The Sabah Insider Online....KEROSAKAN JALAN SK LUBANG BUAYA BELURAN PERLU DINAIK TARAF SEGERA


OLEH: SHAIMON S JUMADI (SDK)
Rabu Oktober 26/2016


BELURAN:- Sudah 53 tahun negeri Sabah dibawah pemerintahan  kerajaan Persekutuan  khususnya Barisan Nasional (BN) tetapi di sesetengah  kawasan dipedalaman daerah-daerah tententu khususnya daerah Beluran masih lagi ketinggalan jauh dalam arus perdana pembangunan infrastruktur untuk di kecapi oleh penduduk-penduduknya.

Ini terbukti di jalan menunju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Lubang Buaya dalam daerah Beluran  ketika ini dalam keadaan becak dan sukar untuk dulalui oleh kenderaan kecil sedang-kan kereta pacuan 4 roda yang mempunyai low gear pun setengah mati.

Sesiapa sahaja mereka terbaca berita yang tersiar dimedia portal The Sabah  Insider Online sila viralkan berita ini untuk pengetahuan Wakil Rakyat dan juga Ahli Parlimen Beluran agar  kerosakan jalan SK Lubang Buaya dipercepatkan dinaik taraf demi keselesaan pengguna jalan setempat untuk berulang alik.