KONVOI BAJU KUNING BERSIH O5 BERJALAN LACAR

OLEH AZMI AZMAN
Sunday October 02.2016

SANDAKAN:- Perhimpunan aman baju kuning Bersih 05 yang telah diadakan di Semenanjung anjuran parti PAKATAN HARAPAN di Sabah khususnya di Sandakan tidak juga mahu ketinggalan.
Perhimpunan aman (konvoi) Bersih 05 yang menjelajah dari Sandakan-Kinabatangan-Lahad Datu dan Semporna telah diketuai sendiri oleh Pengerusi DAP Sabah yang juga Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt.
Wong berkata mesej dan tuntutan rakyat melalui Bersih 5 kita sebarluaskan keseluruh pelusuk Malaysia  Kita juga menerima banyak keluhan rakyat kerana "kegilaan" sang pemerintah.
“Tapi, ada juga yang mencemuh dan menghina, namun semua itu terubat bila ramai lagi yang menyokong padu usaha memberi kesedaran kepada rakyat ini.
Usaha ini bukan semata mata untuk kita, tapi untuk semua rakyat , anak cucu masa depan kita.
Dengan itu Wong merekamkan ucapan terima kaseh kepada pihak polis, kerana memberi kata nasihat yang baik. "Safe Journey" "hati hati memandu" "semoga selamat sampai" keluar dari mulut setiap anggota polis yang bertugas menyambut kami disetiap daerah. Perjalanan kami rasa selamat kerana terima pantauan kalian.
Semoga aura kuning ini menyelinapkan ke seluruh pelusuk Sabah dan seluruh sudut Malaysia. Kami pasti terus ke depan kerana berdiam bukan pilihan.
Jumpa lagi stage seterusnya.
"Satukan tenaga - Malaysia Baru!"


No comments:

Post a Comment