ESOK DIUMUMKAN TUBUH PARTI BARU SHAFIE APDAL The Sabah Insider Online (TSI)



OLEH: ISMAILY BUNGSU
Monday October 17/2016

DI sana sini sudah diviralkan konon parti yang DS Shafie Apdal bakal ketuai sudah lulus dan konon esok diumum oleh ROS di Kuala Lumpur.

Apakah itu benar?Banyak sangat yang bertanya dan jawaban saya sama seperti biasa yang saya tak tahu dan paling saya kata tunggu dan sabar.

Ada kata konon parti itu namanya PARTI WARISAN SABAH. Apakah itu benar? sayapun tak tahu.

Jika namanya Parti Warisan Sabah atau dikenali "Warisan" saya kira itu terbaik sebab kembali kepada diri sendiri.

Warisan dikait dengan kebudayaan dan kebudayaan itu memang bidang saya dan jika saya hurai hingga esok lusapun tak akan selesai.

Warisan itu maksudnya hak kita dan sabah ini memang hak kita dan milik mutlak orang sabah dan slogan sabahans for sabah atau ubahsabah memang sesuai dengan kata warisan.

Ada yang bertanya apa saja logo yang nanti diumum?
Biasanya kala bercakap hal warisan itu menjadi saya ingat layar sabah maju jaya. Apakah itu antara logo parti atau mungkin lepa-lepa?

Di sabah padi merupakan makanan utama dan biasa kalangan dusun kadazan usahakan padi bukit dan orang brunei bajau di kota belud juga usahakan sama. Apakan padi terdapat dalam logo?

Barangkali disamping padi, layar atau barangkali ada bulan dan warna yang melambangkan islam agama rasmi. Inipun sekadar ramalan yang belum pasti.

Parti warisan sabah jika benar itu namanya tentu ada simbol jabat tangan tanda perpaduan dan ini sesuai mereka yang tinggalkan umno dan bergabung dengan parti-parti  lain di kalangan pembangkang.

Saya kira WARISAN ini menarik sebab sabahan sudah banyak sangat kehilangan kesan pemimpin yang rakus dan khazanah negara mereka habisi hingga sabahan jadi miskin papa kedana.

Ah, ini hanya andaian dilarang percaya dan dikabarkan DS Shafie dan Darell bakak ke ROS esok dan dari ROS KL terus ke parlimen.
Kita tunggulah esok ya!