DSP LAJIM TUBUH PARTI BARU MENGUNTUNGKAN BN/UMNO PRU14 NANTI… The Sabah Insider Online




PANDANGAN DARI MEJA EDITOR (TSI)
SHAIMON S JUMADI
Sunday October 30/2016

SEPATUTnya Datuk Seri Panglima Lajim Hj Ukin tidak perlu menubuhkan parti baru sebagai pesaing dengan parti Warisan Sabah yang diasaskan oleh Datuk Seri Shafie Apdal.

Dalam konteks untuk menguatkan perjuangan  sesebuah parti itu untuk menentang arus parti pemerintah yang ada sekarang khususnya BN/UMNO perlu  mendapat sokongan padu dari segenap lapisan rakyat daripada pelbagai suku kaum barulah diambil kira perjuangan parti mantap.

Banyak manapun partipun ditubuhkan kalau tiada sokongan rakyat yang jadi pengikutnya  hanya terdiri golongan orang-orang Sontoloyo sebuah part itu seperti katak bawa tenpurung hanya bersemarak bila  masa pilihanraya saja.

Dalam tulisabn saya baru-baru ini saya telah menyentuh tentang pendirian DSP Lajim dalam pandangan peribadi saya DSP Lajim tidak perlu tubuh parti baru  menyeru agar Lajim menyertai sahaja parti baru yang diasaskan oleh Shafie Apdal demi menjamin serta menjalinkan kerjasama yang erat dalam satu parti untuk menumbangkan  BN/UMNO pada PRU14 nanti.

Bagi pandangan saya DS Shafie dengan DSP Lajim kalau dikira dari beberapa sudut memang DS Shafie kuat pengaruhnya berbanding dengan pengaruh DSP Lajim,

DSP Lajim berpengaruh yang di sekitar kawasan Beaufort sahaja akan tetapi DS Shafie dari Semporna –Tawau- Lahad Datu- Banggi –Sandakan Kudat tidak termasuk lain-lain kawasan DUN dan Parlimen yang tidak sempat disebutkan disini.

Lagipun DS Shafie tiada cacat celahnya dia tidak pernah lompat parti sekali Shafie keluar dari UMNO itupun kena singkir gara-gara menyuarakan hal kes penyelewengan 1MDB.

DSP Lajim sudah bererapa kali lompat parti pertama PBS lompat ke UMNO dari UMNO lompat PKR dari PKR lompat sekarang menubuhkan parti baru.

Keyakinan rakyat Sabah terhadap pimpinan Lajim memang  agar kurang sebab orang Sabah tahu sudah tabiat Lajim  suka melompat-lompat macam tiada pendirian.


Sebagai penutup coretan saya ini terlebih dahulu saya menyusun 10 jari mohon keampunan seandainya tulisan saya buat kedua belah pihak tersinggung  saya tulis tidak ada  niat lain  melainkan  supaya  DSP Lajim dan DS Shafea bersatu dalam satu bumbung untuk  menumbangkan kerajaan UMNO/BN.