KAMPUNG PATAU I dan PATAU II MUKIM KEINGARAN RANAU TERLALU DAIF DALAM ARUS PEMBANGUNAN ASAS…….The Sabah Insider Onlone


OLEH: SHAIMON S JUMADI (SDK)
JONATHAN YASIN (RANAU)
Selasa November 01/2016


RANAU:- Kampung Patau I dan Kampung Patau II khususnya  di Mukim  Keingaran  dalam kawasan DUN Ranau adalah antara kampung yang paling terpencil sekali di Sabah yang masih mundur dalam arus perdana pembungnan infrastruktur untuk keperluan yang dinikmati oleh penduduk setempat. 
Menurut laporan Johathan Yasin yang mengambil gambar seorang ibu yang tinggal di Kampung  Patau I  dalam keadaan daif dan miskin tegar perlu mendapat perhatian dan bantuan daripada ADUN Ranau dan Ahli Parlimen Kinabalu ujtuk menyambung  kehidupan harian yang dibelinggu kemiskinan.
Kampung Kampung Patai I dan Kg Pataub II    yang idak mempunyai kemudahan apa lagi sekolah untuk anak-anak mencari dan menimba ilmu jauh sekali.
Kampung Patau I dan Kg Patau II  yang mempunyai penduduk seramai lebih 100 orang itu  anak-anak mereka yang belajar  terpaksa berjalan kaki selama 3 jam dari Kampung Patau I dan Kg Patau II untuk menghantar anak-anak mereka ke Asramah Kg  Kawiyan  yang berhampiran dengan kedudukan SK Keingaran. 
Mackik itu di Kampung Keingaran  bersama beberapa orang anaknya yang masih belajar  terpaksa membuat pondok (sulap) untuk mereka berteduh sementara kalau mereka tidak larat untuk berulang-alik ke kampung Patau I pada setuap hari kerana terlalu jauh bukan ada kenderaan hanya mengharapkan berjalan kaki  selama 3 jam baru sampai ke rumah.
Kata Jonathan lagi dulu kampung Patau mempunyai bangunan sekolah yang dibuat daripada kayu kerana bangunan sekolah tersebut sudah usang pihak  kerajaaan BN/UMNO dan Jabatan Pendidikan Sabah yang tidak memperdulikan segala permasalahan rakyat di kampung berkenaan lantas sekolah tersebut ditutup begitu saja sehingga sekarang ramai-ramai budak yang ingin belajar terpaksa di hantar ke kampung Keinragan.



No comments:

Post a Comment