II The Sabah Insider Online ...KERAJAAN PERLAHAN-LAHAN AKAN HAPUSKAN BEBERAPA SUBSIDI TERMASUK SUBSIDI MINYAK MASAK



OLEH: SHAIMON S JUMADI (SDK)
Khamis  Oktober 27/2016

SANDAKAN:-Kerajaan perlahan-lahan mengurangkan  beberapa jenis subsidi  termasuk subsidi  minyak masak akan dihapuskan berkuatkuasa 1hb Januari 2017.
Subsidi minyak masak akan dihapuskan berperingkat-peringkat bermula bulan depan, menjadikan kenaikan sebanyak 40 sen kepada RM2.90 bagi paket satu kilogram  dan kini harga runcit minyak masak seberat 1kg (satu paket)  harga dipasaran RM2.50
Harga bagi botol 5kg pula meningkat RM1.90 kepada RM15.25, lapor portal Star Online hari ini.
Bagaimanapun minyak masak paket 1kg akan terus dikawal kerajaan apabila subsidi dikurangkan mulai 1 November ini. Subsidi minyak masak 5kg akan dimansuhkan pada 1 Januari.
Kesemua saiz lain seperti dalam botol 500gram, 1kg, 2kg dan 3kg tidak lagi disubsidikan oleh kerajaan.
 “Semua harga runcit bagi minyak masak campuran dalam pelbagai jenis bungkusan juga tidak lagi diberikan subsidi, ” kata Persatuan Pengeluar Minyak Makan Malaya (Meoma) dalam kenyataan.
Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt berkata tindakan kerajaan menghapuskan subsidi minyak masak memang tidak relevan  kerana  dengan  menansuhkan subsidi minyak masak tentu para peniaga khususnya agen-agen pengeluar minyak makan (Masak) akan menaikan harga minyak serta merta dan perkara ini masyarakat pengguna  yang berpendapatan rendah akan sentiasa berdepan dengan masalah.
Dalam pada itu Wong meminta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)  agar memberi amaran kepada  pengilang, pembekal dan peruncit akan dikenakan tindakan jika menyorok barangan keperluan demi mengaut keuntungan disamping merampas barangan, menarik balik lesen dan dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Kawalan Bekalan. –