LIM KIT SIANG RASMI PEJABAT PUSAT KHIDMAT SOOK DI PENSIANGAN.... The Sabah Insider Online

OLEH: KURAP SAMMY A/L KURAP PANAU (KENINGAU)
SHAIMON S JUMADI (SDK)
Sabtu Oktober 29/2016


PENSIANGAN:- Untuk memudahkan rakyat berintraksi dan  sebagai pejabat perhunbungan awam  untuk menyalurkan segala permasalahan yang rakyat di hadapi.

Lantaran Parti  Tindakan Demokratik (DAP) kawasan  DUN Sook dalam Parlimen Pensiangan telah membuka pejabat  Pusat Khidmat Sook yang dirasmikan sendiri oleh Ketua Parlimen DAP yang juga Ahli Parlimen
kawasan Gelang Patah Lim Kit Siang.

Turut hadir pada majlis perasian pejabat tersebut ialah Ahli Parlimen Sandakan yang juga selaku Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt termasuk para pemimpin senior DAP.

Dalam ucapan Lim menggesa rakyat di kawasan DUN Sook dan Parlimen Pensiangan  terutama  sekali  para penyokong  PAKATAN HARAPAN yang dianggotai oleh DAP-PKR dan AMAMAH agar sentiasa menjalinkan hubungan siratulrahim antara satu dengan yang lain demi menjamin kekuatan perjuangan Pakatan Harapan untuk menumbangkan BN/UMNO pada PRU14 nanti.

“Dengan adanya kerjasama erat yang sentiasa terjalin maka Pakatan Harapan dengan mudah untuk menewaskan calon-calon BN/UMNO di kawasan-kawasan pedalaman.” Kata Lim Kit Siang.

Sementara dalam ucapan Stephen Wong juga merayu kepada penduduk-penduduk kawasan Sook dan Pensiangan yang mempunyai sebarang masalah dan kemuskilan datanglah kepada Pusat Khidmat Sook yang terletak di kedai Pekan Sook.

“Dan para pegawai kakitangan kami akan memberi layanan yang sebaik-baiknya  dan setiap aduan yang diterima daripada orang-orang kampung akan direkodkan untuk diambil tindakan sewajarnya” kata Wong lagi.