The Sabah Insider Online WONG DAKWA RAKYAT SABAH DI PEDALAMAN SEMAKIN TERHIMPIT KERANA TIDAK ADA KEMUDAHAN BEKALAN ELEKTRIK


OLEH: SHAIMON S JUMADI (SDK)
Sunday October 23/2016

 
SANDAKAN:-  Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd  Najib Tun Abd Razak  mengurangkan peruntukan bekalan elektrik bagi kawasan luar Bandar negeri  ini dalam pembentangan Belanjawan bajet 2017 di Parlimen Jumaat lepas dianggap tidak relevan sama sekali
Tundakan Najib dan kerajaan  Barisan Nasional (BN) memotong peruntukan untuk bekalan elektrik di kawasan luar Bandar  daripada jumlah RM398 juta pada tahun 2015  kepada RM250 juta pada tahun  2016 membuktikan bahawa kerajaan yang ada sekarang tidak ikhlas dalam membantu penduduk  yang tinggak di kawasan pedalaman  negeri terbabit bagi menikmati kemudahan bekelan elektrik yang semporna dan bermenfaat.
Ahli Parlimen Sandakan yang juga Pengerusi DAP Negeri Sabah Stephen Wong Tien Fatt dalam satu kenyataan dengan wartawan portal  The Sabah Insider Online pagi kelmarin disini.
“Ia sama sekali tidak adil kerana kebanyakan rakyat di Sabah yang tinggal di kawasan luar bandar masih belum menerima bekalan elektrik,” katanya
Wong itu juga turut melahirkan rasa tidak puas hati berikutan Hospital Sandakan tidak tersenarai antara hospital yang menerima peruntukan RM2.5 bilion bagi kerja-kerja menaiktaraf hospital dan kemudahan perubatan.
Peruntukan besar itu hanya diberikan kepada Hospital di Perlis, Kuching, Mukah, Jempol, Muar dan Johor Bahru, tambahnya memetik teks ucapan Bajet 2017 oleh Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan.
“Saya telah berkali-kali menyeru kerajaan untuk menaik taraf Hospital Duchess of Kent kerana keadaannya yang sangat buruk, kemudahannya juga sudah usang. Ia sangat tidak menyenangkan bagi pesakit dan rakyat biasa.
“Saya juga berulang kali meminta kerajaan untuk menggantikan dua lif di dalam bangunan hospital yang sering dipecahkan,” ujarnya sambil menegaskan akan membangkitkan sekali lagi isu berkenaan dalam sesi perbahasan belanjawan di Parlimen pada Isnin depan. –