MEREKA KENYANG MAKAN RASUAH ORANG LAIN DIKAITKAN



OLEH: ISMAILY BUNGSU
Jumaat Oktober 07/2016

DUNIA sekarang ini, mereka yang kenyang makan rasuah dan kaya raya, lalu yang lain dikait-kaitkan dan inilah sebahagian kerja mereka yang tidak mahu mengakui benar.

Kekadang perkhidmatan awam yang tidak bersalah kesan ikut perintah selalu saja jadi mangsa dan ini banyak terjadi di mana-manapun.

Kasus rasuah di jabatan air, macam-macam yang kita dengar dan saya sendiri menerima banyak sangat pertanyaan dan persoalan yang kekadang terlalu penat menjawab.

Seperti yang awal-awal  saya katakan bahawa dana yang masuk ke kerajaan negeri Sabah maka itu kuasa kerajaan negeri sabahlah yang menentukan siapa yang mereka mahu untuk melaksanakan sesuatu projek.

Jabatan air Sabah bawah kerajaan negeri dan tentulah kelulusan itu di bawah kementerian kewangan sabah jika dikasih secara award dan kemudian kita kena tahu siapa pengarah itu sebenarnya dalam UMNO dan siapa timbalan pengarah itu yang keduanya berasal dari Membakut dan Bongawan.

Yang jelas baik pengarah atau timbalan pengarah jabatan air memang tidak akrap dan jauh ada kaitan dan apa yang diperkatakan orang/yang diviralkan hanyalah usaha untuk memburuk dan kaitkan diri seorang DS Shafie Apdal semata.