KERAJAAN BN GAGAL TANGANI PENCULIKAN YANG MENJADI-JADI DI PERAIRAN SABAH......DAKWA WONG


OLEH: SHAIMON S JUMADI
Saturday October 01/2016
  
SANDAKAN:- Kes penculikan di perairan Sabah yang semakin menjadi-jadi dan telah membimbangkan dan menakutkan rakyat Sabah termasuk para pelancong asing yang sedang,telah dan akan datang melawat ke Sabah ia boleh menjejaskan ekonomi Negara termasuk negeri Sabah.

 
Selain fonomena ini menakutkan para pelancong asing ia juga menjurus menakutkan para nelayan tempatan untuk pergi ke laut bagi menangkap ikan dan pelbagai hasil sumber laut jelas menjejaskan  pendapatan  harian sebagai sumber mata pencarian kaum nelayan tempatan.

Bukan kah disetiap sudut di seluruh perairan laut di Sabah dari  pantai Timur-Barat-Utara dan Selatan telah di kawal ketat oleh ESSCOM akan tetapi kenapa masih boleh bolos oleh pengganas dari Filipina.

Ekoran trajedi penculikan yang semakin merunsingkan   di Sabah dengan ini Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong Tien Fatt  amat tidak berpuas hati dan marah terhadap Kerajaan BN yang kurang cekap untuk mengukuhkan keselamatan perairan Sabah daripada ancaman penceroboh pengganas Filipina yang berkaitan dengan kes penculikan di laut.

Beliau berkata bahawa walaupun Kerajaan berjanji akan mengukuhkan kelengkapan keselamatan dan meningkatkan keupayaan tindak balas ESSCOM terhadap pencerobohan, malangnya ia masih tidak membantu menyelesaikan masalah ancaman perairan Sabah yang sering berlaku.

“Kegiatan penculikan ini semakin kerap dan ini sekali lagi menunjukkan ketidakcekapan dan kegagalan Kerajaan kita. Mengapakah walaupun perintah berkurung sudah dilaksanakan, penculikan masih sering berlaku? Mengapakah Kerajaan langsung tidak dapat maklumat ketika pencerobohan berlaku? Apakah yang terjadi kepada perisikan ESSCOM?” kata Wong.

Wong merupakan  Pengerusi DAP Sabah. Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui Ibu Pejabat DAP.

Wong berkata bahawa pihak polis telah mengesahkan bahawa pada 2 malam yang lalu, perairan Semporna di bawah perintah berkurung telah berlaku 2 kes rompakan bersenjata dan salah seorang tebusan yang diculik merupakan warganegara Malaysia. Ini merupakan kes ke-6 berlaku pada tahun ini, sedangkan kes penculikan yang terlibat beberapa orang tebusan pada minggu lalu belum dapat sebarang maklumat selanjutnya.

Beliau amat tidak berpuas hati dan berikrar untuk membangkitkan isu-isu ini pada sidang Parlimen yang akan diadakan pada pertengahan bulan Oktober dan meminta Kerajaan memberi penjelasan.

Wong berkata bahawa sejak pertubuhan ESSCOM, Kerajaan telah mempergunakan peruntukan lebih daripada RM1 billion untuk mengukuhkan keupayaan ketenteraan dan pertahanan perairan Sabah, tetapi malangnya ia telah menjadi bahan ketawa di masyarakat antarabangsa.

Baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi bersetuju dengan kenyataan bahawa isu-isu keselamatan Sabah terlibat dengan “orang dalaman”.

“Saya telah beberapa kali mendedahkan Sabah terdapat banyak pendatang tanpa izin, atau salah seorang daripada kita berurusan dengan kumpulan militan di Filipina Selatan bekerjasama melakukan kes penculikan di Sabah. Saya juga telah banyak kali meminta Kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini dan bukan sahaja menjaga sempadan dan gagal mengawal masalah dalaman.” kata Wong.

Beliau berterus-terang bahawa bukan sahaja masalah “orang dalaman”, tetapi juga amat curiga sama ada terdapat rasuah di kalangan anggota polis yang mengakibatkan pengawalan sempadan yang kurang berkesan.

Wong merujuk kepada kes penculikan yang melibatkan tebusan dari Sibu, Sarawak sebelum ini, duit tebusan yang dibayar RM12 juta, tetapi media Filipina melaporkan bahawa Abu Sayyaf hanya menerima RM9 juta, mana lagi RM3 juta? Media Filipina turut menuduh pegawai kanan kedua-dua negara telah melibatkan diri dalam “perniagaan penculikan”.

“Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat satu siri masalah struktur dan bukan hanya keupayaan pertahanan ESSCOM. Yang lagi penting adalah keperluan untuk membasmikan faktor “orang dalaman” supaya boleh menyelesaikan masalah ini dengan sepenuhnya. Memandangkan Datuk Masidi bersetuju juga, adakah Kerajaan akan mengambil tindakan untuk menyiasat dan menghapuskan masalah “orang dalaman”, terutamanya yang banyak terlibat dalam pendatang tanpa izin?” kata Wong.

Wong juga mengkritik Kerajaan masih belum mengumumkan tindakan RCI Sabah terhadap masalah pendatang tanpa izin di Sabah, walaupun laporan tersebut telah siap lama dan Kerajaan telah menubuhkan dua jawatankuasa untuk merancangkan program menangani isu-isu yang berkaitan dengan PTI, tetapi kini telah berlalu hampir dua tahun dan masih tiada apa-apa laporan dikemukakan. Hal ini menunjukkan Kerajaan langsung tidak ikhlas dan tidak berniat untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Beliau berkata bahawa selagi masalah PTI di Sabah tidak diselesaikan, maka “perniagaan penculikan” akan diterusk


No comments:

Post a Comment