KERAJAAN BN/UMNO KERAJAAN ZALIM MENINDAS RAKYAT...The Sabah Insider Online

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Saturday October 29/2016
SEPANJANG BN memerintah bawah kepimpinan seorang Najib, Sabah terutamanya dalam keadaan terkapai-kapai. Hidup orang kampung bukan membaik tetapi memburuk.
Pengampu-pengampu  BN yang kenyang memboroikan perutnya terus mendendangkan konon BN terbaik dan Musa menyatakan Sabah 90% membangun.
Apa yang membangun di Sabah ini? Sabah kaya sumber minyak/Gas, Sawit, Koko malah getah dan sumber pelancong, cukai kastam begitu banyak dan hasil2 balak kalau dihimpun untuk rakyat itu jelas Sabahan tidaklah kaya sangat macam Brunei, tetapi cukup mewah dan tidaklah seperti sekarang ini.
Memang kita melihat ada kereta di jalan raya, ada bangunan dan itu biasa tetapi semuanya milik siapa?
 Ladang-ladang  sawit sepanjang Ranau, Telupid, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Kinabatangan, Sipitang seterusnya ke Beaufort dan Membakut rata-rata milik syarikat luar dan hanya sedikit milik orang Sabah.
Tanah-tanah  tempat orang kampung bertanam buah-buahan dan berumah sejak bertahun-tahun  dikendalikan oleh dato nenek mereka tiba-tiba menjadi hak orang lain yang tidak mereka kenal dan jelas orang asal dihalau menjadi pelarian di tanah air sendiri.
 Apakah Sabahan buta dan pemimpin barisan nasional pura-pura tidak tahu hal ini dan kenapa rakyat terus juga menyokong BN, apakah rakyat menunggu mereka kena halau seperti sampah dan menjadi pelarian di bumi sendiri nanti?
Kebanyakannya para pemimpin BN terutama yang duduki kabinet persekutuan adalah kalangan perampok yang berwajah malaikat dan bila muncul di TV selalu mereka katakan berjuang demi negara bangsa dan agama. Cakapnya bukan main hebat macam malaikat. Kata-kata itu sebenarnya menjadi candu yang menyebabkan rakyat tersihir dan buta hati dan buta mata.
Apa lagi yang harus diperkatakan kalau rakyat sudah tersihir dan kala kita menulis apa yang benar, maka begitu hebat mereka katakan yang kita ini pengkhianat. Siapa sebenarnya pengkhianat?
Di TV selalu mereka katakan yang pembangkang perosak ekonomi seolah mereka itu malaikat yang tidak bersalah sedang punca sebenarnya merekalah yang menjadi perosak negara bangsa dan buktinya hingga sekarang dana iMDB mengalir ke akaun dua anak raja dan itu bukan sedikit tetapi RM16 bilion. Kenapa tidak ada tindakan diambil? Itu duit rakyat dan bukan duit Najib atau anak raja.
Jelas, memang ramai kalangan kita kena sihir keris taming sari yang tidak lagi boleh perjuangkan negara bangsa sebalik hanya melingkupkan negara bangsa dan agama kita sebenarnya. 
Di Semananjung kita selalu melihat di TV konon tiada air tetapi di Sabah bukan tidak ada air, malah tidak ada PAIP AIR sejak dunia ini muncul dan contohnya di kampung saya yang namanya SUNGAI API TENOM. Merdeka apa namanya ini duhai pemimpin Barisan Nasional yang gagah perkasa?
DI prn14 ini yang dikatakan orang sekitar Mac-Ogos dan selepas Raya menjadi pilihan Musa Aman, maka kalau rakyat Sabah tidak menolak BN dan membantu memenangkan PH di peringkat Nasional untuk mendapatkan lebih 112 kerusi MP maka jawabnya tidak akan ada perubahan dan saya yakin GST akan dinaikkan hingga ke 10% kesan hutang yang terhimpun dan itu saja cara/jalan terakhir Najib selamatkan negara bangsa dan selamatkan orang-orang mereka terus melaksanakan projek mega kayakan diri mereka dan rakyat bakal merempat dan susah. 
Ingatlah di PRU14 harus undi WARISAN dan parti-parti  lain asal jangan sekali mengundi BN yang merosakkan ekonomi negara bangsa kita.
UBAHSABAH