KALAU TIADA ANGIN,TAK KAN DAUN BERGOYANG (KES RASUAH JABATAN AIR SABAH)



OLEH: SORAYA EGG
Tuesday October 11/2016

1.MANTAN  Menteri Kemajuan Luar Bandar - KKLW dalam kenyataan semalam bersedia akan berkerjasama dengan SPRM berhubung kes rasuah di Jabatan air Sabah, bersedia dipanggil untuk memperjelaskan projek persekutuan bernilai 3.3 bilion ringgit itu. 
Tegasnya lagi, sampai kini tiada teguran audit dalam laporannya pada 2015 berhubung kelemahan pengurusan kewangan dari bekas kementeriannya untuk menjelaskan dakwaan 60% peruntukan tidak dapat dikesan hanya 40% dari keseluruhan peruntukan dari KKLW digunakan melaksanakan projek infra di Sabah.

2.Setakat ini dua pemimpin Sabah telah membuat kenyataan berhubung skandal watergate JANS, mereka menafikan tidak terlibat walaupun masih sedang dalam penyiasatan oleh agensi SPRM, ekoran penafian mereka itu secara tidak langsung akan memberi kesan negatif ke atas penyiasatan yang sedang berlangsung.

3.Sikap ketergesaan mereka telah mengundang berbagai asumsi dan spekulasi "kalau tak ada angin, tak kan pokok bergoyang".
4.Apakah semua harta dan wang disita oleh SPRM itu semunya dari peruntukan 3.3billion? Sedangkan ada juga projek projek yang dikendalikan oleh kementerian pembangunan infrastruktur Sabah antaranya projek membina Loji Rawatan Air Baharu Kalumpang, Semporna yang bernilai RM160 juta. Ada beberapa kementerian persekutuan menyalurkan peruntukan ke kementerian kewangan umpamanya kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air dan Jabatan Perdana Menteri.

5.Dalam Bajet Kewangan Kerajaan negeri Sabah (2012, )bajet khusus untuk projek bekalan air negeri Sabah diperuntukkan sebanyak RM 458.80 Juta,(2013, )RM 480.67 Juta, (2014 ) RM 627.92 Juta, (2015, )RM 571.71 Juta (2016 ) RM 715.36 Juta yang berjumlah RM 2,899.46 juta (RM2.9 Billion) dikendalikan dan kelulusannya oleh kementerian kewangan Sabah dilaksanakan oleh kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah melalui agensinya JANS.

6.Penafian yang dibuat oleh Tan Sri  Joseph  Pairin  Kitingan nampak menolak permasalahan ini kepada KKLW tentu sekali merujuk kepada mantan menterinya. Apapun penafian tentu sekali kementeriannya tidak terlepas begitu saja kerana Jabatan Air Sabah adalah agensi di bawah kementeriannya.

7.Tanggung jawab seorang menteri perlu mengawasi perjalanan jabatan dan agensi di bawah kementeriannya tetapi yang menghairankan projek yang bernilai bilion ringgit tidak pernah dipantau sehingg berlaku skandal rasuah yang terbesar dalam sejarah jabatan kerajaan.

8.Apapun prosuder digunakan baik tawaran terbuka atau terhad kementerian Pembangunan Infrastruktur terlibat atau tidak tetap ada peranan secara tidak langsung, umpamanya memantau peruntukan yang tersedia mencukupi atau tidak berhubung projek dalam perlaksanaan dan mengawasi kerja kerja kontraktor dan consultan sesuai dengan terma kontrak serta membuat teguran jika terdapat kelemahan dan masalah pelaksanaan sesebuah projek.

9.Adalah amalan biasa jika peruntukan berjumlah besar dari persekutuan biasanya diputuskan oleh jawatankuasa tender kementerian di sini, DSSA dikatakan terlibat dalam skandal rasuah JANS tetapi yang menghairankan kenapa wang dan harta yang dirampas SPRM berada di jabatan air Sabah bukan di pejabat kementerian KKLW atau di rumah  Shafie ?

10.Adalah tidak adil kepada Huguan Siou ini digalaskan dengan bebanan untuk melindungi pihak yang lain sehingga menjejaskan namanya di kalangan rakyat jelata.

11.Kita tidak berat mana mana pihak tetapi sekadar memberi gambaran sebenar pada orang awam, walau bagaimanapun jangan berspekulasi sehingga menjejaskan SPRM menjalankan tugasnya.