The Sabah Insider Online… TUMBUH RUMAH SETINGGAN MACAM CENDAWAN SESB RUGI RM64 JUTA SETAHUN SAMBUNG HARAM LETRIK….WONG



OLEH: SHAIMON S JUMADI (SDK)
Selasa Oktober 25/2016






SANDAKAN:- Kerajaan negeri khususnya pihak berkuasa tempatan antaranya Majlis-Majlis Perbandaran menangani isu rumah setinggan di seluruh kawasan daerah-daerah tertentu di sabah yang benyak menyumbang ke-arah  pelbagai kegiatan jenayah yang sukar di bendung.

Tubuhnya rumah-rumah di perkampungan setinggan di Sabah 98  peratus didiami oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)  dengan tiada mendapat bekalan air bersih mahupun bekalan elektrik sebagai kemudahan asas pihak Jabatan Air Sabah dan pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah mengalami  kerugian besar saban tahun akibat penyambungan haram itu.

Akibat perbuatan menyambungan haram bekalan elektrik kerumah-rumah setinggan pihak SESB telah mengalami kerugian RM64 juta setahun.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt sebagai memetik kenyataan akhbar Harian Express bertajuk; “SESB RUGI RM64 JUTA AKIBAT SAMBUNGAN HARAM”

Kata Wong lagi pihak berkuasa tempatan harus memamtau dari masa kesama mengenai pertumbuhan rumah-rumah setinggan haram agar bilangannya tidak bertambah.

“Selagi rumah-rumah setinggan haram wujud yang didiami oleh PATI selagi itu masalah penyambungan haram lektrik dan air tidak akan selesai buat selama-lamanya” tanbah Wong.