The Sabah Insider Online.... KEGIATAN JENAYAH DI NEGARA INI AKAN MEMBERI IMPAK NEGATIF KEPADA SEKTOR PELANCONGAN......ZAKARIA

OLEH: AZMIN AZMAN
Sunday October 16/2016

SANDAKAN Kerajaan optimis memerangi jenayah secara menyeluruh di mana langkah ini akan dapat memberi impak berupa peningkatan rasa selamat oleh rakyat selain membolehkan negara berada di kalangan negara negara yang selamat untuk pelancongan, pelaburan dan perniagaan.


pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Zakaria Haji Mohd Edris berkata ia kerana jenayah dan perasaan takut terhadap jenayah akan mempengaruhi kualtiti hidup rakyat yang ada sekaligus memberi kesan kepada ketiga sektor itu.

" Jenayah hari ini semakin kompleks dan negara kita juga tidak terlepas dari ancaman antarabangsa kerana taktik yang digunakan berbangai bentuk,"katanya ketika berucap merasmikan Program Mesej Dari Penjara di Dewan ILP di sini hari ini.

Zakaria yang juga Adun Gum-Gum berkata kebimbangan terhadap penyalahgunaan teknologi juga kerana ia menyumbang kepada jenayah cyber.

Katanya tidak dinafikan perbuatan jenayah didorong oleh beberapa faktor antaranya desakan hidup, keruntuhan Institusi Kekeluargaan dan persekitaran yang kurang selesa.

Bagaimanapun kata Zakaria tiada alasan untuk mengizinkan perbuatan itu, sebaliknya ia wajib dibasmi agar jenayah yang mencemarkan kedaulatan negara dapat ditangani dengan sebaiknya.

Pada majlis itu, beliau turut mengingatikan golongan muda terutama pelajar remaja agar tidak terpengaruh dengan anasir-anasir tidak sihat dan sentiasa peka terhadap rakan sebaya agar tidak terpengaruh dengan perbuatan jenayah.

Katanya seboleh-bolehnya golongan muda tidak menghabis masa di tirai besi (penjara), kerana golongan muda adalah aset negara di masa hadapan.

Sementara itu, beliau meminta sokongan masyarakat agar sentiasa memberikan sumbangan bagi tujuan membantu bekas penghuni dalam membina jati diri.

" Kita perlu terima mereka kembali ke pangkuan masyarakat. Bantu mereka ke jalan baik dan berikan kerjasama kepada mereka,'katanya sambil menambah pihaknya sentiasa memberi sokongan padu kepada kerja-kerja pemulihan dan kerja masyarakat.

Beliau juga menyeru agar syarikat syarikat swasta atau sektor korprat serta masyarakat turut sama berkongsi tanggungjawab sosial dalam menjayakanusaha usaha pemulihan dan pencegahan yang dilaksanakan oleh pihak Penjara Malaysia di Sabah.