TAHNIAH SPRM KERANA BERJAYA MENANGKAP RASUAH DUIT BERJUTA-JUTA


( BN punya pelbagai senjata)

OLEH: ISMAILY NUNGSU
Friday October 07/2016

PERTAMANYA tahniah buat   Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia- SPRM kerana memperlihatkan kesungguhannya dan bila kasus rasuah terbangkit, maka tanda soal siapa yang mengajar didik yang di bawah demikian?

Siapa saja yang sebenarnya mengamalkan rasuah itu? memang rasuah itu sukar dihapus tetapi boleh saja dikurangkan kecuali barangkali hukumannya harus DITEMBAK saja sampai mati macam di negara China.

Seperti dulu saya katakan melawan BN bukan semudah yang disangkakan, melakukan sesuatu untuk memakmurkan rakyat Malaysia, Sabah khususnya memerlukan perjuangan dan dalam perjuangan itu pelbagai kesan pahit harus dihadapi.

Bukan saja BN punya senjata melalui SPR, JPN dan segala NGO dan jabatan yang berkepentingan serta media yang 
mereka monopoli, malah SPRM boleh saja digunakan untuk menggertak sesiapa saja dalam BN yang usaha beralih angin.

Kita tahu Bung Mokhtar pernah disuara-suarakan untuk sertai DS Shafie Apdal dan sesegeranya kesnya diangkat dan segera yang berkenaan menyiasat dan apa sudahnya sesudah itu? Kita tahu sendiri. Hatinya dekat Shagie  tetapi kesan diugut dia terpaksa.

" Yang penting Rakyat bersatu menentang BN" Katanya DS Shafie Apdal dan kenyataan itu memang benar.

BN hanya boleh ditumbangkan jika rakyat bersatu padu dan sepakat menumbangkannya dan inilah kunci yang cukup menakutkan BN dan kerana ketakutan dan kegusaran itulah, mereka berusaha di PRU14 akan datang menang dengan cara apapun tindakan meski bertentangan dengan undang-undang .

Rakyat Sabah terutamanya kalau mahu perubahan dan hidup masa depan anak cucu cicit terjamin, maka penyatuan bangsa amat perlu menentang kepimpinan yang korup dan laknat.

Seandainya  Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah itu  adalah terdiri dari penyokong tegar UMNO  mereka yang terlibat rasuah berpuluh-puluh juta ringgit paling-paling  dikenakan hukuman penjara 6 bulan  sahaja sebab orang UMNO  akan tetapi kalau  mereka tergolong dari penyokong pembangkang sudah tentu hukuman yang dikenakan antara 30 hingga 40 tahun.

Sebabnya undang-undang UMNO/BN yang buat  lantas suka-suka saja jatuhkan hukuman kalau Najib bilang bebas Pengarah  SPRM ikut arahan telunjuk Najib ini adalah dasar UMNO/BN suka melundungi orang-orang yang bersalah khas untuk orang-orang UMNO/BN  sahaja walaupun mereka bunuh orang tetap bebas dari sebarang hukuman.

UbahSabah
Sabahans for Sabah