AMALAN RASUAH DI KALANGAN AHLI-AHLI UMNO-BN PEROSAK NEGARA....The Sabah Insider Online



OLEH: SORAYA EGG
Khamis  Oktober 13/2016

1.BUDAYA  rasuah di Malaysia terutama golongan atasan dalam kerajaan sudah menjadi darah daging mereka dan tidak merasa bersalah berasuah bila ada kesempatan. Mana mana anutan melarang memakan hasil rasuah apalagi ditinjau dari perspektif moral adalah amat jijik.

2.Di negara kita yang ditadbir oleh Barisan Nasional terlalu banyak berlaku rasuah,institusi dipertanggung jawabkan nampak tidak berfungsi dan tidak dapat mencegah penyakit yang jelek ini.

3.Sebagai kerajaan yang dipimpin dan agama rasminya Islam tidak sepatutnya berlaku rasuah lagi sedangkan agama ini merlarang rasuah sehingga melabelkan RASUAH itu haram.

4.Dalam kita disibukkan dengan urustadbir 1MDB melesapkan wang berbillion, kini muncul kes penipuan penggelapan wang ratusan juta ringgit dari projek kerajaan bernilai 3.3 billion ringgit di jabatan air Sabah.

5.Kalau kuasa seorang pengarah di jabatan kerajaan boleh mencipta penyamunan sebesar itu, adalah tidak hairan individu yang lebih berkuasa berlipat kali ganda banyaknya wang rakyat disonglap.

Rakyat tahu penyelewengan mereka tetapi berlindung dari sistem kerajaan maka ramai yang terlepas oleh mahkahmah dunia, namunpun begitu yang menanti mereka mahkahmah rakyat yang pasti tidak terlepas pengadilan selepas mati dan dosa mereka akan membawa ahli keluarganya ke neraka jahanam kerana termakan hasil penipuan haram mereka.

6.Malangnya majoriti rakyat turut menghalalkan rasuah kerana masih memberi hormat kepada perasuah dan memberi mandat kepada pemimpin perasuah memimpin mereka, bukan setakat itu mereka bangga di kemudi oleh perasuah.

Di mana silapnya mentaliti rakyat di negara ini lebih mendengar hujah pemimpin dari Al-quran dan Hadis.

7.Adalah menjadi sunnah dan hukum karma setiap perbuatan jahat itu akan dibalas kejahatan. Ingat jika Allah berkehendak nikmat,harta dan pangkat akan lenyap dalam sekelip mata.