BIASISWA PRAUNIVERSITI DIGANTUNG KESANNYA PERLAHAN-LAHAN


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Selasa  Okt 04/2016

MEMANG ramai yang persoalkan kenapa saja DS Shafie Apdal utamakan hal 1MDB dan alasan mereka itu tidak ada kaitan dengan masalah orang kampung.

" Cuba haji fikirkan bahawa 1MDB itu dana berbilion dan itu dana rakyat dipinjam dan dijamin oleh kerajaan melalui Kementerian kewangan dan sekarang kita tak tahu ke mana perginya dana itu sedang faedah 1MDB membengkak" Katanya serius dan saya terdiam.

Memang benar berhutang itu tidak salah seperti yang dikatakan orang, tetapi kalau berhutang itu untuk sendiri bermewah-mewah diguna untuk peribadi beli kondo, bikin filem, bayar hutang judi dan segala macam memang satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.

" Itulah yang salahnya sebab salahguna kuasa dana rakyat jadi mangsa" katanya DS Shafie Apdal lagi ketika kami bercakap empat mata dan saya terus mendengar dan mendengar.

DS Shafie Apdal yang saya tatap wajahnya agar serius dan sedih sangat sebab dia tahu negara berada dalam keadaan susah meski di TV dan media nasional selalu diperkatakan ekonomi negara ditahap baik dan memberangsangkan.

" kalau memang memberangsangkan, kenapa saja biasiswa prauniversiti ditangguhkan dan kenapa peruntukan jabatan-jabatan  kerajaan termasuk swasta dan universiti kurang sekitar 30%? " tambahnya dan itu memang benar.

Ketika negara diwujudkan soal pendidikan merupakan agenda pertama dan islam sendiri memerintah kita jadi bijak melalui ayat pertama yang diturunkan oleh Allah iaitu IQRA.

" Sepatut anak-anak mendapat kemudahan dari kerajaan bila dikaitkan hal pendidikan sebab itu ada dalam perlembagaan tetapi yang kita tahu sekarang, ibu bapa ada yang tidak mampu lagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah/universiti kesan kos mahal sangat malah untuk biayai makan juga susah" Jelasnya dan suaranya itu jelas kedengaran amat sedih dan kesal sekali.

Bila negara berhutang dan hutang itu dibelanjakan dengan tidak menentu dan tidak wajar, malah dana 1MDB hingga sekarang lenyap begitu saja dan 1MDB bukan satu perniagaan maka akhirnya kerajaan kena bertanggungjawab terhadap hutang itu.

" Najib telah menyatakan GST sebagai penyelamat negara dari muflis dan inilah kesan tidak mampu membayar hutang