The Sabah Insider Online.... SESEORANG PERLU TEMAN-/SAHABAT



OLEH: NURLIYANA ABDULLAH (TENOM)
Selasa November 01/2016

BILA Adam dicipta, lalu Adam kesepian dan dicipta Hawa dan Hawa itulah menjadi temannya Adam.

Di atas bumi ini memang kita tidak boleh sendirian dan setiap orang perlu teman atau sahabat. Yang tidak punya sahabat itu bermakna antara kemiskinan diri yang kita miliki.

Bagi saya sahabat itu lagi mahal banding cinta sebab sahabat biasanya kekal sedang yang kita cinta selalu khianat kesan suka menjadi benci tetapi kekadang tetap rindu.

Misalnya kalau kita punya masalah, apakah akan kita cerita kepada kekasih atau suami? kekadang ada yang perlu dan ada yang tidak tetapi kepada sahabatlah selalunya kita bercerita dan bila terceritakan terasakan agak kurang beban yang jatuh di pundak kita.

Kalau kita bercakap sekadar cinta, daerahnya amat sempit tetapi persahabatan itu mempunyai daerah lapangan yang amat luas, di dalam mengharungi lautan hidup yang tiada tentu di mana tepiannya.

Bagi saya kita nyatanya beroleh kemenangan bila kita mendapat seorang sahabat banding beroleh seorang kekasih yang belum tentu baik atau mungkin saja khianat.

Dalam mencari sahabat, kita kena hati-hati sebab ada yang mulanya menganggap sahabat kesan cerita sedih yang diceritakan sebalik yang tadi dianggapan sahabat bersikap menangguk ikan di air keruh yang kesannya ada masalah di situ kesempatan digunakan dan itu bukan sahabat tetapi syaitan.

Ada bermacam laluan untuk kita gunakan sebagai ilmu untuk mencari sahabat dan yang pertama dicari yang tidak bersikap udang sebalik batu, sahabat yang tidak mengambil kesempatan dan tentunya yang berterus terang itu diutamakan.

Sahabat yang baik selalu menyimpan rahsia dan tidak meninggalkan kita ketika kita susah serta siap berkorban kala memang kita dalam keadaan genting
misalnya.

Pilihlah yang tidak suka bohong atau yang tidak bermuka-muka dan terpenting yang kuat beragama, berilmu dan siap melaksanakan perintah Allah.

Demikian antaranya dan yang lain pasti pembaca cukup maklum dan yang dijelaskan sekadar asas perbincangan kalau mahu.