ROS LULUS TUBUH PARTI WARISAN SABAH....... Thre Sabah Insider Online


OLEH: SORAYA EGG
Tuesday October 18/2016

1.SECARA rasmi parti Warisan telah dimuktamadkan hari ini dan membolehkan ikut bertanding dalam PRU14 akan datang,dianggotai dan dipimpin oleh multiracial, bumiputra Islam(BI)KDMR dan Cina Sabah.

2.Adalah dijangka parti Warisan ini akan menjadi tumpuan terutama bumiputra Islam kerana selama ini tidak ada pilihan selain UMNO Musa Aman.

3.Petanda awal bahawa parti warisan Sabah telah mendapat sambutan dari pemimpin muda KDM dan Cina Sabah dijangka penghijrahan beramai ramai akan berlaku dalam masa terdekat ini.

4.Dorongan ini atas faktor majoriti rakyat Sabah mahukan parti tempatan dan diperkuatkan lagi oleh isu korupsi yang sedang melanda negeri ini sehingga tertangkapnya penasihat kewangan negeri yang rapat dengan Musa Aman.

5.Selain dari itu,parti parti dan pemimpin tempatan YTL,DDJK,Bumburing dan DSLU cenderung berkerjasama yang ditujukan semasa pelancaran PCS telah memberi kerjasama namunpun Shafie dan Jeffrey tidak hadir dalam majlis itu tetapi telah menghantar wakil peribadi secara rasmi.

6.Difahamkan juga, parti dari luar tidak akan memasuki Sabah untuk menghormati sentimen Sabahan, namunpun begitu kerjasama peringkat nasional akan terjalin untuk sama sama membentuk kerajaan persekutuan jika ditakdirkan gabungan pembangkang akan menguasai kursi parlimen.

7.Dengan ini,rakyat Sabah akan dapat mengembalikan maruah politik Sabah yang dicengkam UMNO sejak 1994 yang mana Sabah telah kehilangan kebebasan mentadbir negeri sehingga pemimpin Sabah ditentukan oleh UMNO pusat.

8.Kemenangan kerjasama pembangkang akan membawa sinar baru bagi Sabah antaranya kajian semula MA63 dan merungkai perlembagaan dan peraturan yang merugikan negeri ini antaranya akta pertrolium 1974 dan autonomi penuh negeri untuk melonjakan Sabah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negeri yang lain di negara ini.

9.Selain itu negara akan memperkukuhkan sumber yang sedia ada dan mencari sumber alternatif serta memperketatkan akta rasuah sehingga meminimunkan ketirisan wang rakyat. Dalam jangka panjang mengembalikan kehidupan rakyat seperti yang pernah dinikmati semasa era pentadbiran Dr.Mahathir Muhammad.

10.GST dihapuskan dan semua bentuk subsidi yang dihapuskan oleh kerajaan sekarang akan dipulihkan dan konsep kerajaan baru bukan memberi ikan tapi akan memberi kail dan teknik menangkap ikan dan menunjukan lubuk ikan.