GST KEGEMBIRAAN PADA PEMIMPIN TAPI DERITA PADA RAKYAT MISKIN....The Sabah Insider Online


OLEH: SORAYA EGG
Khamis Oktober 20/2016

1.SECARA keseluruhannya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengutip GST dan cukai langsung dan tak langsung sebanyak RM51.15 bilion pada tahun 2015, tahun ini kerajaan mensasarkan kutipan GST RM39 bilion, melalui ejen pengumpulnya dari pihak peniaga/syarikat yang berdaftar sebanyak 409,000 buah.

2.Pentadbiran Najib tidak ada pilihan selain GST untuk mengimbangi pendapatan negara yang menyusut, berhadapan dengan harga petrol sebagai sumber utama tidak dapat menampung pembangunan.

Dalam keadaan ekonomi rakyat lemah, faktor ini lah mereka untuk tidak bersetuju dengan dasar percukaian ini yang melibatkan semua peringkat tak kira kedudukan individu kaya atau miskin.

3.Namunpun kerajaan mengimbangi dengan agihan BR1M bagi yang layak diberi, tetapi jika diperhalusi bantuan ini tidak akan membawa faedah kerana tidak ada nilai ekonomi.

4.Konsep kemakmuran wajib diselaraskan di antara negara dan rakyat biar menggunakan slogan 'RAKYAT BAHAGIA,NEGARA KAYA' bukan membebankan rakyat untuk menampung pendapatan negara.

Betapa makmurnya rakyat jika tidak dibebankan GST, tentu sekali RM39 billion yang ada menjadi tabungan mereka untuk masa depan dan pendidikan anak anak mereka.

5.Seperkara lagi, yang rakyat tidak berpuas hati ketirisan dan perbelanjaan kerajaan tidak berhemah diselangi rasuah saban tahun meningkat menurut laporan Audit Negara.

6.GST tidak diperlukan, jika semua pemimpin dan aparatur negara digerakan ke arah memaksimumkan tenaga sumber yang ada ke jalan yang betul dan efektif tanpa penyelewengan.