KENAPA RAMAI IBUBAPA SUKA MENINGGALKAN ANAK-ANAKNYA SENDIRIAN DALAM KERETA?

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Kejadian kelmarin sepasang suami isteri meninggalkan anaknya di dalam sebuah kereta du Bandar Labuk betul-betul menghayat hati.

Ibu bapa mereka dikatakan semasa meninggalkan anaknya didalam kereta berwarna putih  mereka makan minum atau berseronok-ronok dikedai mamak.

Tergamak betul sebagai seorang tua meninggalkan anaknya didalam kereta yang bertutup cermin yang tidak masuki udara, mujurlah ada beberapa orang mendengar jeritan dan tangisan anak kecil itu kemudian memcecahkan tingkap cermin kereta itu untuk menyalamatkan nyawa budak itu.

“Saya fikir kalau sejam saja lamanya budak itu diberada dalam kereta tersebut kemungkinan meninggal dunia akibat lemas kerana tiada udara” jurucakap.

IBUBAPA BAGUS DIBAHAM BUAYA....Ibubapa yang suka meninggalkan anak-anaknya  sendirian dikereta bagus ikat tangan mereka baru dicampak di Taman Buaya biar dicaplok (baham) buaya sebagai pengajaran kepada ibu-ibu bapa lainnya

Kejadian seperti begini ibu-ibu  suka meninggalkan anak-anaknya didalam kereta memang tidak dinafikan  sering berlaku pada tahun 2013-hingga 2014  kejadian sebegini rupa di Sandakan sudah 10 kali berlaku  sekali ibunya pergi kekereta melihatnya  anak-anak tadi yang tinggalkan telah menghilang diri  sama adea dicolek atau sebaliknya.


Sudahlah begitu ramai bapa dan ibu tidak pandai serik  (jerak/kapok) macam suka anak-anaknya mati dalam keadaan mengerikan, kalau tak suka membela anak-anak hantar saja kerumah anak-anak yatim daripada mereka terseksa ibubapa yang berperangai sedemikian rupa bagus ikat tangannya hantar ke Taman Buaya di Batu 7 Jalan Labuk biar dicaplok buaya gedih...Amin.

VOCALIST BAND MELODY GROUP AWANG MASRAN JUARA BINTANG RADIO SDKFM 2014

OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Penyanyi tunggal Band Melody Group Awang Marsan yang mendendangkan  dua buah lagu berjudul Ghazal Asmara dan Aku Penghibur telah  membawa tuah kepadanya (Awang)  dan    telah dinobatkan sebagai Juara Bintang Radio SDKFB 2014 setelah menewaskan lima peserta lainnya dalam pertandingan nyanyian Bintang Radio Sdkfm anjuran RTM.

Sebelum ini Awang  berapa kali telah  muncul sebagai  juara menerusi pertandingan pertandingan nyanyian karaoke dan sebagainya.


Menurut Band Leader The Melody Group Shaimon S Jumadi (gambar)  awal-awal lagi telah menjangkakan Awang Masran mesti muncul sebagai juara Bintang Radio SDKFM  kerana gaya persembahan serta kelincahannya semasa beraksi dipentas .

 
“Saya selaku Band Leader Band Of The Melody Group mengucapkan tahniah dan syabas kepada Awang ia bukan sekadar mengharumkan nama peribadinya sebagai seorang penyanyi bahkan juga turut mengharumkan nama Band Melody Group dipersada muzik tanah air” jelasnya.


Dalam pada itu Awang mengucapkan terima kasih kepada teman-teman dan serta anggota keluarga  kerana memberikan sokongan dan semengat sehingga beliau dinobatkan sebagai Juara Bintang Radio SDKFM 2014








MAJLIS RUMAH TERBUKA CNY ANJURAN DAP DAPAT SAMBUTAN PENUH MERIAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI
 
SANDAKAN:- Sambutan majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina (Kong Hee Fatt Choy) anjuran DAP Sandakan yang diadakan di restoran Kenalan Mu dekat sini  dapat  sambutan  penuh  meriah.

Rumah Terbuka CNY yang bermula pada jam 10.00 pagi berakhir jam 1.30 petang telah dihadiri oleh masyarakat yang berbilang kaum tanpa mengira idologi fahaman politik berbeza.
 
Turut Hadir para pemimpin kanan DAP termasuk rakan-rakan daripada parti-parti kompenen Barisan Nasional (BN) MCA dan LDP.

Dalam ucapan alu-aluan Timbalan Pengerusi DAP Negeri yang juga Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong antara lain menjelaskan tujuan mengadakan majlis rumah terbuka pada setiap  menyambut tahun baru cina ini sudah menjadi satu adat resam dan budaya  yang diamalkan rakyat Malaysia untuk mengeratkan perpaduan semua kaum yang ada di negara ini.
 
“Saya bagi pihak DAP mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin yang sudi meluangkan masa untuk hadir di majlis ini terutama sekali kepada rakan-karan daripada komponen BN termasuk rakan-rakan Bumiputera atas kesudian hadir sama pada majlis ini” Kata Wong.


Sambil beliau mengingatkan walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah selama lima tahun atas kesalahan meliwat namun semangat juangan daripada Pakatan Rakyat (PR) untuk membela nasib rakyat tidak putus asa  sebaliknya 
akan tetap diteruskan ia sedikitpun tidak melemahkan semangat lawan tetap lawan.

PENGGUNAAN STEVIA CALORI TURUN 7.5 DARIPADA 13.9 GULA PASIR KAKI ANDA BOLEH GUDUNG


OLEH: AZMI AZMAN

KEMUJARAPAN menggunakan Stevia (Gula Sihat) amat berkesan sekali untuk menurunkan calori/kandungan gula dalam badan  manusia jika diamalkan setiap kali untuk membubuhkan disetiap minuman  dan lain-lainnya

Sebanyak manapun kita titiskan diminuman yang belum disimpan gula pasir ia sama sekali tidak membahayakan kesihatan kepada tubuh manusia tidak macam kita suka mengambil gula putih yang berlebihan ianya akan memudaratkan kesihatan.

Ini terbukti kepada saudara Shaimon S Jumadi selama hampir 4 tahun lamanya telah menjalani ratawan penyakit kronik Darah Tinggi dan Diabetes.

Selama empat tahun beliau memakan ubat darah tinggi dan ubat diabetes paling turun gula dalam darahnya calori dari 17.8 hingga 13.9 susah mahu turun sehingga 7.5 atau lebih dari itu.


“Saya tidak menyangka apa yang dijelaskan sendiri oleh saudara SSJ kad rawatannya kepada saya hasil dari pemeriksaan doctor Hospital Daerah Kinabatangan kelmarin menunjukkan kandungan gula dalam badan SSJ turun menjunam keparas 7.5 baru saja tiga bulan dia mengamalkan Stevia (gula sihat) ini satu petanda baik kalau dia (SSJ) terus mengamalkan pengambilan stevia berterusan boleh jadi kandungan calori dalam badannya bisa turun 4.5.

Demikian dijelaskan oleh seorang Stockist Stevia Jumadil Andi Sekandar kepada wartawan The Sabah Insider.Net ketika diminta pandangannya mengenai stevia.


Menurut SSJ doktorpun heran kepada boleh jatuh menjunam calori dalam badan SSJ begitu agak rendah berbanding sebelumnya ia membuat pemeriksaan pada empat bulan yang lalu menunjukkan calori 13.9  kolestrol  5.8. kini tekanan darah 125 bawah 77.

“Dengan ini saya syorkan saudara SSJ jangan berhenti menggunakan stevia sebagai pengganti gula pasir untuk kegunaan diminuman dan lain-lain makanan seperti membuat bubur dan sebagainya.” Kata Jumadil.

Kata Jumadil rakan-rakan yang mempunyai penyakit kronik  kencing manis yang ingin mencoba bolehlah berhubung terus dengan Shaimon S Jumadi melalui talian 013-8882409.

“Sekiranya anda ingin menjadi ahli RCC (M) Sdn Bhd sebagai seorang pengedar dan penggunakan tetap anda boleh mendaftar dengan yuran kemasukan RM125.00 anda akan mendapat 3 botol percuma Stevia dan belian pusingan kedua kali anda hanya membayar RM55.00 dapat dua  botol boleh jual sebotol harga RM50.00 “ jelas Jumadil

Tambah Jumadil pengeluar utama produk Stevia ini ialah Syarikat RCC (M) Sdn Bhd yang telah mendapat pengikhtirafan oleh kerajaan Malaysia khususnya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia memperakui bahawa produk stevia harus digunakan oleh setiap insan bagi menggantikan penggunaan gula pasir  yang telah membawa padah seramai  2.6 juta orang di negara ini telah mengidap penyakit kronik  seperti diabetes daripada jumlah itu 70 peratus ramai Malaysia yang telah mengidap kencing manis ramai yang berkaki kundung akibat luka tak pandai baik-baik akhirnya kaki-kata mereka terpaksa dipotong.


“Setelah menjalani pemotongan kaki jarang orangt-orang yang terlibat boleh bertahan lama untuk hidup paling lama 3 bulan hingga 12 bulan saja ini terbukti ramai kawan-kawan saya telah kembali kerahmatullah untuk selama-lamanya akibat banyak mengambil gula pasir/putih”jelasnya lagi.



KEROSAKAN PAIP MPS TIDAK MAHU MENDENGAR ADUAN PENDUDUK BLOK 39 PPR TAMAN MESRA

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Memang jelas sekali pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sengaja tidak mahu mendengar  sebarang aduan yang disampaikan oleh penduduk berkenaan jika rakyat

 menghadapi sesuatu masalah  yang boleh membahayakan manusia.

Contoh paling dekat dimana Penghuni Blok 39 PPR Taman Mesra telah membuat aduan beberapa kali dengan pihak MPS mengenai kerosakan (kebocoran) Main Pipe di blok berkenaan  hampir  setahun namun  tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak MPS untuk diperbaiki.

Dalam sehari air yang keluar daripada kebocoran paip itu telah dianggarkan mahu juga 3,000 hingga 5,000 galen  bukan kah ini satu pembarisan namanya.

Yang amat membimbangkan kepada para penghuni blok tersebut percikan air paip itu sangat kuat seandainya percik air itu tadi terkena semua  meter elektrik sudah pastinya berlakunya kebakaran besar yang boleh mengorbankan nyawa seluruh penduduk blok 39 itu hagus/renting.

Wartawan Kanan The Sabah Insider.net sempat merakamkan gambar mengenai kebocoran paip sebaik saja menerima panggilan dari beberapa orang penduduk blok tersebut.

Menurut seorang penduduk Puan Sopiah (Gambar) menunjukkan kearah paip bocor itu antara lain menjelaskan kebocoran itu memang sudah lama tetapi tiada tindakan langsung diambil oleh pihak MPS walaupun kerosakan/kebocoran paip itu telah dilaporkan namun sehingga kehari tiada apa-apa tindakan dibuat untuk membaik pulih kerosakan yang dimaksudkan.


“Saya selaku mewakili penduduk Blok 39 Taman Mesra memohon dan merayu jasa baik pihak MPS agar dapatlah memperbaiki kebocoran paip itu demi mengelakan sesuatu perkara buruk yang tidak diingini berlaku menimpa penduduk ini” katanya.

127 PELAJAR SK SERI MANS GUM-GUM TERIMA BANTUAN KEWANGAN PELAJAR TERMISKIN


OLEH: CHIN KUI LEONG

GAMBAR KELIHATAN.....Zakaria bersama para pegawai sekolah, pemimpin masyarakat dan sebahagian daripada penerima KWAPM


GUM-GUM ;-  Seramai 127 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Manis dalam kawasan Dewan Undangan NegerI (DUN) Gum Gum menerima  bantuan daripada Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Para pelajar menerima bantuan tersebut pada majlis yang disempurnakan oleh ADUN kawasan Gum Gum Datuk Haji Zakaria Haji Mohd Edris.

Turut bersama dalam majlis itu ialah guru besar Bistari Asoi, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Abas Haji Labassa, wakil Pegawai Pendidikan Daerah, pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia, guru-guru, ibubapa pelajar, Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said dan pemimpin masyarakat yang lain.

Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri turut mengumumkan peruntukan untuk membeli 200 buah kerusi plastik sebagai kegunaan sekolah berkenaan selepas pemohonan dikemukakan kepada beliau oleh pihak sekolah.

Dalam ucapan beliau, Zakaria berkata penglibatan serta kerjasama  antara guru dan ibubapa pelajar bukan sahaja dilihat mewujudkan pembelajaran berkualiti untuk murid malah meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid.

Sehubungan itu, Zakaria mahu peranan ibu bapa perlu diperluas sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan pendidikan anak-anak.

Menurutnya, sumber pembelajaran pelajar tidak semata-mata daripada guru sebaliknya boleh berlaku melangkaui kawasan sekolah sama ada di rumah mahupun di peringkat komuniti.

 Seiring transformasi negara, peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran selain membina personaliti cemerlang, tambah Zakaria.

Zakaria telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Pantang Undur Tahun 6, Penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Perasmian Bilik Darjah Program Linus  serta Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SK Seri Manis.

Program Pantang Undur Tahun 6 merupakan program membawa maksud tidak sesekali mengalah sebaliknya sebagai motivasi diri dalam meneruskan usaha untuk berjaya dalam menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).





DAP-LDP DAN PBS ANJUR RUMAH TERBUKA CNY UNTUK RAPATKAN SIRATULRAHIM ANTARA SEMUA KAUM

OLEH’ SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Majlis Rumah Terbuka Kong Hee Fatt Choi Timbalan Pengerusi DAP Negeri yang juga Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong  yang diadakan pada hari ketiga CNY dikediamannya di Taman Sibuga dekat sini meriah.

Ramai yang datang yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum tanpa mengiri fahaman idologi politik yang berbeza.

Wong yang ditemui oleh media antara lain menjelaskan tujuan mengadakan rumah terbuka tahun baru cina adalah untuk merapakan lagi talisiratulrahim antara kaum-kaum yag ada di Sandakan ini.

“Lagipun rumah terbuka tahun baru cina yang di sambut   ini sememanglah sudah menjadi ada resam semua kaum sama ada Hari Raya Puasa, Har Natal, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Pesta Kaamantan” ujar Wong.

Turut hadir pada majlis rumah terbuka itu antaranya pemimpin parti PKR, BN da juga DAP.

Sementara rumah terbuka tahun baru cina  hari pertama anjuran parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Elopura yang dikendalikan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin yang dilangsungkan  Dewan SM Yu Yuan disambut meria.

Selain tarian singa sebagai sajian namum persembahan nyanyian telah diadakan untuk menghiburkan para tetamu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan adalah antaranya sebagai tetamu kehormat pada majlis rumah terbuka CNY itu.

Antara pemimpin kanan PBS yang turut hadir ialah Datuk Radin Malih, Datuk Micheal Asang, Datuk Jamilah Sulaiman. Datuk Yee Moo Chai dan Ketua  Bahagian Tanjung Papat  Shirley Chein dan termasuk Ketua Wanita PBS Tanjung Papat Saleena Titi.
 
Manakala rumah terbuka CNY Parti Liberal Democratic (LDP) yang diadakan pada hari pertama di Gelanggang Futsal yang diketua oleh Datuk Lim Ming Ho juga disambut penuh meria.


Antara tetamu kerhormat ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting  Charlie O Pang Ketua Wanita UMNO Baahagian Sandakan Noraini Sulong.



PENGGUNA NO HANDSET 01116006768 ANCAM DAN UGUT AKAN BUNUH SHAIMON DAN KELUARGANYA

OLEH: AZMI AZMAN




DIANCAM BUNUH 3 HARI LAGI oleh pemilik Handset No: 01116006768 akan diburuh Polis









SANDAKAN:- Pengarang Kanan Portal Online Sabah Insider.Net  Shaimon S Jumadi (gambar) malam tadi telah menerima mesej dan panggilan handphone dari seseorang yang tidak dikenali dengan menggunakan nombor  01116006768.

Mesej yang dikirim berbentuk ugutan bunuh ancam bunuh dan cacian dan melalui  panggilan pula orang yang  akan metelak bom ikan dirumah Taman Mesra Blok 17.

Shaimon yang  ditemui dikediamannya menunjukkan mesej yang diterima daripada pengirim memang sah beliau akan dibunuh termasuk seluruh anggota keluarga satupun tiada tinggal.

Namun keluarga sebelah Saimon dan sebelah isterinya kini sedang bersiap sedia  berdepan dengan orang yang mengacam mungkin akan  berlakunya perkara buruk yang menimpa orang yang membuat ancaman itu.

Nombor handhone 01116006768 sudahpun dihantar kepihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)  untuk mendapat pengesahn siapa pemiliknya untuk memudah pihak polis menjejaki orang yang menggunakan nombor itu.

“Orang yang mengancam saya menggunakan hensed  memang  bodoh sebab boleh  ia dapat dikesan oleh pihak SKMM dan polis pada masa terdekat ini” katanya.


DAP SANDAKAN DERMA RM3,500 UNTUK KOS RAWATAN ISTERI HJ BASHIT HJ OSMAN KE SEMENANJUNG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Atas dasar keprihatinan dan belas ihsan yang memerlukan bantuan dengan itu  Jawatankuasa Perhubungan DAP Sandakan telah menghulurkan bantuan  rakyat tanpa mengira kaum  dan fahaman  idologi  politik yang berbeza.

 Dengan ini  DAP telah menderma  sebanyak RM3,500.00  kepada isteri seorang pemimpin bumiputera  DAP Cawangan Kampung Sim-Sim  sebagai pembiayaan kos rawatan di Semenanjung.

Isteri kepada pemimpin Haji Basit Hj Osman  telah dijangkiti kanser perut, dan diaturkan untuk pergi ke Semenanjung menerima rawatan pada hari Ahad yang lalu.

Setelah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan DAP Sandakan Stephen Wong mengetahui keadaan isteri Haji Basit, beliau bersama dengan timbalan pengerusi George Hiew, naib pengerusi Calvin Chong, Frankie Poon dan lain-lain mengadakan kutipan derma, dan berjaya mengutip dermaan sebanyak RM3,500.00

MP Sandakan Stephen Wong mewakili pemimpin yang lain menyerahkan dermaan RM3500 kepada Haji Basit dan mendoakan isteri beliau pulih dan sihat.

Semasa Haji Basit menerima wang dermaan tersebut, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada MP Sandakan Stephen Wong serta pemimpin lain yang menghulurkan bantuan.
 



MP SANDAKAN SOKONG PIHAK KERAJAAN DAFTAR SEMULA PENDUDUK SABAH YANG MEMPUNYAI IC RAGUI

OLEH: SHAIMON S JUMAD

SANDAKAN:- Cadangan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan untuk mengadakan pendaftaran semula kerakyatan di Sabah supaya dapat menangani masalah pendatang asing  di negeri ini kian berlambak akan dapat diselesaikan dengan lebih berkesan.

“Dengan tindakan pihak kerajaan berbuat demikian ini satu harapan besar bagi penduduk Sabah ianya dialu-alukan dan disambut baik oleh semua pihak” Kata Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong ketika mengulas satu kenyataan yang tersiar dimedia baru-baru ini.

Wong juga pernah mencadangkan sebanyak 2 kali untuk meluluskan pemberian kad pengenalan Sabah di persidangan Dewan Rakyat, untuk menangani masalah pendatang asing yang dihadapi oleh negeri Sabah sekian lama ini.

Wong berkata, setelah pendaftaran semula kerakyatan Sabah dilaksanakan, kerajaan wajib mengumpul kembali kad pengenalan warga asing.
Kata beliau, cadangan Pairin untuk memberikan permit kerja yang sah ataupun kad pengenalan yang khas untuk mengenalpasti warga asing, juga merupakan cara yang boleh diterima.



Selain itu, Wong juga berpendapat bahawa selepas kerajaan mengumpul kembali kad pengenalan bukan penduduk Sabah, kerajaan harus mengeluarkan maklumat mereka daripada senarai pengundi, pastikan hanya orang Sabah yang layak untuk mengundi.




PAS DAN DAP UCAP TAHUN BARU CINA GONG XI FA CAI KEPADA PENGUNDI...HAMZAH -WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sebagai menghargai  dan tidak melupai jasa-jasa  kepada  pengundi kaum Tiong Hwa (Cina) kawasan Batu Sapi  Pesuruhjaya PAS Batu Sapi Haji Hamzah Hj Abdullah  sempena menyambut Tahun Baru Cina beliau bagi pihak PAS telah mengagih-agihkan Ang Pou  dan buah Limau Manderin kepada penduduk Taman Sibuga, Tanah Merah  Dan Taman Mawar pagi tadi.

Setibahnya beliau dan rombongan ke pasar Taman Sibuga, Pasar Tanah Merah dan Pasar Taman Merah mereka telah disambut mesra oleh kaum masyarakat Cina di ketiga-tiga tempat itu.

Walaupun PAS merupakan  parti Islam tetapi semasa pilihanraya umum PRU 13 lalu Hj Hamzah memperolih  9,500 undi dan  70 peratus undi datangnya daripada masyarakat Cina di kawasan Batu Sapi.

Dengan itu sempena Tahun Baru Cina Beliau dan Ahli Jawatankuasa PAS Batu Sapi ingin mengucapkan Kong Hee Fatt Choi (Gong Xi Fa Cai) kepada sahabat  handai terutama sekali kaum cina yang bakal menyambut tahu baru pada esok.


Sementara DAP Sandakan yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi DAP Negeri yang juga Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong dan rombongan telah mengagih-agihkan kad ucapan dan kad  jemputan rumah terbuka Kong Hee Fatt Choi DAP pada 28hb Februari ini di Kenalanmu Restoran bermula pada jam 10.00 pagi hingga tengahari.

Wong sebagai Ahli Parlimen Sandakan tidak lupa mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada para pengundi kawasan Sandakan dan menjemput seluruh rakyat jelata tanpa mengira idologi fahaman politik yang berbeza adalah dijemput hadir ke majlis rumah terbuka itu nanti.




DAP RAIHKAN WARGA TUA DAN OKU MAJLIS MAKAN TENGAH HARI UNTUK CNY

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Penghuni warga tua di Rumah Warga Tua Sri Harapan dan orang-orang kurang upaya dari Rumah Amal Cheshire Home Sandakan  telah diraihkan  majlis jamuan makan tengah hari sempena bakal menyambut Tahun Baru Cina  bertempat di Dewan Sebaguna Sri Harapan dekat sini tengah kelmarin.

Program itu adalah anjuran DAP dan kerjasama Pejabat Parlimen Sandakan yang diketuai oleh MP Sandakan Stephen.

Selain mereka menjamu selera mereka juga menerima Ang Pau Kong Hee Fatt Choi daripada Wong untuk kegunaan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal disambut tiga hari lagi dari sekarang disamping mereka itu telah dihiburkan oleh tarian singa.

Wong selaku Ahli Parlimen Sandakan turut mengucapkan terima kasih kepada Penguasa Rumah Warga Tua Sri Harapan kerana memberikan kerjasama kepada pihaknya untuk menjayakan program tersebut.

“Walaupun kami dipihak pembangkang kami juga mempunyai rasa kasih sayang terhadap orang-orang tua yang telah tersisih daripada keluarga mereka terutama sekali mereka yang  bakal  menyambut tahun baru cina” Jelas Wong.

TERIMA KASIH YB...Amat Lajim yang pernah hidup merempat gelandangan-keluyuran  dijalanan kini hidupnya lebih selesa di Rumah Warga Tua Seri Harapan....terima kasih YB Wong kalau bukan pertolongan kamu saya tentu tidak tinggal di tempat istimewa ini




Semasa Wong dan rombongan mengagih-agihkan Ang Pao kepada penghubungi Sri Harapan telah sempat menemui seorang tua iaitu Amat Lajim 65 tahun yang pernah bergelandangan di bandar ini selama lebih tiga puluh tahun kerana sakit mentel tiada sesiapapun  yang ambil peduli

Sekarang Amat Lajim sejak tinggal jadi penghuni dirumah Warga Tua atas bantuan tempohari oleh pegawai pejabat Parlimen Sandakan keadaannya kini  kelihatan lebih sihat dan  gembira apa tidaknya segala makan  dan  pakai dijaga dengan semporna oleh warden Rumah Warga Tua.






RUMAH TERBUKA DAP PADA 28HB FEBRUARI DIKENALANMU RESTORAN SEMUA DIJEMPUT HADIR

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sambutan Tahu Cina bakal disambut empat hari saja dari sekarang memang sudah menjadi kelaziman DAP Sandakan saban tahun  telah mengagih-agihkan Kad Ucapan Tahun Baru  dan sekaligus jemputan Rumah Terbuka Kong Hee Fatt Choi (Gong Xii Fa Cai) kepada masyarakat cina dan lain-lain masyarakat yang akan diadakan di Kenalanmu Restoran bermula pada jam 10.00 hingga jam 1.00 petang anjuran DAP Sandakan.

Sementara Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2015 dikediaman Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong akan diadakan pada hari ketiga pada 21hb Februari 2015 bermula pada jam 10.00 pagi hingga kepetang Taman Sibuga.

Dengan Wong sekeluarga menjemputan warga Sandakan tanpa mengira kaum dan idlogi politik yang berbeza adalah dijemput untuk datang ke Majlis Rumah Terbuka Kong  Hee Fatt Choi.

Kelmarin satu rombongan yang diketuai Wong telah mengagih-agihkan kad ucapan tahun baru dan kad jemputan di pasar Elopura, Pasar Kim Fung dan Pasar Sibuga Jaya Batu 8 Jalan Labuk.



ROMBONGAN DAP DIKETUAI MP SANDAKAN LAWATAN TAMAN CAHAYA

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Orang Kurang  Upaya Cacat Penglihatan (Buta) tidak terpinggir masih ada orang dan insan yang lain menyayangi mereka.
Mereka sudah semestinya mereka dimahu   dilahirkan sebegitu rupa tapi semuanya takdir yang menentukan nasib seseorang insan yang dilahirkan kedunia  ini dalam keadaan serba serbi kekurangan.

Sempena menyambut Tahun Baru Cina bakal jatuh pada 19hb  Februari ini satu rombongan ahli-ahli DAP Sandakan yang diketuai Oleh Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong telah membuat lawatan  amal ke Pusat Orang-Orang Buta Taman Cahaya Sungei Manila sambil memberi Ang Pow dan bantuan-bantuan lainnya kepada penghuni Wisma Taman Cahaya.

“Walaupun kami ini ahli daripada pembangkang kami juga mempunyai sifat-sifat kasih sayang terhadap insan-insan yang kurang upaya sambil kami melawat melihat-lihat situasi  mereka sambil juga kami menghulur sedikit bantuan yang kami termampu kepada penghuni Taman Cahaya” jelas Wong.

Sebagai menghargai dan penghormAtan atas lawatan rombongan DAP itu mereka tak kesunyian kerana mereka telah sempat dihiburkan oleh kumpulan Cahaya Group Band yang dipimpin oleh Zainal dengan mempersembahan sebuah lagu berjudul.

NAMUN KU PUNYA HATI

Senyumku tak seghairah,
Gerak gaya tidak selincah,
Mataku tak seayu,
Kicau burung pun tak semerdu.

Namun ku punya hati,
Juga gayaku perasaan, 
Hidupku yang sebegini,
Kadar waktu diizin Tuhan.

Tidakku minta,
Lahir ke dunia,
Tidakku duga,
Cacat begini,
Bukanku pinta,
Kasih dan saying,
Bukan ku rayu bantu simpati.

Maafkan wahai teman,
Kumenumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan, 
Sampai masa ku pergi jua


ulang chorus.


DEWAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA SANDAKAN DAN MARDI NEGERI ANJUR KURSUS PROSES SOS

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Kaum bumiputera di Negeri ini khususnya daerah Sandakan diseru agar  merebut segala peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan dalam pelbagai sudut aspek.

Pertama peluang besar yang sedia  ialah peluang peniagaan kaum bumiputera yang  cenderong dalam aspek dunia peniagaan memang amat di digalakan   untuk mempertabatkan pertumbuhan ekonomi bagi menjana pendapatan.

Pengerusi Perhubungan merangkap Ahli Majlis  Tertingg (AMT) Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah Abang Jorgy Abang Hj Juana berkata demikian ketika memberi ucapan alu-aluan pada  majlis penutupan kursus Pemperosesan Sos dan Hasil Ikan anjuran Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah dengan kerjasama MARDI  negeri Sabah yang dilangsung di  Bilik  Mesyuarat DPBS di Bandar Prima KM 7.9 Jalan Utara dekat sini petang tadi.


Kursus yang diadakan selama dua hari yang bermula pada 14hb Fabruari 2015 itu berakhir pada hari ini telah disertai seramai 60 orang yang terdiri daripada  masyarakat bumiputera setempat.

Abang Jorgy berkata mereka yang telah mengikuti kursus berkenaan sekembalinya kerumah nanti mereka boleh mencuba membuat sendiri  sos yang dibuat daripada hasil ikan sama ada untuk dijual atau dimakan sendiri.




MINYAK RON TURUN RM1.70 SEN SELITER TAPI HARGA BARANG MASIH MAHAL...APA CERITA

OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Kenaikan harga barangan keperluan 90 peratus kini telah dirasaih oleh setiap pengguna yang berbelanja dikedai-kedai runcit dan pusat-pusat membelibelah.

Masyarakat pengguna bertanya-tanya kenapa para peniaga tidak mahu menurunkan harga barangan niaga mereka walaupun pihak kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sudah mengarahkan para peniaga untuk berbuat demikian namun arahan demi arahan KPDNKK langsung tidak dihiraukan mungkin menungguh mereka dikenakan kompoun di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
 
Jadi jelas penurunan bahan api khususnya minyak petrol RON RM1.70 seliter tidak membawa kesan positif kepada peniaga kata erti lain sebenar tidak membawa kebaikan kepada pengguna kerana kedegilan para peniaga masih menetapkan harga lama.

Dalam pada itu terdapat segelintir peniaga pula mengambil kesempatan menaikan harga barangan sehingga 90 peratus bila menjelangnya tahun baru cina.

Saya ada berjumpa pemilik beberapa buah kedai runcit kenapa kamu tidak turunkan harga barang-barang kamu apa mereka jawab pembekal-pemborong yang membekalkan barang-barang tidak mahu menurunkan harga macam mana kami sebagai peniaga runcit mahu menurunkan harga lebih murah rugilah kami kata beberapa orang tuan punya kedai.

Kalau diambil kira beberapa sudut memang ada kebenarannya kalau pihak pemborong sendiri masih mengekalkan harga lama macam mana peruncit mahu menurunkan harga barangan walaupun telah diarahkan oleh pihak KPDNKK.

Paling buruk sekali peniaga di Sandakan sudahlah tidak mahu mengekalkan harga lama malahan mereka menaikan harga lebih tinggi ini yang menyusahkan kepada para penggunakan.

Kalaupun mereka tidak mahu menurunkan harga barangan mereka tidak kisah tetapi mereka harus mengekalkan harga lama jangan pula memandai-mandai menaikan harga tinggi terutama sekali dimusim-musim menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Sebagai kesimpulan masyarakat pengguna tidak boleh menyalahkan bulat-bulat kepada pekedai runcit yang belum menurunkan harga barangan niaga mereka ini pokok pangkalnya datangnya dari agen-agen pembekal barang-barang yang belum berbuat demikian.

Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Wanita PBS Bahagian Tanjung Papat Puan Saleena Titi dan Pengerusi Perubuhan Perlindungan dan Kepenggunaan Sabah (CAPS) yang berani menyuarakan hal-hal kenaikan harga barang demi kebaikan semua pihak.

Saya selaku Editor Kanan Free Sandakan Today dan  Wartawan Kanan The Sabah Insider.net dan Wartawan Kanan Sabahkini.Net ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kerana telah mengikuti perkembangan dan perjalanan ketiga-tiga portal online ini bagi mendapatkan berita-berita panas dan sensasi portal untuk edisi di Sabah.

Semenanjung mereka punya portal online seperti Free Malaysia Today (FMT) The Malaysia Insider.net dan Malaysiakini bagi menyiarkan berita-berita panas dan sensasi

Laman web untuk portal-portal online seperti berikut.
Sabahkinimirror.blogspot.com 
Sabahinsider14.blogspot.com
Freesandakantoday.blogspot.com






SALEENA GESA KPDNKK PANTAU KENAIKAN HARGA BARANGAN 90 PERATUS

SOROTAN DARIPADA KACAMATA EDITOR
SHAIMON S JUMADI (SSJ)

SANDAKAN:- Penurunan bahan api minyak RON RM1.70 tidak membawa kesan atau impak kepada para peniaga di daerah ini, malahan mereka masih lagi menaikan harga barangan keperluan hingga 90 peratus.

Tambahan lagi dimusim-musim perayaan untuk menyambut tahun baru cina para peniaga begitu mudah sewenang-wenangnya menaikan harga barangan yang paling tinggi berbanding sebelumnya.

Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Sandakan Puan Saleena Titi (gambar) menyarankan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan  (KPDNKK) agar membuat serbuan menyejut keprimes-primes dan gedung-gedung perniagaan untuk memastikan dan memantau harga barangan tersebut.

“Ini mungkin kegagalan pihak KPDNKK membuat pantau jadi para peniaga sesuka hati menaikan harga barangan dimusim-musim perayaan tahun baru cina” katanya.

Begitu juga direstoran-restoran mamak mereka menjual makanan dan minuman yang harganya terlalu tinggi contohnya Kopi  O harga sebelumnya segelas cuma RM1.20 kini telah mencecah RM2.50 roti canai kosong harga sebelumnya cuma RM1.20 kini harga RM2.40 sekeping.

Dalam pada itu Saleena bagi pihak PBS Tanjung Papat menyambut baik peranan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Bahagian Kudat yang begitu pro aktif telah menyita dan mendenda terhadap lebih 20  peniagaan yang didapati mereka telah melanggar Akta Kawalan Harga Dan Antipencatuttan 2011.

Jadi erti kata lain tambah Saleena penurunan harga minyak petrol jatuh menjunam benar-benar tidak membawa  membaikan  malahan para peniaga tetap berdegil tidak akan menurunkan harga barangan walaupun di seluruh Semenanjung mereka telah berbuat demikian atas arahan pihak KPDNKK.

“Ini semuanya berpunca daripada sikap kurang bertanggungjawab dan langsung tidak memperdulikan langsung para peniaga menaikan harga barang diluar kemampuan pengguna sehingga menimbulkan kerasahan di kalangan masyarakat terutama sekali mereka yang bakal menyambut Tahun Baru Cina hanya tingga beberapa hari saja” jelas Pegerusi Perlindungan dan Kepenggunaan Sabah (CAPS) Bahagian Sandakan Hj Ali Ahmad yang dihubungi pagi tadi,

“Saya saranan piihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membuat penyiasatan terhadap gerak-gerik para pegawai KPDNKK Sandakan kenapa tiada tangkapan  dibuat terhadap para peniaga yang telah menaikan harga barangan kemungkinan ada konspirasi antara satu sama lain” tegas Ali.