dan kejayaan seperti yang dikecapi ini lantaran  jasa baik dan usaha murni yang diusahakan oleh Rahimah perlu dsemai disetiap sanubari kepada wanita Batu Sapi.


Pada tarikh 13hb Februari 2015 KWBBS telah mendapat ikhtiraf sebagai sebuah koperasi berdaftar dengan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan telah menerima sijil tauliah.


Sejarah yang sukar dilupakan oleh ahli-ahli KWBBS iaitu pada 24hb April, 2015 genap usia setahun di mana  ADUN Sekong Datuk Haji Samsun Yahya telah melancarkan 12 produk hasil kerja dan usaha ahli-ahli KWBBS.
  
Turut hadir pada pelancaran produk tersebut ialah Pengurus Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Sandakan Puan Marni Sulainan.


Antara 12 produk yang sempat dipameran kerepek pisang, batang buruk, serunding daging, popia balado dan banyak lagi produk yang tak sempat disebutkan satu-persatu.

Dalam ucapan Samsudin antara lain memuji sikap wanita Batu Sapi yang begitu gigih mengusahakan pelbagai jenis makan sebagai produk keluaran KWBBS.

 Katanya dengannya KWBBS ia secara tidak  langsung  bukan sekadar untuk membantu wanita di Batu Sapi dalam menjana ekomoni tetapi dengan adanya KWBBS ia membuka ruang dan peluang pekerjaan kepada wanita-wanita lain yang berminat untuk mengusahakan produk-produk buatan sendiri lantas ia boleh dijual dengan harga borong kepada KWBBS.

JAMES RATIB BANYAK BANTU MEMPERKASAKAN DAN MEMPERTABATKAN PNK (PEGESAN)

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SARAN....James Ratib Saran Ahli-Ahli UMNO dan BN Sokong Kepimpnan Musa Orang No 1 Sabah banyak Membawa Pembangunan dan Kemajuan di Negeri ini

 

SANDAKAN:- Ahli  Jemaah Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk James Ratib  merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Kawasan Sugut berkata tanah seluas 20 ekar yang terletak di Tanah Merah dekat sini  pada masa terdekat ini bakal dibangunkan  sebagai Pusat Perkhidmatan Nelayan.

Katanya  tujuan tanah itu dibangunkan sebagai pendaratan bot-bot untuk mendapatkan bekalan minyak diesel dan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan masa yang sama Kepengguan (KPDNKK) dan Jabatan Kastam harus memantau agar tidak berlakunya penyewelengan.

Datuk James Ratib demikian dalam ucapan alu-aluan dan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke 22/2015 Persatuan Nelayan Sandakan (PNK) (PENGESAN)  antara lain menjelasan jika terbinanya bangunan diatas tanah 20 ekar itu selain menjadi pusat khidmat nelayan juga sebagai pusat penjualan pukat dan segala kelengkapan nelayan.

Tambah James Ratib dalam  usaha memastikan kebajikan ahli-ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di negeri ini terus terbela, satu formula dan mekanisme terbaik sentiasa diambil bagi membolehkan mereka dapat berdaya saing ke peringkat lebih besar.

Katanya perkara utama untuk meningkatkan sosio ekonomi para nelayan dengan mengembalikan hak PNK yang sebelum ini dijalankan agensi badan berkaitan.

Menurut beliau, adalah tidak adil hak-hak sepatut pihak PNK melaksanakannya tetapi jatuh kepada orang lain sedangkan pada dasarnya PNK juga berhak sebagaimana peraturan yang sedia ada.

Beliau berkata, masanya sudah tiba bagi menentukan hala tuju PNK yakni memastikan peranan pentingnya yang lebih kompleks ke arah merealisasikan matlamat kerajaan untuk menjaga keperluan penduduk di negara ini.

Katanya, PNK dilihat berdaya saing sehingga ke peringkat luar negara asalkan berani menceburkan diri tambahan pula produk berasaskan perikanan yang dipasarkan membawa banyak manfaat daripada segi keuntungan.

"Jadi, keadaan inilah membuatkan saya sentiasa bertungkus-lumus mencari mekanisme yang terbaik dengan mempastikan hak-hak PNK dikembalikan kepada mereka supaya sosio ekonomi para nelayan ini akan dapat dipertingkatkan lagi.

"Syukur alhamdulillah, perjuangan kita supaya penjualan minyak sudsidi secara peruncitan dikembalikan kepada Persatuan Nelayan akhirnya menjadi kenyataan.

"Inilah sebenarnya usaha murni yang dapat memperkasakan hala tuju PNK agar ianya boleh berdaya saing. Saya harap para nelayan berusaha dengan lebih gigih untuk memasarkan produk yang bukan saja di negara kita tetapi juga sehingga peringkat antarabangsa," jelasnya.

Hadir sama Pengarah LKIM Sabah, Haji Othman Abdul Latif; Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Sabah (PENGASAH) Jaafar Alam dan Pengerusi PENGESAN, Asmaul Gindong serta ahli-ahli PNK dari daerah ini.

Mengulas lanjut, James selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N.39 Sugut memberitahu dia sentiasa berusaha memastikan kebajikan dan bantuan yang ada benar-benar sampai kepada PNK.

Ini katanya, kepentingan ahli-ahli yang bernaung di bawah PNK hendaklah diberikan keutamaan kerana peranan mereka dalam memacu ekonomi negeri amnya dan negara khususnya adalah tidak dinafikan.

"Oleh sebab itu, saya sentiasa memikirkan hala tuju PNK agar peranan mereka bukan saja dapat meyakinkan rakyat tetapi juga mampu mengembangkan produk berasaskan perikanan yang dihasilkan selama ini.

"Perkara paling utama ialah mengembalikan hak-hak PNK yang sepatutnya mereka laksanakan. Saya bersyukur, semuanya sudah selesai dan tentu sekali usaha ini akan dapat meningkatkan lagi sosio ekonomi para nelayan sekaligus setanding dengan nelayan yang lebih berdaya maju," ujarnya sambil mendapat tepukan gemuruh ahli-ahli PNK.\


Mengenai mesyuarat agung tersebut, Ketua Umno Bahagian Beluran ini menegaskan menjadi kelaziman kepada setiap organisasi untuk melalui proses pertandingan selaras dengan amalan demokrasi.

Jelasnya, pertandingan yang diadakan adalah baik kerana menandakan proses pembangunan dalam sesebuah badan agar penambahbaikan dapat dilakukan.

Begitu pun, ujarnya, ahli-ahli perlu bijak memilih pemimpin untuk diberikan kepercayaan dan jangan sampai terpilih seseorang yang tidak tahu menjalankan tugas serta amanah yang dipertanggungjawabkan.

Sambil berpesan kita sebagai penduduk Sandakan khususnya ahli-ahli UMNO dan penyokong Barisan Nasional (BN)   harus memberikan sokongan tidak berbelah bagi terhadap pucuk  pimpinan Ketua Menteri Sabah yang juga selaku Pengerusi Perhubungan UMNO/BN negeri kerana semenjak Datuk Seri Musa Aman menjadi Ketua Kerajaan dalan Negeri orang nombor 1  di Sabah kita telah melihat sendiri banyak bangunan-bangunan  perdana  mencakar langit  tumbuh macam sendawan termasuk kemudahan-kemudahan asas  sama ada di Bandar dan dikawasan pedalaman dan dipersisiran pantai telah berubah wajah.

“Saya kagum dengan pendidirian Musa Aman yang begitu bersungguh-sungguh membangunkan  Sabah dalam aspek perdana pembangunan yabg boleh dibanggakan oleh segenap penduduk Sabah” ujarnya

“Dengan ini saya sendiri mengajak rakyat Sabah khususnya para penyokong BN agar sama-sama berikrar akan taat setia dan sedia berdiri teguh dibelakang kepimpinan Musa yang tiada tolok bandingannya” Ikrar James Ratib


Dalam perkembangan yang berkaitan  Haji Othman ketika bercakap kepada pemberita memberitahu tanah seluas 20 ekar di pesisir Tanah Merah berhampiran Bandar Nam Tung akan dibangunkan sebagai Pusat Pendaratan Ikan.

Katanya, dengan terlaksana pusat tersebut segala aktiviti perikanan akan tertumpu di situ seperti penjualan ikan dan minyak bersubsidi yang mana para nelayan akan mendapat insentif nanti.

"Pusat ini sedang dalam perancangan kita untuk dibina di pesisir Tanah Merah memandangkan potensi daerah Sandakan yang sentiasa menghasilkan produk perikanan yang segar dan sentiasa meyakinkan keperluan masyarakat.

"Memang tepat cadangan bagi membina pusat ini di kawasan berkenaan yang sekali gus menggalakkan bot-bot terus berlabuh membawa hasil tangkapan nelayan untuk dijual kepada orang ramai.

"Jika ianya menjadi kenyataan nanti akan memberi kesan yang baik kepada sosio ekonomi golongan nelayan terutama daripada segi mereka tidak perlu pergi jauh sebab semua aktiviti melibatkan perikanan ada di situ," tambahnya. 
 



BENAR KAH GST TIDAK MEMBEBANKAN GOLONGAN MISKIN SEPERTI YANG DIDAKWA AHMAD MAZLAN?

OLEH: SHAIMON S JUMADI
Sabahinsider14.blogspot.com














RINTIHAN DAN KELUHAN  Golongan cacat penglihatan yang tidak terkecuali membayar GST patutkah.










BENARKAH Cukai Perkhidmatan Barangan (GST) tidak membebankan rakyat terutama golongan miskin dan daif seperti yang diwar-warkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Mazlan sehingga perkara jadi topik kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Rompin.

Kenal kah para peniaga boleh mengecam dan mengenali pelanggannya orang itu adalah terdiri orang kaya atau miskin kalau mereka membeli barang, jawapan tentu tidak dan sesiapa sahaja mereka yang membeli barang-barang pastinya dikenakan cukai GST baik miskin kaya dan orang cacat pengliahatan dan golongan OKU.

Sabagai kesimpulannya GST tidak menolak baik kaya miskin dan cacat memang dikenak GST ini jelas GST memang membebankan rakyat barangkali hanya 10 hingga 15 peratus sahaja yang mengatakan GST untuk kebaikan rakyat sementara 75 memang tidak suka kewujudan GST.

Krew The Borneo Sabah Insider.Net telah menjelajah dari Bandar keluar Bandar untuk mengetahui respon sebenar pelaksanaan GST tapi malang sekali dalam 10 orang barang kali ada 2 sahaja yang menyokong pelaksanaan GST yang selebihnya mereka murkah.

Hingga ada yang mengakatakan hingga mengaitkan pilihanraya kecil Parlimen Rompin bagi menyaksikan satu lawan satu kempen GST di Rompin ia merupakan kayu pengukur  untuk menguji pendekatan rakyat terhadap pelaksanaan GST dan sekiranya kubuh UMNO/BN di Rompin tiba-tiba tewas ataupun undi merosot ini jelas dan membuktikan rakyat dikawasan Rompin telah menolak GST.


Sekiranya calon BN/UMNO Rompin telah ditewaskan oleh pembangkang ini ada tanda-tanda bahawa BN/UMNO akan hancur pada PRU14 nanti sebab PRK kawasan Rompin adalah antara satu ujian dan menguji sejauh mana keberkesanan kempen GST kita lihat kemudia.

Kerusi di Permatang Pau pastinya menang tentunya kembali kepangkuan PKR/Pakatan disana susah digugat walaupun kempen di Permatang Pau GST bukan dijadikan isu penting namun Pakatan Rakyat dapat mengekakal kerusi di Parlimen Permatang Pau.

Contohnya kalau kita beli ikan tin sardine RM1.40 seitin ia sudah dikenakan caj GST 6% kalau beli hingga 10 atau 20 tin 6%X20 itu baru satu item barang yang dibeli kalau hingga 50 item 6%X50 item

Tentang GST banyak masyarakat pengguna keliru dengan bebarapa kenyataan yang diutarakan oleh para pemimpin kerajaan, sebelum GST dilaksakanakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan selepas GST beliau berjanji akan menurunkan harga barangan keperluan sebanyak 8,282 pelbagai jenis turun mendadak.

kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Mazlan berkata selepas GST harga barang akan turun drastic dan kenyataan lain FOMCA kata selepas GST harga barang-barang akan dinaikan 30 hingga 40 peratus rakyat ingin tahu yang ,mana satu betul dalam ketiga-tiga kenyataan yang telah diwar-warkan ini.

Jika keraajaan BN atau Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Mazlan seorang yang telus dan jujur diminta supaya senaraikan satu-satu barang yang bakal diturunkan harga ini adalah jalan terbaik supaya masyarakat pengguna berpuas hati dengan pendedahkan itu.


PASTIKAN sudah kah  pihak Kastam dan KPDNKK ambil tindakan terhadap Champion Bawl Club yang menipu pelanggan mengeluarkan rersit menggunakan tulisan tangan tidak dimasukan dalam sistem data  Kastam


Perlu diambil perhatian pihak KPDNKK harus memantau harga-harga barangan dari satu kedai kedai lain dan termasuk gedung pusat membelibelah bagi memasti tiada penyelewegan berlaku dikalangan peniaga sebagai lintah darat.
Terdapat peniaga di Supermarkat Shop and Save sebelum GST harga corn beef (Daging Tin) harganya RM3.30 sen setelah wujudnya GST harga sekarang jadi RM3.60 sen ini belum kena caj GST.
Fenomena ini tidak boleh dibiarkan kerana terang-terang menipu pelanggan bulat-bulat mungkin kegagalan pihak KPDNKK memantau dan membuat serbuan mengejut ke primes-primes peniagaan.

Disini perlu saya jelaskan beberapa hari yang lalu saya sudah dedahkan dimedia media portal online mengenai tindakan The Champion Bawl Club yang mengenakan GST terhadap pelanggangnya yang makan minum di restoran itu tetapi resit yang menyatakan dikenakan caj GST ditulis dengan tangan dan tidak dimasukan ke system satu penipuan bukan saja kepada pelanggannya bahkan sekaligus menipun kepada kerajaan khususnya Kastam dan KPDNKK

Adakah pihak Kastam dan pihak KPDNKK telah mengambil tindakan terhadap prilaku pihak Champion Bawl Club yang berbuat sedemikian.



KUNJUNGAN KEHORMAT RAHIMAH PENGERUSI MPKW BATU SAPI GIAT MARA DISAMBUT BAIK

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: RAHIMAH ARSAH

KYUSUK....Rahimah kyusuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengurus Giat MARA .

BATU SAPI:- Kunjungan hormati Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Batu Sapi Rahimah Arsah  merangap Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi ke pejabat Giat MARA Batu Sapi kelmarin banyak memabawa menfaatnya.
 
Hasil kunjungan itu ia menjurus dapat mendengar sedikit taklimat dan perkongsian maklumat yang disampaikan oleh Pengurus Giat MARA Batu Sapi Riswan.

Dalam pada itu Rahimah telah difahamkan bahawa Giat MARA Batu Sapi yang terletak di Bangunan lama Bekas Maybank Bandar Ramai Ramai ia menawarkan dua kurusus antaranya Solekan dan Terapi Kecantikan  dan Kursus Serireka Gaya Rambut.

Sudah menjadi lumrah dan kelazimannya  setiap kursus yang ditawarkan  kepada pelajar atau pelatih ianya mengambil masa selama enam bulan saja dan  disamping itu pengambilan pelajar ia bermula pada Januari dan Julai.

Mereka yang berjaya terpilih untuk mengikuti kursus adalah percuma serta dibagi elauan bulanan semasa mereka menjalani latihan tersebut.

 Kata Rahimah syarat kemasukan untuk mengikuti kursus di Guat MARA seorang  itu mesti wargamegara Malaysia  Bumiputera umur antara 15 tahun keatas  boleh membaca dan menulis dan mengira dan tubuh badan sihat mereka yang berminat  boleh mengemukan permohonan terus hantar ke pejabat Giat MARA yang berhampiran.

“ Sejak  Giat MARA  Batu Sapi ditubuhkan pada 01 Julai 2008 telah melahirkan ramai usahawan yang berjaya ia bukan itu sahaja  bahkan pihak Giat MARA juga sentiasa memantau perkembangan mantan  pelajar dan memberikan bantuan yang wajar untuk mereka terus berkembang sebagai usahawan berjaya” Ujar Rahimah.

Dalam pada itu pelbagai aktiviti turut dirancang sepanjang tahun bagi mengisi takwin Giatmara dan seterusnya mengiktiraf kemahiran pelajar dalam pelbagai pertandingan dan program yang disediakan...

Diharap Giatmara Batu Sapi meluaskan lagi program dan kursus-kursus yang disediakan untuk memenuhi permintaan masyarakat setempat

 Apapun Tahniah diucapkan atas usaha gigih dan semoga lebih ramai usahawan bakal lahir dalam program kemahiran yang dilaksanakan insha Allah” Itlah  harapan Rahimah.



YACHT CLUB ORGANIZED GOTONG ROYONG PROGRAMME BERHALA ISLAND

OLEH: LEE KON CHOI@ABDULLAH LEE


PICTURE SHOW……Sandakan Yacht Club members and participants of the gotong royong on Pulau Berhala


SANDAKAN: The Sandakan Yacht Club held a gotong royong during the outing for its members to Pulau Berhala on Sunday.

Sandakan Yacht Club commodore Daniel Liaw said the outing was to enable members to spend the weekend forging rapport through involvement in a community service programme.

We held a gotong royong to clean the beach and surrounding areas of rubbish. The objective of the cleanliness drive was to create awareness on the importance of keeping our environment clean, Daniel added.

According to Daniel, they brought back 48 bags of rubbish collected in the gotong royong to be disposed in Sandakan.

“A total of 103 participants including members and the SYC General Committees took part in the event held from 8am to 4pm,” Daniel said.

Daniel expressed appreciation to the Sandakan Municipal Council particularly president Datuk James Wong for its support towards the programme.

END


SANDAKAN NATURE CITY TERCEMAR OLEH BAU BUSUK MPS GAGAL BERSIHKAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Kekotoran yang terdapat di lorong bangunan Blok 16 Bandar sudah sekian lama tidak dibersihkan bau busuk betul-betul mencemarkan  nama baik Bandar Sandakan yang bergelar Nature City dimata pelancong luar yang sering berkunjung ke daerah ini.

Dimana tanggunjawab pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sebagai sebuah badan pertadbir khususnya  dalam menjaga alam sekitar kenapa kekotoran yang melanda dilorong bangunan Blok 16 tidak diselenggarakan.


MPS GAGAL bersihkan kekotoran lorong Bangunan blok 16 jijik dipandang mata pelancong asing yang lalu diorong ini.

Mana sudah para kaunsilor yang telah dilantik dalam memainkan peranan  untuk memantau satu-satu kawasan yang dipertanggungjawabkan.

Atau mereka sengaja dan membabi buta tuli tidak mendengar aduan orang ramai mengenai fenomena itu sehingga menjijikan pandangan mata bukan saja dikalangan pelancong asing bahkan dimata warga Sandakan sendiri.


Mereka tahu Sandakan adalah nombor 2 bandar terbesar selain Kota Kinabalu, Bandar Sandakan adalah bergelar Nature City (Bandar Semula Jadi) dengan terpampangnya papan-papan tandah (Bill Board) begitu besar di sana sini yang menunjukkan Bandar Sandakan adalah tarikan utama pelancong, akan tetapi sayang sekali bandar Sandakan boleh dikatakan Kabar inda dari rupa tidak sejajar dengan gelaran Sandakan Nature City kerana terdapat kekotoran di sana sini.

Sampai bila Sandakan terus dilanda bau busuk yang boleh mengundang pelbagai penyakit kerana membiak tikus-tikus mondok dan lalat-lalat.


JAMES RATIB IKRAR SOKONG PENUH TIDAK BERBELAH BAGI PUCUK PIMPINAN MUSA

SOROTAN DARI MEJA EDITOR KANAN
SHAIMON S JUMADI
Sabahinsider14.blogspot.com

 

SEBAGAI seorang ahli UMNO sama ada diperinkat negeri, Bahagian, Cawangan dan juga diperingkat akar umbi harus menyokong kedua-dua pucuk pimpinan Dato Seri Mohd Najib Tun Razak dan juga kepimpinan  negeri Datuk Seri Musa Hj Aman.

Kerana kedua-dua pucuk pimpinan bukan saja merupakan pemimpin yang berkeliber mereka juga seorang  pemimpin yang berjiwa rakyat banyak membangunkan dalam pelbagai aspek perdana pembangunan asas di dalam Negara dan juga negeri.
 
Jujur saya katakan  sebagai ahli UMNO kawasan Beluran yang juga selaku Ketua Bahgian UMNO Beluran merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut yang menang bertanding pada PRU13 lalu saya terus memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi terhadap pucuk pimpinan Pengerusi Perhubungan UMNO/BN Negeri Sabah yang juga selaku Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Musa Hj Aman.

Sejak Musa dilantik sebagai Ketua Menteri dan juga Pengerusi Perhubungan UMNO/BN Negeri  Sabah banyak berubah wajah dalam aspek pembangunan asas sama ada di kawasan luar Bandar,kawasan Bandar juga kawasan dipersisiran pantai.

Biarlah saya berterus terang saja saya  memberi kenyataan terbuka di Portal The Borneo Sabah Insider.Net ini bukan bertujuan untuk membodek  atau nak angkat kaki kepada Ketua Menteri Sabah akan tetapi apa yang saya perkatakan ini dengan hati yang telus dan ikhlas memang menjadi realitinya kepimpinan Musa sebagai Ketua Menteri Sabah dan juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri sabah harus dikekalkan sehingga beliau sendiri mengundur diri, kerana beliau sebagai pemipin negeri memang tiada tolok bandingan jika dibandingkan dengan lain-lain pemimpinian6ya  sukar untuk dicari ganti


Disini saya ingin mengajak rakan-rakan seperjuangan dalam UMNO mahupun Komponen BN marilah kita sama-sama  memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi terhadap pucuk pimpinan Datuk Musa untuk terus menerajui kepimpinan sebagai pemimpin nombor 1 dalam Sabah untuk terus mentadbir kerajaan BN sebagai wadah perjuangan politiknya dipersada politik tanah air.

James Ratib berkata panjang lebar  kepada Editor The Borneo Sabah Insider.Net semasa  menjamu selera makan tengahari  selepas upacara merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 22/2015 Persatuan Nelayan Sandakan (PNK) di Dewan Masyarakat Sandakan pagi tadi.



JAMES RATIB SOKONGAN PADU PIMPINAN NAJIB DAN MUSA PERLU DISEMAI


OLEH: SHAIMON S JUMADI
Sabahinsider14.blogspot.com

SUGUT:-  Ketua Bahgian UMNO Beluran yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut Datuk James Ratib berkata kita sebagai ahli UMNO sama ada diperingkat Bahagian mahupun di peringkat Cawangan dan akar umbi harus menyokong pucuk pimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Malaysia  kerana beliau merupakan pemimpin nombor 1 di Negara ini tiada tolok bandingannya.

Katanya lagi kepimpinan Datuk  Seri Mohd Najib Tun Abd Razak  sudah terbukti  terutama usaha  murninya melalui pendekatan Gagasan 1Malaysia selain menyalurkan pembangunan perdana  kepada semua  rakyat jelata

Pengerusi Sedcovest Holding Sdn Bhd itu, menyifatkan kepimpinan Najib adalah paling terbaik kerana sejak mengambil-alih jawatan pelbagai kemajuan berjaya dilaksanakannya sehingga negara menjadi contoh kepada sesetengah negara di dunia.

"Beliau telah berjaya menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dengan begitu baik sekali khususnya dalam konteks penyatuan kaum bila mana konsep perpaduan yang diperkenalkan dapat diterima semua pihak.

"Sebagaimana prinsip parti Barisan Nasional (BN) Sabah yang menyokong penuh dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri, kami juga sebagai wakil rakyat BN daripada Umno ini akan memastikan kepimpinan Najib terus kekal.

"Kami akan berdiri teguh di belakang beliau demi kepentingan bangsa, agama dan negara," tegasnya semasa merasmikan Mesyuarat Umno Cawangan Kampung Tangkarason dan Pemimpin Bersama Rakyat di perkampungan itu, dekat sini, kelmarin.

Menurut James lagi, Perdana Menteri adalah seorang pemimpin prihatin terutama apabila beliau sentiasa mengambil berat apa jua permasalahan yang melibatkan pembangunan di negeri ini.

Dalam tidak sedar, katanya, kerancakan kemajuan yang dikecapi adalah hasil perhatian tidak pernah putus daripada Perdana Menteri kepada Sabah lebih-lebih lagi hubungan baik dengan Ketua Menteri yang disayangi rakyat iaitu Datuk Seri Musa Haji Aman.

"Kita juga menyokong penuh kepimpinan Musa selaku Ketua Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri yang ternyata telah berjaya membangunkan Sabah dalam pelbagai sudut pembangunan.

"Saya percaya gandingan mantap antara Perdana Menteri dan Ketua Menteri maka kemajuan akan bertambah di Sabah.

"Ini kerana, kedua-dua pemimpin ini amat menitikberatkan pembangunan rakyat jelata terutamanya di kawasan luar bandar, dan tidak terkecuali Sugut yang pada masa kini terus mendapat limpahan pelbagai pembangunan.

"Kita akan memberikan sokongan penuh agar Perdana Menteri dan Ketua Menteri terus kekal menerajui negara serta negeri ekoran keikhlasan mereka yang tidak pernah lupa tanggungjawab yang diamanahkan," jelasnya.

MPS DAN SESB ABAIKAN TIANG ELEKTRIK CONDONG AKAN REBAH MENYEMBAH BUMI

OLEH: SHAIMON S JUMADI


TUNGGU ADA ORANG  MATI dihempap tiang elektrik baru MPS dan SESB bergegas ambil tindakan.

SEKONG:- Sebatang tiang elektrik di hadapan Bengkel Hj Wahid yang condong dan bila-bila saja akan rebah menyembah bumi diabaikan oleh Majlis Perbandaran Sandakan mahupun pihak SESB.

Berkali-kali  perkara ini dilaporkan Bahagian Unit Aduan Awam MPS dan memaklumkan tiang condong tetapi sehingga kehari ini tiada reaksi  dan tidakan diambil.

Sekiranya tiang itu rebah sudah tentu berbahaya mungkin pihak MPS dan SESB tunggu ada orang mampus dihempap tiang itu baru bergegas ambil tindakan.

Inilah kelemahan-kelemahan pihak berkuasa tempatan dalam menangani masalah.




MESYUARAT YANG DIPENGERUSI KETUA WANITA UMNO NEGERI BANYAK MENFAATNYA UNTUK WANITA....KATA RAHIMAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: RAHIMAH ARSAH


KOTA KINABALU:-  Ketua Bahagian Wanita UMNO Batu Sapi Rahimah Arsah menyifatkan perbincangan mengenai aktiviti-aktiviti Wanita UMNO diperingkat Bahagian yang telah dipengerusikan oleh Ketua Wanita UMNO Negeri Datuk Hajah Armani Datuk Hj Mahiruddin  merangkap Ketua Wanita Bahagian UMNO Libaran yang diadakan di  Pejabat Perhubungan UMNO Negeri  Kota Kinabalu kelmarin banyak menfaatnya untuk Wanita UMNO Sabah.

Kata Rahimah banyak perkara-perkara yang telah dibincangkan itu antaranya  mengenai Mesyuarat Cawangan-Cawangan Wanita UMNO disemua peringkat Bahagian  yang kini sedang berjalan sehinga 2hb Mei ini.

Mengadakan program-program dan aktiviti-aktiviti Wanita ini sejajar wanita UMNO adalah sebagai tulang belakang  Parti.

Wanita UMNO juga menyokong kepimpinan Perdana  Menteri yang juga selaku Presiden UMNO Malaysia  dan dalam masa yang sama perlu juga menghormati mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammed ada hikmah disabilknya  isu-isu yang berlaku sekarang dapat  diselesaikan  dengan   sebaik-baiknya.

Sambil itu tambah Rahimah dalam mesyuarat itu juga tidak ketinggalan membincangkan mengenai jadual lawatan rasmi ke Sabah Datuk Seri Peduka Shahrizat Abdul Jalil pada bulan Ogos ini.

Katanya  lawatan itu Shahrizat itu nanti ia dapat menjalinkan dan mengukuhkan perpaduan di kalangan Wanita-Wanita UMNO diperingkat Persekutuan, Negeri dan juga Bahagian serta keakar umbi.

Salah satu alternative Wanita UMNO hendaklah  sentiasa bersiap sedia berdepan dengan isu-isu semasa dan gerak kerja  harus dilaksanakan untuk mencapai sasaran dan objektif parti untuk mengekakalkan mandate terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) khusus bagi  menghadapi PRU14 nanti

Jelas Rahimah  hubungan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan juga masyarakat sekeliling  harus dipupuk demi menjalinkan keharmonian untuk mewujudkan semangat setia kawan antara satu sama lain.

Turut hadir sama dalam perbincangan itu ialah Naib Ketua UMNO Negeri yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab  Ayid.




TUN MAHATHIR PERSOALKAN MANA PERGI DANA 1MDB?

SOKONG PEMIKIRAN BUKAN INDIVIDU
(Mahathir muncul sebagai pendikar)

NUKILAN ISMAIL Y BUNGSU
PRINSIP saya cukup jelas, saya sokong pemikiran dan tindakan yang baik tetapi jika tindakan tak betul maka sesiapa saja baik PM atau sang raja tetap saya bantah sebab kita sama saja di mata Allah kala mati bakal bawa pahala/amal yang kita lakukan di dunia ini.

Ramai pemimpin menyokong parti bila ketuanya membawa kebaikan, tetapi bila ketuanya lupa diri maka ada pemimpin meninggalkan parti itu bermakna ia punya prinsip sokong pemikiran, tindakan dan bukan individu.
Prinsip ini bermakna tidak mungkin kita ikut individu yang mahu terjun ke gaung dan jika ada jelas yang berkenaan bodoh sebab punya prinsip sokong individu bukan pemikiran dan tindakan.
Memang saya akui Mahathir seorang pemimpin yang bijak sebab dia seorang doktor manusia yang harus bertindak ikut ilmunya dan bukan pandangan orang lain. pandangan orang lain sekadar ilmu tambah untuk dia bertindak sebagai doktor yang mahu membedah pesakit. di situlah kelebihannya Mahathir.
Kelebihan itu juga ia gunakan kala dia tahu di Sabah bakal susah dikuasai dan akhirnya dia halalkan pemberian IC kepada pendatang asing secara meluas dan kesannya berbondong orang asing keluar masuk kala pintu terbuka luas dan kemudian begitu mudah mendapatkan IC terus menjadi pengundi BN dengan niat kekalkan kuasa dan ini kita tidak terima sebab menyusahkan rakyat lokal sendiri.
Sekarang ini Mahathir tiba-tiba muncul sebagai pendikar yang hebat dan apa lagi kaki ampu, bodek yang tidak mendapat habuan dari Najib terus menjadi pencacai dan memuji Mahathir sebagai penyelamat tetapi sayang taringnya sudah tiada setelah selesai duduki kerusi sakti selama 22 tahun dan usia sekarang 89 tahun.
Memang apa saja yang Mahathir katakan itu kita setuju, tetapi bukankan dia sama saja dua kali lima kala berkuasa dulu dan bukankah anaknya itu muncul sebagai orang terkaya di Malaysia dan kala mahu muflis dia arah petronas beli kapal buruk milik anaknya sendiri dengan harga mahal iaitu 1.8 bilion?
Kalau Najib duduki PM dan kasih kaya adiknya sendiri yang juga muncul terkaya di Malaysia dan kemudian bantu anak tiri bikin filem porno di barat/tak diizin tayang di Malaysia dengan kos dekat setengah bilion dan kemudian sesuka hati isteri najib guna jet, beli cincin dan kondo puluhan juta di barat, lalu apa salahnya?
Bukankah itu juga berkat didikan Mahathir dan kenapa pula Najib yang disalahkan dan semula dipersoalkan ke mana perginya dana 1MDB dan gasak wang poket rakyat termiskin dengan cara laksana GST?
Ah, sama saja dua kali lima dan lima kali dua. Kong atas king, king bawah kong sama dengan kong kali kong. PR jangan mudah goyah dan harus jalan terus hadapi PR-14 untuk merubah kerajaan yang maknanya selamatkan negara dari kerakusan pemimpin yang tamak, gila kuasa dan salah guna kuasa hingga rakyat Malaysia menderita.