JALAN BUKIT DIPENUHI DENGAN RANTING-RANTING KAYU MENJUNTAI

OLEH: SHAIMON S JUMADI
Monday October 10/2016


SANDAKAN:- Keadaan   di  Jalan Bukit  Jalan Utara yang semak samun oleh tumbuhan liar hingga menjalar ke tepi jalan telah menyulitkan pengguna  yang melalui jalan tersebut.

Sudahlah jalan itu sempit ditambah lagi dengan  ranting-ranting kayu yang menjuntai rebah kearah jalan raya ini akan mengundang kecelakaan kepada para pengguna   yang lalu lalang di jalan tersebut.


Penduduk yang membuat aduan tersebut dan enggan namanya disiarkan rasa kesal dengan sikap pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang mendakwa mengenai masalah ini sudah berkali-kali diajukan kepada phak MPS tetapi sehingga kehari ini tiada tindakan yang diambil untuk kerja-kerja menyelenggaran jalan tersebut.