PERANAN GIAT MARA BANTU USAHA PARA PENIAGA BUMIPUTERA…The Sabah Insider Online



OLEH: SHAIMON S JUMADI (SDK)
Thursday October 20/2016

KOTA KINABALU:- Apa saja bidang sama ada  bidang kerjaya atau bidang perniagaan jika diusahkan dengan bersungguh-sungguh cekal hati tidak mudah putus asa walaupun pernah mengalami sekali kegagalan tetapi mempunyai semangat yang jitu untuk berdaya saing  maju pastinya menemui jalan kejayaan yang cemerlang.

Usaha Puan Rosnah Joy seorang peniaga yang menjalani  dunia perniagaannya  sebagai Pusat Rumah Urut  dan Kecantikan Sehat yang terletak di kawasan Warisan  Square Kota Kinabalu kira-kira 10 tahun yang  lalu  tidak  sia-sia kini telah membuah hasil dan berjaya seperti peniaga-peniaga yang lainya.
 
Pusat Rumah Urut Kecantikan Sehat itu dinamakan  Beauty Wellness Centre mendapat tajaan sepenuhnya oleh Giat MARA,

Menurut pemilik pusat itu Rosnah dia mendapat latihan awal bahagian urutan dan kencatinkan ialah di pusat Giat MARA selama  dua tahun setelah menamatkan latihan dan berkursus tersebut kira-kira enam bulan kemudian Rosnah membuka  pusat Pusat Rumah Urut Kecantikan Sehat ini di Ibu negeri yang mendapat sokongan dan tajaan oleh Giat MARA.

Kelmarin Tinbalan Ketua Pegawai Eksekutif GIAT MARA Sallehhoddin Abu Bakar  bersama Timbalan Pengarah GIATMARA Sabah Mohd Noh Nawawi telah membuat lawatan kerja rasmi ke Pusat Beauty Wellnes Centre Kota Kinabalu untuk meninjau perkembangan pernigaaan di bawah tajaan GIATMARA.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) media portal  The Sabah Insider Online Jun Pacifico Abdullah telah  turut mengiringi lawatan kerja mereka ke pusat tersebut.