APA KITA RASA SELAMA 53 TAHUN? SABAH DAN SARAWAK SEPERTI TIMUN DENGAN DURIAN....The Sabah Insider Online


OLEH: SORAYA EGG
Friday October  14/2016

1.SABAH dan Sarawak "bagai Timun dengan Durian" bergolek ke mana arah pun tetap terluka jua padanya.

2.Sebenarnya dalam masa 53 sudah kita boleh menilai kedudukan Sabah dan Sarawak dalam gagasan Malaysia dari pencapaian semua dimensi seperti jiran negara kita Brunei dan Singapura yang ke hadapan berbanding negeri kita, malahan kedua dua negara itu telah mencapai status negara maju dan kaya di rantau ini.

3.Kesungguhan Putra Jaya hanya sekadar menjalankan tanggungjawab biasa tetapi tidak lebih dari itu,apa lagi untuk melonjakkan kedua negeri di sebelah timur Malaysia ini menjadi salah satu kuasa ekonomi, hub perdagangan dan pintu masuk barangan dari Cina,Jepun dan Taiwan,Indonesia dan Filipina kerana kedudukanya adalah strategik sebagai penghubung dunia barat dan timur.

4.Kepemilikanya sumber alam semula jadi tidak diterokai secara maksimum dan tanah pertanian yang luas dan panorama semula jadi tidak turut dibantu dan sokongan oleh kerajaan persekutuan untuk memberi nilai ekonomi atas kelebihan ini dari segi fizikal dan dasar dasar yang boleh melonjakan sebagai negeri gah dan makmur.

5.Setelah 53 tahun baru hanya lebuh raya trans Borneo itu pun hanya dalam perancangan jangka panjang, jika dibuat perbandingan kemudahan yang ada di Malaysia Barat "bagaikan langit dan bumi".
6.Hampir semua tuntutan Sabah dan Sarawak hilang tanpa kubur, atau pemimpin akan menjadi mangsa jika tidak sealiran dengan kehendak Putra Jaya, kecuali pemimpin pemimpin ikut makan dedak akan terselamat walaupun rakyatnya hidup tidak selayaknya mereka hadapi.

7.PRU14 akan terbit dalam masa terdekat dengan isu dan semangat yang ada pada penduduk Sabah tidak mustahil kerajaan Sabah bertukar tangan, didorong oleh penyatuan parti parti lokal berkonsepkan SABAH FOR SABAHAN.
PRU 14 bukan hanya sekadar pilihanraya biasa tapi dijadikan juga memorendum pungutan suara untuk menunaikan tuntutan rakyat Sabah selama ini yang tidak pernah dilaksanakan oleh Putrajaya.

8.Dijangka dalam terdekat PRU14 akan menyusul,adakah nasib BN sebaik PRN Sarawak? Dan PRK yang diungguli UMNO, mungkin tidak kerana beban kerajaan pusat semakin sarat bagaikan ikan membusuk dan mulai reput.