DANA JABATAN AIR BUKAN DARI KKLBW SEMATA


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Friday October 07/2016

KASUS rasuah di Jabatan air yang konon melibatkan RM3 bilion sejak 2010 diambil kesempatan menuding jari ke Kementerian Luar bandar dan Wilayah yang pernah dipegang oleh DS Shafie Apdal dan mereka sengaja mengaitkan untuk memburukkan pemimpin pembangkang.

Mereka lupa ada satu  lagi kementerian yang tertanggungjawab terhadap loji air iaitu yang bawah Dr. Mix Ongkili yang dinamakan Kementerian Teknologi Hijau dan Air yang telah menyumbang sekitar RM200 juta di Beaufort.

Kementerian yang pernah DS Shafie Apdal ketuai hanya bertanggungjawab bekalan air di luar bandar sahaja dan tidak di bandar-bandar.

Disamping kedua Kementerian yang dimaksudkan, kerajaan Sabah terlibat mengurus hal-hal rawatan air dan pembangunan-pembangunan  lain termasuk pembaikan dan sebagainya dan secara tak langsung Jabatan Air Sabah adalah di bawah Kerajaan negeri/di bawah Kementerian Kerja Raya Sabah dan tiada kaitan dengan kerajaan persekutuan.

Tuduhan yang mengatakan DS Shafie Apdal meluluskan projek dan mempengerusikan mesyuarat tender itu FITNAH dan tidak benar sama sekali sebab hanya kaki tangan perkhidmatan awam sahaja yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Yang meluluskan projek secara award hanya dua orang sahaja iaitu Najib Razak selaku Menteri kewangan Malaysia dan kedua Musa Aman selaku menteri kewangan negeri Sabah.

Peraturan TRESURY INSTRUCTIONS Ketua setiausaha Kementerian kewangan di Malaysia, sementara yang di Sabah Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan yang mempengerusikan tender dan semua menteri tidak terlibat dan TIDAK BERHAK meluluskan apa-apa projek.

Biasanya Pengerusi tender di Kementerian Kewangan Malaysia atau Kementerian Kewangan negeri akan melibatkan jabatan-jabatan  yang berkaitan dan jika melibatkan bekal air, maka pengarah jabatan air secara tak langsung duduk dalam JK kuasa berkenaan.

Inilah fakta sebenar dan tuduhan-tuduhan  yang dilemparkan adalah  tidak benar dan berniat jahat.


No comments:

Post a Comment