ADAKAH DEMOKRASI MALAYSIA DI LANDASAN BENAR? The Sabah Insider Online



OLEH: SORAYA KIGIS
Monday October 17/2016

1.AMBANG PRU14 bagaikan menghitung hari dan bulan, malahan khabar angin PRN Sabah akan diawalkan tahun 2017 untuk memastikan kemenangan besar BN mengikuti jejak Sarawak.

2. Adalah dijangka penyalah gunaan demokrasi untuk melarang atau tidak membenarkan mana mana pemimpin/ individu pembangkang konon menimbulkan masalah bagi sesebuah negeri walaupun dibenarkan oleh peraturan, tetapi peraturan ini disalah gunakan oleh pihak yang cubamelindungi kepentingan mereka dan kelompoknya.

3.Tujuan asal undang undang ini melarang surversif cuba meracuni pemikiran rakyat sehingga timbul kerisauan rakyat dan ketidak stabilan kerajaan tetapi sering kali hanya pemimpin pembangkang yang menjadi tumpuan.

Di mana adilnya pemimpin pembangkang sering jadi mangsa peraturan ini terutama bila musim pilihanraya,sedangkan mereka menjalankan tugas mewakili parti atau pertubuhan yang sah pendaftarannya.

4.Kerajaan perlu realistik menjadi contoh penegak demokrasi bukan sebaliknya mengamalkan konsep menghalalkan cara demi mempertahan kedudukan mereka sehingga rakyat ragui kerajaan bakal dibentuk tidak berdasarkan demokrasi yang tulin.

5 Sering pilihan raya di negara ini tidak bermain di padang rata, pihak kerajaan selalu mengunakan berbagai bentuk pendekatan untuk mengungguli pilihanraya umpamanya mengunakan jentera kerajaan dan imbuhan kepada pengundi serta menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mengancam orang ramai atau kaki tangan awam untuk menyokong kerajaan.

6.Sungguhpun usia kemerdekaan kita 55 tahun tidak menunjukan ketamadunan kita bergerak ke hadapan tetapi masih mundur miskin integriti dan tidak tahu meletak moral di tempat yang sewajarnya.

7.Sampai bila para pemimpin mendidik rakyat untuk menghayati erti demokrasi dan keadilan dalam sebuah negara demokrasi.
Top of Form
Like
Love
Haha