TINDAKAN PRESIDEN MCA LIOW BERANI TEGUR PERBUATAN BAJU NERAH SELALU BUAT KACAU TERPUJI…..The Sabah Insider Online


OLEH: WAN FARIDAH WAN AHMAD (PJ)
Jumaat Oktober 28/2016

PUTRAJAYA:- Presiden MCA  Datuk Seri Liow Tiong Lai yang membuat gesaan terhadap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar menangkap dan menyiasat kepada Ketua Kumpulan Geng Baju Merah Jamal Mohd Yunos adalah merupakan  tindakan yang bijak dan boleh diterima akal oleh semua golongan atas keberanian Liow.

Tindakan Liow yang membuat teguran dan seterusnya menggesa pihak polis agar kumpulan Baju Merah yang diketuai oleh Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar Jamal Yunos yang sering membuat rusuhan kaum dan melakukan keganasan di sana sini bukan saja menjejaskan para pelancong asing yang datang melawat ke Negara ini bahkan sekaligus tindakan kejam Jamal menjurus kepada menjejaskan sokongan rakyat terhadap kerajaan BN dan juga UMNO.

Syabas Datuk Liow kerana berani menegur perbuatan terkutuk Geng Baju Merah yang merupakan satu-satunya pemimpin dari komponen Barisan Nasional (BN) yang berani berbuat tindakan bukan macam para pemimpin UMNO yang menghalalkan perbuatan ganas Geng Baju Merah yang membuat kacau  bilau di sana sini yang bakal mencetuskan pergaduhan kaum yang melibatkan pertumpahan darah.

Mungkin para pemimpin UMNO suka peristiwa pergaduhan kaum hingga pertumpahan darah seperti yang pernah berlaku pada 13/05/1969  kembali  semula maka UMNO berdiam diri saja seolah-olah menghalalkan perbuatan keji itu.

Liow Tiong Lai seorang pemimpin MCA-BN yang tidak dinamik dan telus kerana berani membuat tegusan bernas pemimpin macam Liowlah yang dimahukan oleh rakyat Malaysia kerana tidak mahu sebarang berlakunya kecohan di dalam negera.

Kalau begini para pemimpin UMNO berdiam diri saja tidak berani menegur segala perbuatan songsang Jamal  lama kelamaan para pemimpin komponen BN seperti MIC-MCA dan GERAKAN pastinya mereka keluar dari komponen BN kerana mereka tidak mahu bersekongkol dengan perbuatan jahat Geng Baju Merah yang taja oleh UMNO untuk  buat huru hara dalam Negara.