SATU TAMPARAN PADA NAJIB BILA PEMBANGKANG KELUAR DARI DEWAN PARLIMEN....The Sabah Insider Onlime

PEMBANGKANG KELUAR BUKAN BIADAP
( tapi tanda protes salahguna kuasa pemimpin BN)

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH (TENOM)
Monday October 24/2016

BAJET  2017 hanya RM260 bilion sedang bajet 2016 RM267.2 bilion dan itu cukup aneh sedang kerajaan telah menyatakan ekonomi musim depan membangun sekitar 4%. Jelas kerajaan tahu dimusim mendepan ekonomi merundum terus.

Pendapatan kerajaan hanya RM219.7 bilion makna kerajaan terpaksa meminjam 40 bilion lagi dan hutang negara semakin membengkak. Apakah rakyat tahu hal ini? Ini kena bijak meneliti bukan hanya jadi pak turut atau main angguk macam lembu yang tinggal di kondo. Projek undang bagaimana duhai Noh?

Apa yang saya jelaskan di atas tentunya itu kurang difahami oleh rakyat di desa, kampung mukim malah yang di bandar sendiri kurang tahu hal ini selain hanya mendengar kenyataan di TV atau media milik UMNO yang menguar2kan sesuatu yang cantik sebalik yang buruk di akta OSAkan. Bacul!

Apakah bajet 2017 akan menyebabkan rakyat hidup bahagia atau hanya membahagia dan memakmurkan pemimpin yang korup atau pegawai kerajaan yang bersikap memboroikan perut sendiri dan keluarga serta famili terdekat? Rujuk rasuah Jabatan Air Sabah!

Saya perhatikan Skin Latihan 1Malaysia(SL1M) libatkan 20,000 pelajar dan ini kemungkinan tidak memberikan sebarang pekerjaan buat mereka dan sama seperti di negara lain di luar Malaysia.

Yang harus kita fikir ialah apakah bajet yang ada dapat selesaikan hal yang paling utama beri luang dan pekerjaan mereka yang selesai belajar seperti lulusan universiti? Ini harusnya untuk jangka panjang bukan jangka pendek seperti Br1M.

Bagaimana sistem perumahan negara dan ini lebih penting banding yang lain dan di Sabah saja masalah ini kian menyusah dan ditambah dengan sara hidup yang meningkat menyebabkan rakyat tidak sabar lagi membantai BN bakal beralih ke WARISAN. Hidup Warisan!

Hutang yang terkumpul kiat membala dan kutipan GST sekadar RM30 bilion hanya diguna untuk menampung bayar bunga yang kerajaan hutang termasuk dana 1MDB dan jelas bajet 2017 tidak akan dapat mengubah keadaan yang ada dan ianya hanya cantik diucapkan kesan seolah terkait tetap itu tidak menjanjikan membawa perubahan yang baik untuk rakyat.

Pemberian BR1M seperti biasa itu pancingan untuk rakyat sedang GST secara perlahan-lahan semula mengutip duit pemberian itu malah lebih banyak banding Br1M.

Saya membuat kesimpulan bajet 2017 hanya indah khabar banding rupa dan rakyat tetap susah menderita kesan RASUAH yang terus berakar umbi dan menjadi budaya yang tidak salah di kalangan pemimpin BN sendiri.