WARISAN PARTI KECIL & BARU TAPI DAPAT RESPOND RAKYAT......The Sabah Insider Online


OLEH: ISMAILY BUBGSU
Sunday October 23/2016

TIDAK perlu gusar kerana "Parti Warisan Sabah" atau WARISAN bukan parti gergasi semacam UMNO. Warisan parti kecil dan baru saja tumbuh bulu dan yang lain tidaklah perlu gundah sangat. 
WARISAN wujud kesan gelombang semangat Sabahan yang mahu perubahan setelah 53 tahun merdeka yang agak jauh ketinggalan meski Sabah sebenarnya negeri kaya sumber anugerah Allah. 
" Perpaduan rakyat Sabah lebih penting dan jika ini dapat disatukan tidak hairan kerajaan yang memerintah terpaksa tunduk kesan rakyat lebih berkuasa bukan pemimpin " Kata DS Shafie Apdal.
 DS Shafie Apdal melalui kenyataannya tidaklah mahu berkata angkuh atau bercakap besar sebalik ia bersama pemimpin lain dalam WARISAN akan terus berusaha dan berdoa untuk kejayaan.
 " Selebihnya kita serahkan saja sama Allah untuk menentukannya nanti " Tambahnya.