The Sabah Insider Online ....PESILAT MENGATUR LANGKAH LAWAN DEMI KEMENANGAN


OLEH: NURLIYANA ABDULLAH (TENOM)
Sunday October 30/2016

SEORANG pesilat untuk mengatur langkah, sesekali kena undur untuk susun langkah dan tidak boleh terus melangkah. Demikian caranya untuk menyerang lawan demi kemenangan.

Kita tentu ingat sejarah nabi meninggalkan Mekah dan hijrah ke Medina dan ketika itu keadaan Mekah sukar diajari dan untuk selamatkan perjuangan dan sesuaikan nabi kena pergi ke Medinah.

Kita kena faham dan kena sesuaikan perjuangan untuk mencapai sesuatu yang diinginkan dan inilah yang dinamakan STRATEGI perjuangan dan strategi ini kekadang tidak boleh dihebohkan sebab ianya sulit seperti strategi tentera/polis untuk selidiki sesuatu kekuatan musuh dan tentu ingat bagaimana tentera israel umpan perempuan arab mabuk minum sebelum israel serang tahun 1967.

Politik di Sabah ini memang sukar kesan pengundi di Sabah rata-rata belum matang kesan kemiskinan itu sendiri dan itu sebab Nabi tidak mahu umatnya miskin sebab miskin itu mendekat kufur dan bila kufur maka apa saja mereka lakukan kesan demi hidup.

Di Amerika dan Negara-negara yang lebih maju keadaannya tidak seperti di Negara kita yang kebanyakannya mengharap kerajaan semata dan itu sebab sesiapa saja yang memerintah akan punya kelebihan sedikit untuk mengatur cipta undang-undang demi keselamatan diri yang kuasa kerajaan dan itu sebab ada akta OSA, NEC dan segala macam akta yang bukan melindungi rakyat sebalik melindungi salah laku pemimpin yang korup dan bermain dengan gelombang kebangsatan menjahanamkan ekonomi negara bangsa.

Keadaan di Sabah dan permainan persekutuan menyebabkan keadaan politik di Sabah tidak menentu dan itu sebab banyak sangat pemimpin kita asyik menukar haluan atau dikatakan KATAK kesan di sana sini ada saja main hulur dan pujuk-pujukkan untuk sertai parti dan kesannya wujud perpecahan di kalangan pemimpin, parti dan rakyat yang mengundi jadi serba salah sebab tidak tahu mana satu menjadi pilihan.

Nah, kesan banyak sangat yang lompat parti atau tubuh parti bagi saya itu bukanlah katak tetapi lebih kepada mencari lokasi untuk melaksanakan visi yang diperkatakan selama nian. Inilah hakikat dan menyatakan mereka itu katak tidaklah saya persetujui kecuali kalau-kalau mereka itu mendapat IMBUHAN untuk pecahkan undi pembangkang dan ini tidak saya nafi rasa-rasanya memang ada.

Jika ada yang bersikap begitu ketua dapat IMBUHAN dari yang lain dan pengikut tidak tahu, maka itu sesuatu yang cukup bahaya dan jelas membodoh-bodohkan rakyat dan inilah yang sedang rakyat lihat tetapi saya selalu memikirkan dan berfikiran positif sambil berdoa hal semacam itu tidak terjadi di Sabah ini.

Kesihanilah rakyat yang memerlukan pembelaan dan rakyat sudah tidak tahan dan jangan seksa mereka setelah 53 tahun dikatakan merdeka tetapi merdeka apa namanya kalau ada kampung-kampung masih lagi belum ada paip air dan jalan binatang babi juga enggan lalu dan manusia kesan terpaksa.