The Sabah Insider Online.... KERAJAAN BN/UMNO BOLEH ROBOH MENARA KLCC DAKWA SALLEH KERUAK..... KATA RAFIDAH AZIZ


OLEH: KAMARUDDIN ZAMAN (KUALA LUMPUR)
Sunday  October 16/2016

PETALING JAYA:- Mantan  Menteri Perdagangan Antarabhansa dan Industri Tan Seri Rafidah Aziz membidas dan menyelar kenyataan Datuk Salleh Said Keruak yang bertajuk:  “Kami Boleh Roboh KLCC – Salleh”  yang tersiar di Star pada Khamis 14/10/2016 sebagai kebudak-budakan yang diboleh diterima pakai dan merupakan kenyataan sampah.
Kata Rafidah antara lain Said Keruak dalam kenyataannya itu menyebut  Kerajaan dengan mudah boleh menghapuskan legasi Tun Dr Mahathir Mohamad dengan merobohkan Menara Berkembar Petronas (KLCC) jika mahu, demikian menurut Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bekas perdana menteri itu bahawa kerajaan mahu memadamkan legasi beliau dengan membunuh idea pengeluaran kereta nasional iaitu Proton.

Salleh berkata jika dakwaan berkenaan adalah benar, terdapat banyak warisan lain Dr Mahathir yang mungkin telah dipadamkan.

"Jika kerajaan mahu menghapuskan legasi beliau, sudah tentu KLCC turut dirobohkan.

Selanjutnya Rafidah berkata  untuk
memusnahkan legasi dan warisan masa lalu kerana seorang bekas pemimpin akan meletakkan Malaysia sama seperti Taliban, kata seorang bekas menteri.
'Dalam keadaan sukar dipercayai seseorang berkata kerajaan boleh meruntuhkan menara berkembar jika ia mahu memadamkan legas bekas pemimpin itu.
"Adakah betul apa yang saya dengar?," soal bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz dalam Facebook.
Beliau merujuk tulisan blog oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini, yang membayangkan jika kerajaan benar-benar mahu memadamkan legasi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ia boleh meruntuhkan KLCC.
Beliau membidas bahawa langkah itu akan menjadikan Malaysia setaraf dengan Al-Qaeda dan Taliban.
"Adakah kita menerima pakai pendekatan Osama Bin Laden (pemimpin Al-Qaeda mendiang) dan Taliban?
"Adakah warisan bermakna kepada sesiapa yang berkuasa. Kolektif masa lalu, sejarah kita. Apa pendirian kita?" soalnya lagi.
Rafidah menjelaskan bahawa menara berkembar itu bukan legasi peribadi Mahathir, tetapi warisan kolektif kerajaan dan Malaysia pada masa itu, yang menunjukkan sejauh mana negara pesat membangun dan diakui di mata dunia.
“Saya cabar Salleh Keruak jangan terlalu biadap dan kurang ajar bila mengeluarkan kenyataan dalam mana-mana media social  sebagai seorang menteri yang berpendidikan tinggi tetapi tiada otak cakap sembarangan saja seperti orang telah hilang akal.
“Jangan berlagak sombong  bila sudah dilantik menjawat-jawatan Menteri Komunikasi Multimedia Malaysia selalu lihat juga orang-orang di bawahmu nanti kalau jatuh tersunkur tiada orang  yang mahu menolong kamu” tegas Faridah.






No comments:

Post a Comment