KEADILAN TERUS WUJUD & UTUH DI SABAH WALAUPUN LAJIM KELUAR PKR


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Isnin Oktober 03/2016

MESYUARAT Majlis Pimpinan Negeri (MPN) kelmarin difahamkan menjelaskan beberapa ketua cabang termasuk pengerusinya meletakkan jawatan, tetapi hari ini satu pengumuman yang jelas diadakan di Yahoo Hotel jam 2:00 petang/Hanya satu jam setengah lagi.

Ada yang mengatakan MPN bubar dan sebenarnya untuk bubar kena kelulusan 1/3 ahli yang sah dan kalaupun bubar ianya boleh disusun semula dan sementara waktu timbalan boleh menjawat jawatan tetapi jika korum tidak cukup kena susun semula setelah adanya lantikan baru sebagai ketua perhubungan di Sabah nanti.

Diperingkat cabang pula tidak boleh bubar begitu saja dan itu kena kelulusan 1/3 dari ahli keseluruhan melalui mesyuarat Agung Khas atas kehendak 2/3 ahli JK dicabang( 35.1.a) dan sesudah itu boleh dibentuk semula untuk membolehkan cabang berfungsi tetapi ini mungkin tidak terjadi kecuali tindakan mengikut perlembagaan parti.

Yang terjadi sekarang mungkin ketua atau timbalan Cabang meletakkan jawatan dan itu boleh dipangku oleh timbalan ketua cabang sendiri yang ada sekarang.
Pertanyaan saya kelmarin apakah benar bubar itu disalahertikan sebab itu hanya pertanyaan dan apa yang berlaku hanyalah ada beberapa ketua cabang meletakkan jawatan dan timbalan boleh memangku sementara timbalan pengerusi MPN boleh memangku menjalankan tugas pengerusi MPN sebelum lantikan dari pusat.

Siapakah bakal ketuai MPN Sabah? adakah YB Roland Chia wakil rakyat Inanam atau ada YB lain yang bakal diamanahkan? Tetapi jika ikut aturan, timbalan bakal ke atas dan pusat boleh melantik siapa saja dia mahu.

Pernah Presiden hubungi saya melalui telefon kesan lantikan pengerusi yang dulu sebelum Sdra Tamrin kali kedua dilantik dan YB Lajim Ukin duduki kerusi dan saya katakan itu tidak benar dan saya cadang ditarik balik dan sesudah itu memang ditarik balik dan diserahkan semula kepada sdra Tamrin sesudah 6 bulan Presiden memangku ketua MPN Sabah/lalu diserahkan kepada sdra Tamrin.

Apapun, kita mengharapkan ada rundingan antara Presiden dan ketua2 Cabang yang ada di Sabah untuk mengelakkan ketidakpuasan hati meski kuasa melantik itu dibawah kuasa presiden
mengikut fasal 27.1 dalam perlembagaan parti keadilan rakyat.

Kita mengharapkan PKR/keadilan Sabah terus utuh dan parti pimpinan Datuk Lajim terus berkerjasama dengan PKR Sabah dan ini tidak ada masalah sebab saya difahamkan DSP Lajim telah merundingkan perkara berkenaan bersama Presiden parti sebelum mengambil tindakan meletakkan jawatan.

BERSATU UBAH SABAH 
SALAM HIJRAH


No comments:

Post a Comment