SIAPA KATA UMNO MUSA KERAS KAYU BULIAN


OLEH: SORAYA KIGIS
Selasa Oktober 04/2016

1.USNOBERJAYAPBSUMNO telah berjaya menubuhkan kerajaan Sabah diantaranya majoriti dipimpin oleh bumiputra Islam kecuali PBS yang masih aktif dipimpin oleh TS.Pairin.

2.Kekalahan USNO ditangan BERJAYA atas kerjasama KDM, bumiputra Islam dan Cina dibawah satu bumbung politik Parti Rakyat Jelata Sabah.

3.Kegagalan BERJAYA diatasi oleh PBS berpunca dari isu Tambunan dan Labuan dijadikan wilayah persekutuan, layanan buruk tidak adil terhadap TS.Pairin.

4.Akhirnya PBS tumbang atas faktor terlalu agresif didorong oleh dua wakil rakyatnya cross over ke UMNO.

5.Kalau dilihat secara keseluruhannya kekuatan UMNO Sabah hanya bergantung kepada sokongan KDM melalui PBS,UPKO dan PBRS.

6.Kedudukan UMNO Sabah semakin lemah jika dilihat mood KDM, mereka cenderung memilih pembangkang sejak PRU 13 dan Cina Sabah hampir menolak BN dan dikuasai oleh DAP.

7.Kemunculan gerakan pembangkang dimana penyokong PKR dan DAP bergabung dengan parti tempatan adalah satu petanda yang positif dan ancaman kepada UMNO pimpinan Musa.

8.Kemunculan DSSA dengan parti bumiputra Islam Sabah adalah menggugat kedudukan Musa kerana orang Islam di Sabah boleh membuat pilihan di antara mereka.

9.Kemunculan kerajaan ala PBS tidak akan berlaku tetapi akan ujud kerajaan stail BERJAYA yang dikongsi oleh rakyat jelata Sabah dan berperanan sama rata yang tidak dibatasi agama dan kesukuan.

10.Berpandukan kedududukan semasa semangat S4S telah memperkukuhkan sokongan rakyat Sabah terutama KDM dan Cina kepada pembangkang.
11.Jika DSSA berjaya menawan hanya separuh kursi bumiputra Islam Sabah dalam PRU14 akan mengubah senario politik Sabah.

12.Kerjasama Bumiputra Islam,KDM dan Cina Sabah yang ditunjukan setakat ini mengingatkan kita gerakan BERJAYA tumbangkan kerajaan USNO.

13.Politik Sabah bagaikan perlawanan bola sepak dengan pemainnya yang sama makanya corak permainan mereka mudah diramal dan ditekahttps://www.facebook.com/images/emoji.php/v5/ud0/1/16/1f602.png😂https://www.facebook.com/images/emoji.php/v5/u20/1/16/1f61c.png😜.