AMT & PENYELARAS "WARISAN"....The Sabah Insider Online


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Khamis Oktober 20/2016
BARU saja parti yang DS Shafie Apdal asaskan diluluskan logo dan namanya parti kelmarin dan hari ini sudah ada kenyataan konon Parti Warisan Sabah sudah punya senarai Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan Sabah atau sengkatannya WARISAN.
Saudara Loretta S. Padua JR selaku setiausaha agung parti menjelaskan apa yang diviralkan itu tidak benar dan katanya kenyataan itu jelas bertujuan untuk mengelirukan ahli-ahli dan orang awam.
" Setakat ini, tiada pengumuman Parti Warisan daripada Presiden
mengenai senarai penuh AMT Parti Warisan Sabah (WARISAN)" Katanya saudara Loretta melalui sebaran yang diviralkan hari ini.
Disamping itu Parti Warisan Sabah juga menerima ada yang sudah menubuhkan JK Penyelaras parti di daerah2 tertentu dan itu sebenarnya suatu usaha yang baik kesan keghairahan untuk rakyat berjuang bersama WARISAN pimpinan DS Shafie Apdal.
Parti Warisan Sabah memang menghargai usaha2 mereka yang sudah menubuhkan JK Penyelaras dan itu amat dihargai tetapi untuk setakat ini cara terbaik, biarlah Presiden parti dan AMT yang akan dibentuk membuat pengumuman untuk penubuhan penyelaras di daerah masing-masing.
DS Shafie Apdal sebelum ini selalu menasihati agar rakyat selalu bersabar dan Parti Warisan Sabah akan digerakkan secara teratur dan bersistematik untuk mengelak bermacam masalah nanti.
Adalah menjadi harapan kepimpinan parti agar rakyat bersabar dan terus bersatu dan dalam waktu yang tidak lama pasti akan ada pengumuman senarai AMT parti termasuk susunatur cara menubuhkan JK Penyelaras mengikut perlembagaan parti.