PEMIMPIN UMNO KUAT FITNAH DAN 89 PERATUS TERLIBAT DALAM KES RASUAH (SKANDEL) The Sabah Insider Online


( Ketua polis, peguam negara/speaker subahat sama?)


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Sunday October 30/2016

UNTUK menjatuhkan pembangkang/pejuang, maka siap digunalah segala bontot, perempuan simpanan dan segala macam seolah itulah yang merosakkan ekonomi negara bangsa.

Soal perampokan khazanah negara berbilion yang menyusahkan negara bangsa dan membangsatkan rakyat dan Malaysia mereka diamkan, malah yang melapor dikatakan pengkhianat.

Undang-undang  yang ada sekarang memang undang-undang  bangsat sebab terus melindungi pencuri perampok dan bukan membantai pencuri dan perosak negara bangsa.

Kita faham sumpah rahsia itu makna jangan sebarkan maklumat yang boleh membahayakan negara tetapi apakah menyebar perbuatan menteri yang mencuri itu dianggap khianat kepada negara bangsa atau khianat terhadap pencuri perampok kalangan menteri kabinet yang diamanah oleh rakyat?

Apakah Islam hadhari dah islam contoh sembunyikan pencuri dan perosak serta perampok wang rakyat? Inikah konsep ajaran yang diamalkan negara Malaysia atau itukah yang namanya pejuang negara bangsa dan agama?

Saya tidak terjumpa dalam al quran atau hadis nabi ada ayat kita sama melindungi pencuri dan bukankah pencuri itu hukumnya POTONG TANGAN dan tak hairan hukum hudud semua mantan PM dan PM katakan huruharakan negara. Huruharakan negara atau takut menteri-menteri  tidak bertangan kesan kena potong tangan kerana mencuri?

Kalangan pemimpin sekarang ini memang tujuannya mahu melemahkan pemimpin pembangkang atau pejuang rakyat dan itu sebab segala macam-macam  AKTA mereka cipta dan salah satu akta OSA yang tujuannya sembunyikan perbuatan buruk menteri2 yang mencuri khazanah negara dielak rakyat tahu.

Apakah ini ajaran Islam hadhari atau Islam contoh?
Rata2nya yang mencuri khazanah negara ini mereka yang bangsanya Melayu dan Islam agamanya sebalik yang melayu ini tuduh pula cina perosak negara.

Siapa saja cina yang mencuri dan mengasak hak bangsa melayu? Bukankah rata-ratanya yang mencuri dana Yapeim, Zakat, Tabung haji dan segala macam itu bangsa Melayu dan Islam agamanya? kenapa disalahkan bangsa lain?

Sesiapa saja yang memperkatakan yang benar dianggap pengkhianat dan mulalah BN usaha mencari isu yang auta dan antaranya diguna BONTOT dan kes perempuan-perempuan   dan segala macam. Mereka cipta cerita yang bukan-bukan  seolah kes perempuan atau kawin dua tiga itu merosakkan negara sedang dana berbilion tidak mereka sentuh malah disembunyikan. Inilah kepimpinan Islam hadhari, islam contoh yang penuh bobrok sama sekali tidak boleh dijadikan contoh.

Kes 3 mantan menteri bakal disiasat dan jelas ketua polis negara atas perintah usaha sama melemahkan semangat pejuang dan jangan fikir itu bakal melemahkan perjuangan dan rakyat akan bangkit nanti. Kamu siaplah!

Ketua Polis Negara, Tan Sri KHALID ABU BAKAR telah dipetik oleh Sinar Harian bertarikh 29.10.2016 sebagai berkata :

".........Kita akan melihat dan menjalankan siasatan sama ada bekas kakitangan kerajaan ini ada membocorkan rahsia kerajaan atau tidak sebelum sebarang tindakan diambil....", dan
" Saya ingin mengingatkan kakitangan kerajaan tak kira masih berkhidmat atau tidak, apabila meninggalkan jawatan supaya berhati-hati dengan apa jua kenyataan dibuat kerana mereka telah berikrar, angkat sumpah dan menandatangani akuan sumpah."

Ketua polis negara itu barangkali tidak faham PERKARA 63(4) & (5) bersesama dengan PERKARA 10(4) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, sebelum perlu membuang masa pegawai-pegawai PDRM lain, untuk kononnya menyiasat laporan-laporan yang difailkan terhadap Ucapan TS Muhyiddin Yassin, DS Shafie Apdal dan DS Ahmad Husni Hanadzlah, di Parlimen. Masa dan tenaga PDRM lebih baik digunakan terhadap menjaga dan menyiasat perkara-perkara lain yang sebenar-benarnya bercorak jenayah, demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat awam.

Yang Khalid maksudkan dengan "akuan sumpah (statutory declaration)" ialah SUMPAH PERJAWATAN yang diambil oleh kesemua ahli Jemaah Menteri termasuk PERDANA MENTERI di hadapan KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG, yang mengandungi 2 bahagian : Inilah sumpah tersebut
Sumpah Jawatan dan Setia

"Saya,.....setelah dipilih (atau dilantik) memegang jawatan....................................dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAANnya.", dan KEMUDIANNYA baru dan sumpah rahsia pula ialah

"Saya dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya tidak akan memberitahu atau menzahirkan kepada mana-mana orang sama ada secara lansung atau secara tidak lansung apa-apa perkara yang dibawa untuk pertimbangan saya atau yang akan saya ketahui sebagai seorang ................................................................... KECUALI SEBAGAIMANA YANG MUNGKIN DIKEHENDAKI UNTUK MENUNAIKAN DENGAN SEWAJARNYA KEWAJIPAN-KEWAJIPAN SAYA sebagai yang demikian atau sebagaimana yang mungkin dibenarkan dengan khas oleh Yang di-Pertuan Agong."

Menurut "(i)Sumpah Jawatan dan Setia", seorang MENTERI mengangkat sumpah untuk "memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan", dan KEMUDIANnya baru, "Sumpah Simpan Rahsia" dan sekiranya dalam menjalankan jawatan masing-masing sebagai MENTERI, mereka telah mengetahui kewujudan PERLANGGARAN PERLEMBAGAAN oleh PERDANA MENTERI mahupun KERAJAAN, maka menurut "(i)Sumpah Jawatan dan Setia", SEMESTINYALAH Menteri/Bekas Menteri itu PERLU menurut PERLEMBAGAAN dedahkan apa yang diketahuInya, tanpa perlu khuatir berhubung dengan tuduhan kononnya ada perlanggaran "(ii)Sumpah Simpan Rahsia" . Fahamkah bahasa dan makna sumpah ini dan bukankah dalam perlembagaan jelas melindungi hak-hak rakyat dan pemimpin harus telus dan jujur?

Nah, sebagai Ketua Polis Negara, adalah salah seorang ahli dalam Suruhanjaya Pasukan Polis menurut PERKARA 140(3)(b) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, dan menurut PERKARA 142(6) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN , anda juga telah mengangkat SUMPAH PERJAWATAN yang sama, melalui mana anda, KHALID ABU BAKAR telah juga mengangkat sumpah untuk "memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan. Jadi, baik ketua polis negara, SPRM, Speaker dan yang lain harus patuh dan amanah serta fahami ayat2 berkenaan sebelum bertindak dan memperkatakan sesuatu.

Ingatlah kamu duhai ketua polis negara bahawa kamu juga penjawat awam dan tertakluk kepada peraturan dan sekiranya kamu ingkari akan SUMPAH PERJAWATAN itu, anda, KHALID ABU BAKAR, boleh dan WAJIB dikenakan tindakan yang wajar di sisi PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN dan undang-undang yang berkaitan.

Soalnya sekarang apakah sesudah angkat sumpah dan tandatangan perjanjian Sumpah Rahsia akan terus melindungi perampokan khazanah Negara dan sesuka hatinya mencuri, sedang rakyat yang mencuri seekor ayam di penjara dua tahun?
dan perompak pula bisa kasih dana ke anak tiri bikin filem porno, beli banglow yang menyebabkan dua bank di Singapura tutup gara-gara 1MDB? Memang perbuatannya setan!