PROJEK REL BAHARU (ECRL) RM91,666,666,666 JUTA 1KM....The Sabah Insider Online


(YB Mahfuz Omar kata itu landasan emas)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Selasa Oktober 25/2016

PROJEK di Malaya billion-billion  dan begitu mudah diluluskan sedang yang di Sabah rasanya sampai kiamat tidak akan mendapat apa yang Malaya dapatkan.

Sabah memang kaya sumber dan kekayaan sumber itu dirampok untuk memajukan Malaya dan kita sendiri hidup dalam keadaan tidak jauh beda dengan zaman penjajah dulu.

Bajet 2017 ECRL *#MO1 Najib memperuntukkan RM55 Billion untuk membina projek Rel baharu East Coast Railway Line (ECRL) sepanjang 600km bermula dari Port Klang,ITT Gombak,Bentong,Mentakab,Kuantan,Kemaman,Kerteh,Kuala Terengganu,Kota Bharu dan berakhir di Tumpat Kelantan.

YB Dato Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena menghubungi saya melalui telefon siang tadi dan menyatakan rasa peliknya dan bertanya apakah benar Kabinet Najib telah berfikir dan berbincang secara mendalam kos pembinaan projek sebelum dimasukkan dalam Bajet tahun 2017?

Katanya lagi pada 26 Julai 2016, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menafikan laporan Sarawak Report yang mengatakan Putrajaya mahu meningkat sekali ganda kos pembinaan Projek ECRL dari RM30 bilion kepada RM60 bilion tetapi menteri menjelaskan yang kabinet belum membincangkan hal berkenaan.

Laman web itu mendakwa projek ECRL akan dianugerahkan kepada China Communications Construction Company tetapi bernilai RM30 billion lebih tinggi daripada anggaran kos awal

Soalnya sekarang adakah RM91,666,666,666 juta itu untuk membina landasan emas?

Julai 2016 kabinet dikatakan belum bincang, mengapa tiba-tiba bulan Oktober 2016 boleh dimasukkan dalam Bajet 2017 dengan harga RM55 bilion hampir menyamai apa yang didakwa oleh Sarawak Report berjumlah RM60 bilion?

Mahfuz menjelaskan bahawa kebiasaannya jika tidak salah, bulan Jun adalah merupakan "dateline " untuk permohonan bagi dimasukkan dalam bajet.

Persoalan pokok yang timbul ialah kos pembinaan ECRL oleh #MO1 adalah RM55 bilion untuk 600 km bersamaan 1km RM 91,666,666.666 juta, sedangkan landasan berkembar dari Gemas ke Johor Bahru RM7.13 bilion membabitkan RM197 juta bersamaan RM36.19 juta untuk 1km.

Jelas projek itu semacam ada penipuan yang barangkali mahu menutup hutang 1MDB yang jumlah berbilion-bilion.

Apakah ini landasan keretapi termahal di dunia? dan adakah kerajaan nak bina landasan yang dibuat dari emas dan jika demikian keadaannya maka Malaysia bawah pimpinan Najib memang hebat dan perkasa kesan membina landasan emas.

Mahfuz mahukan dibentuk satu Jawatankuasa Khas di bawah Parlimen untuk meneliti kemunasabahan kos projek ini bagi memastikan tiada ketirisan dan kebocoran yang akan berlaku dalam menguruskan perbelanjaan wang rakyat.

Jawatankuasa Khas ini juga boleh bertindak untuk memastikan wang rakyat yang digunakan untuk setiap projek awam benar-benar telus dan bebas dari unsur-unsur rasuah,penyelewengan, pemborosan dan pembaziran katanya Mahfuz lagi.

Pembangunan di Malaya memang begitu hebat dan di Sabah rasanya kembali ke zaman batu dan kerana itu rakyat Sabah diperingatkan untuk jauh ketinggalan dinasihati mengundi BN di PRU14 bakal datang.

Warisan harus kita pertahankan dan selagi warisan dibelakangkan maka jawabnya anak cucu cicit kita bakal merempat di bumi sendiri.