ABGGOTA-ANGGOTA PARLIMEN SARAWAK BERUSAHA PINDA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


OLEH: SORAYA EGG
Rabu Oktober 19/2016

1.SECARA jujur dan ikhlas benarkah Sabah sudah berpuas hati apa yang diberi dan diterima dari persekutuan selama 53 tahun?

2.Masanya rakyat membuat tuntutan dan menyandarkan masa depan negeri ini pada pemimpin dan parti tempatan yang komited. Waktunya sudah tiba menolak pemimpin dan UMNO Sabah, walaupun diberi waktu 22 tahun tetapi gagal memahami aspirasi rakyat Sabah.

3.Kelantangan Sarawak membuat tuntutan terhadap hak mereka yang dicemari sepatutnya menjadi inspirasi kepada Sabah.

4.Anggota-anggota parlimen Sarawak berusaha ke arah pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mendapatkan semula kuasa-kuasa negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963. Merujuk kepada pindaan pada tahun 1976 terhadap perlembagaan yang menyebabkannya Sabah dan Sarawak mempunyai status sama dengan negeri-negeri di semenanjung,sebelum pindaan itu, perlembagaan menyebut Malaysia merangkumi negeri-negeri di Malaysia Barat, Sabah dan Sarawak serta Singapura.

5.Hanya jika UMNO bukan lagi tulang belakang kerajaan Sabah membolehkan rakyat menuntut hak mereka sebagaimna Sarawak yang cuba mengembalikan haknya selayaknya dinikmati oleh rakyatnya.

6.Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang ada pada diri mereka ” QS 13:11
Sesungguhnya Allah jelas memberi panduan pada kita, bila lagi kita laksanakan amanatNya.