FAKSI HAK YANG DITUNTUT


OLEH: SORAYA EGG
Selasa Oktober 11/2016


1. ASAS penyertaan kita dalam gagasan Malaysia dengan mengharapkan pihak persekutuan dapat melaksanakan empat tunjang ini,keselamatan, pendidikan, pembangunan, dan agihan kuasa.

2. Bagaimanapun secara RELATIFNYA keempat-empat asas tersebut boleh dikatakan "gone case" jika kita bandingkan dengan pencapaian di Semenanjung Malaysia serta negara-negara yang keluar/terkeluar dalam pembentukan Malaysia (Brunei dan Singapore).

3. Antara penyebab penting adalah "political dominant" UMNO di Semenanjung Malaysia dan ketidakstabilan politik di Sabah. Ini membuka peluang pemimpin pusat campur tangan bagi membawa masuk UMNO ke Sabah pada tahun 1990.

4. Pada masa tersebut, kita sesama Bumiputera di Sabah bercakaran hanya kerana ingin merebut kuasa dengan menggunakan Bangsa dan Agama sebagai agenda bagi memenangi/meraih hati kaum masing-masung. Apabila berkuasa, ketidakadilan agihan ekonomi dan kuasa sudah menjadi perkara lumrah.

5. Keadaan sekarang telah berbeza UMNO di Semenanjung berpecah, juga tindakan yang dimulakan oleh Tun M selamatkan Malaysia dan menggulingkan Najib. Siapa pernah menyangka BN/UMNO di Semenanjung berpecah sebegitu teruk dan Sabah pula mula semakin goyah?

6. Apakah kita akan terlepas lagi peluang keemasan sebegini atau apakah kita perlu memikirkan dan berjuang untuk kepentingan kestabilan politik di Semenanjung yang kecelaruannya kini berada pada tahap gaban dan amat sukar dibetulkan?

7. Saya katakan TIDAK PERLU. Kita mesti FOKUS menuntut HAK KITA dan memajukan diri agar tidak terus bergantung harap kepada mereka. Jadikan empat perkara utama: keselamatan, pendidikan, pembangunan, dan kuasa sebagai asas perjuangan agar seimbang dengan apa yang ada di Semenanjung Malaysia malah kalau boleh lebih baik kerana kita punya pelbagai sumber dan kekuatan.

8. Kita hanya menuntut hak kita, simpanan deposit kita yang telah digunakan untuk pembangunan di Semenanjung Malaysia semasa era-era pemerintahan sebelumnya. Tidak salah mengambil hak dan pelaburan kita selama ini beserta keuntungannya sekali.

9. Ingatlah, jangan lagi kita bercakaran seperti sebelumnya. Kekalkan perpaduan dan keharmonian kerana Sabah mempunyai potensi besar dan sumber hasil yang banyak anugerah Ilahi yang belum diterokai.

10. Sabah juga mempunyai pelbagai etnik yang mempunyai kepakaran, kemahiran, dan kecenderungan yang berbeza. Gunakannya sebagai pertimbangan membangunkan masyarakat di Sabah. InyaAllah, kita akan kekal bermuafakat.

11. Seperkara lagi, kita mesti memilih pemimpin yang boleh membawa kemajuan kepada kita secara kolektif, bukannya seseorang yang hanya boleh menjaga kepentingan kita sahaja. Kerana rezeki Allah begitu luas. Apa yang kita mahukan adalah seorang pemimpin yang kreatif yang boleh membuka peluang yang luas untuk kita berusaha dan mendapatkan rezeki serta menjamin kelestarian anak cucu kita.

12. Terpulanglah kepada kita untuk memilih senang atau susah. Itu hak kita.