UPKO MINTA DUN TELUPID DIBERIKAN KEPADA UPKO BELURAN PRU14 NANTI

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: ARMON BINING
Monday October 10/2016

KUAMUT:- Konvensyen UPKO Zon 1 Beluran dan Kinabatangan yang diadakan baru-baru ini membawa pengertian besar terhadap perjuangan sebenar parti itu khusus untuk membela nasib rakyat  anak jati tempatan Sabah  

Konvensyen UPKO Zon I yang diadakan di Dewan  Majlis Daerah Telupid  Tongoh tersebut tekah disempurnakan oleh Pemangku Presiden UPKO yang juga selaku Menteri Sains Teknologi dan Enovasi Malaysia Datuk Madius Tangau.

Terdahulu  dalam kovensyen itu 2  usul telah diajukan  iaitu mengenai kedudukan UPKO  Beluran dan Kinabatangan bagi UPKO Beluran  telah mengusulkan  meminta agar kerusi baru DUN  N47 Telupid hendaklah diberikan kepada UPKO  Beluran.

Selain itu  DUN Telupid juga mengusulkan serta menyokong sepenuhnya agar  Datuk Masiung Banah dikekalkan sebagai calun BN/UPKO di kawasan  Kinabatangan khususnya DUN Kuamut.
 
"Kita meminta supaya DUN baharu N.47 Telupid diberikan kepada UPKO Beluran.....tapi jangan takut saya tidak akan melobi jadi calun di Telupid, walaupun saya pengurusi UPKO Zon Pantai Timur, kerana saya bukan orang Telupid dan saya sedar bahawa saya tidak ada keluarga yang pernah menjadi pemimpin di sini untuk saya menumpang pengaruh.

“Sekiranya saya mahu bertanding di Telupid...biarlah orang-orang Telupid yg memimpin DUN Telupid kerana mereka lebih tahu dan faham denyutan jantung yg dirasakan oleh rakyat Telupid.. " Kata Masiung Bana dalam ucapannya di majlis tersebut.

Beliau juga selaku ADUN Kuamut mengajak ahli-ahli UPKO sekuruh Sabah termasuk di kawasan Kinabatangan agar sentiasa menjalinkan hubungan siratulrahim antara satu sama lain demi mempertabatkan dan menguatkan perjuangan UPKO di persada  politik tanah demi memperjuangkan hak-asasi orang asal Sabah.


No comments:

Post a Comment