The Sabah Insider Online.......MEREKA CIPTA SURAT BERANTA


( setelah gagal tuduh memfitnah)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Sabtu Oktober 22/2016

BUKAN saja segala macam ugutan saya terima dan segala macam fitnah yang AUTA dan asyik memutar fakta dan melindungi tutup ayat sepenggal yang kesannya membawa makna beda dan sekarang mereka cipta surat berantai.

Surat berantai itu konon sayalah yang menulis dan mereka sebar secepatnya di laman sosial facebook, whatsapp hingga awalnya ramai yang percaya konon sayalah penulisnya dan ini memangnya perbuatan yang nakal sekali.

Mana mungkin orang lain yang bijak menelaah bisa percaya kala cara ayunan dan lontaran kata jauh beda dengan bahasa yang saya guna dan di situ nampak sangat KEPALUIAN yang mencipta perkara dan di situ jelas sangat kebodohan diri mereka sendiri.

Ya, kalaupun mencipta fitnah kena bijak akting semacam pelakon dan kala gagal menghayati watak seseorang, maka itu namanya bukan seorang pemain yang tepat untuk dikatakan pelakon terbaik nantinya.

Kesihan mereka ini punya penyerang dan pemain yang masih budak mentahan seperti penyerang anak-anak yang baru saja lulus tadika dan itu menjadikan ramai orang ketawa terbahak-bahak kesan kebodohan pemain/aktor yang sumbang dan tergapai-gapai dalam sesak nafas yang menuju jurang yang ia terbenam dan tertimbus sendiri kesan kebodohan itu.

Berhentilah mencipta fitnah dan rakyat Sabah tidak akan terpedaya cara lama mahu menjatuhkan WARISAN dan parti yang kecil dan baru tumbuh bulu akan terus siap sedia tanpa undur dan nanti akan tahu juga betapa langit itu tinggi rendah.

Sabahan sudah berada di ambang pintu untuk turun ke halaman dan mereka serentak, seirama sama kaki melangkah dengan semangat warisan sejati demi sabahan sambil ada kata-kata di panji-panji  kecil tidak bernafsu serakah dan tidak bercakap besar katanya Shafie  dan kata-kata  "ubahSabah", " Sabahans for Sabah" dan segala macam yang menaikkan semangat untuk membantai pemimpin koruptor terus memenuhi ruang angkasa raya hingga mentari di atas kepala terasa panasnya membara.
Rasain lo!