PENTINGNYA RAKYAT BERSATU

 
( bukan parti lokal semata)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Wednesday  October 05/2016


HARI ini sempat berbicara dengan DS Shafie Apdal dan pendiriannya jelas tidak berubah yang asalnya kampung kembali ke kampung.

Bila saya bincang isu penubuhan parti lokal di Sabah maka sekali lagi ia jelaskan bahawa katanya RAKYAT BERSATU PENTING BUKAN PARTI LOKAL SEMATA.

Nah, berdasarkan apa yang Shafie nyatakan itu jelas penyatuan rakyat lebih penting banding parti lokal dan itu sebab dia menolak tawaran untuk duduki kerusi jawatan terpenting di peringkat nasional bersama mantan timbalan perdana menteri Malaysia.

" Saya asal kampung dan biarlah  
kembali ke kampung setelah bertahun-tahun di peringkat nasional dan itu sebab saya katakan yang lebih penting bukan semata parti lokal sebalik penyatuan rakyat itu harus diutamakan" Katanya pagi tadi.

Sabah sebuah wilayah yang cukup kaya tetapi kesan kepimpinan Najib dan Musa hanya utamakan retorika melaungkan rakyat didahulukan sebalik tidak dalam bentuk praktikalnya makanya itu yang menyebabkan Sabah negeri termundur dan Sabahan termiskin sekali meski kaya sumber.

Menyentuh soal penubuhan parti baru, DS Shafie Apdal menyatakan itu hak masing-masing, perlembagaan membenarkan dan bukan satu kesalahan malah semuanya dihormati kesan hak, asal demi kebaikan bersama dan rakyat Sabah menerimanya.

" Saya ulang lagi bahaya yang lebih penting rakyat bersatu bukan parti lokal semata " Katanya.