GEORGE HIEW SEORANG PENGKHIANAT PARTI DAP


DARI SUDUT MEJA EDITOR (TSI)
SHAIMON S JUMADI
Wednesday October 05/2016


TINDAKAN mantan Naib Pengerusi DAP Sabah George Hiew keluar dari DAP sedikitpun tidak menjejaskan sokongan padu rakyat terhadap perjuangan DAP.

George Hiew yang pernah menjadi calon PRU13 lalu di kawasan DUN Elopura dengan kelalahan  lebih 200 undi saja  setelah ditewaskan calon BN daripada Parti GERAKAN iaitu Datuk Au Kam Wah.

Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt berkata perbuatan Hiew  adalah satu pengkhianatan terhadap parti DAP yang telah diperjuangkan selama ini.

Kata Wong lagi tindakan George Hiew keluar DAP kerana ikut jejak  Junz Wong ADUN Likas yang berhasrat ingin menyertai parti baru

Dalam pada itu Wong berkata selanjutnya  tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas daripada parti itu, Junz Wong, keluar parti bersama beberapa wakil rakyat dan pemimpin PKR, sedikitpun tidak  melemahkan kedudukan pembangkang di Sabah.

Stephen Wong, berkata tindakan Junz yang turut membawa bekas Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Joan Goh dan Naib Pengerusi DAP Sabah, George Hiew, serta empat lagi pemimpin DAP Sabah sebagai pengkhianatan terhadap parti.

"Kalau tujuan dia (Junz) keluar parti untuk melawan Barisan Nasional (BN), dia sepatutnya tarik ahli BN dan bukan bawa lari ahli DAP.

 "Tindakannya merosakkan DAP Sabah dan ini kami tidak boleh terima. "Dia sepatutnya bersyukur berada dalam DAP dan memenangi kerusi Likas atas tiket DAP. Sekarang, dia keluar rumah (parti) kononnya untuk menyertai parti tempatan tetapi belum tahu masuk rumah mana," katanya pada sidang media DAP Sabah, di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Penasihat DAP Sabah yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong dan Setiausaha DAP Sabah yang baharu iaitu ADUN Sri Tanjong, Chan Foong Hin.

Stephen Wong  yang juga Ahli Parlimen Sandakan, berkata pihaknya kini melakukan penstrukturan semula kepemimpinan dengan Foong Hin mengambil alih tugas Setiausaha DAP Sabah dan melantik ADUN Kapayan, Dr Edwin Bosi sebagai Timbalan Pengerusi yang baharu.


Ahad lalu, Junz bersama Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin dan seorang lagi pemimpin PKR iaitu ADUN Moyog, Terence Siambun, mengisytiharkan keluar parti. Turut meninggalkan parti, Setiausaha Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani.