CERITA SEBENARNYA SABAH MALAYSIA


~ Saya bertanya dan fikir jawab dengan bukti kukuh~

SOROTAN DARI MEJA PENGANALISIS SEJARAH SABAH
ISMAILY BUNGSU

Dalam konteks ini Editor Sabah Insider telah terpanggil untuk menyiarkan bahan-bahan yang berbentuk sejarah mengenai Tanah Sabah hasil tulisan saudara Ismaily Bungsu merupakan seorang penulis veteran tanah air yang telah banyak menghasilkan beberapa bukunya bagi menyelongkar dan membongkar khusus mengenai sejarah tanah air.

Dengan itu marilah kita sama-sama membaca bagi mengikuti cerita sebenarnya  yang dicoretkan oleh Ismail Bungsu dalam mengimbas hal kisah sejarah sebenarnya di dalam portal online The Sabah Insider

TUNGKU/PM Persekutuan berucap di Hotel Adelphi Singapura mencadang persekutuan Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak disatukan menjadi sebuah gagasan persekutan. Sokongan berbelah bagi.

Tun Hj Mustapha  Datu Harun yang pimpin USNO bersetuju tetapi Donald Stephen  yang pimpin UNKO menolak termasuk PASOK Pimpinan OKK Sundang. Sementara parti cina United Parti pimpinan Khoo Siak Chiew dan Democratic Parti pimpinan Peter Chin mahukan pemerintahan sendiri dulu.

Kesan anggapan konon Tungku mahu letakkan Sabah Sarawak Brunei Singapura bawah kloni tanah melayu, maka Filifina dan Indo terus anggap ianya sebagai Neo-Kolonialisma.

Kemudian satu JK perpaduan ditubuh, Donald jadi ketua memeriksa dan kaji apakah sabahan suka atau tidak. Dan Januari British tubuh suruhanjaya selidik tiap negeri dan Sabah ketika itu belum ada majlis mesyuarat perundangan lagi.
Britsih tubuh Suruhajaya COBOLD dan AJKnya Lord Cobold, Anthony Abell, Edward Watherson, Ghazalie Shafie dan Wong Pow Nee.

Pada 30 Ogos, 62 JK antar kerajaan telah bermesyuarat di KK dipengerusikan oleh Marquess of Landsdowne dan Razak Naibnya dan JK itu tubuh 5 JK iaitu perlembagan, kewangan, undang2/ kehakiman dan susunan jabatan.

Dalam persidangan majlis mesyuarat DUN Sabah pada 12 september telah melantik untuk duduki JK itu dan mereka terdiri RN Tuner, WKH Jones, HW Davidson, Mustapha. Khoo Siak Chiew dan Donald dan dua minggu kemudian di Sarawak juga dibentuk dan Brunei telah menarik diri.

JK dari Sabah telah mengemukan satu daftar diberi nama 20 Perkara untuk ikut serta gagasan Malaysia.
Meski ada parti yang menentang tetapi akhirnya bersetuju dan sertai parti gabungan bernama Sabah Alliance/Perikatan dan Mustapha dilantik sebagai pengerusi, sementara Donald pengerusi

JK Majlis mesyuarat kerja.
Kaum India telah menubuhkan parti sendiri dinamakan Sabah Indian Congress dan sama bergabung dalam perikatan.

Undang-undang piliharaya dilulus pada Jun 1962 dan sewaktu pilihanraya Perikatan menang pada Mac 62 dan memerintah negeri Sabah dalam bentuk sistem member dan yang duduki kerusi ialah Mustapha sendiri, Khoo Siak Chiew, Donald dan GS Sundang.

Ketika itu USNO dapat 8 kerusi, UNKO 5 kerusi, BUNP dapat 4 kerusi dan PASOK 1 kerusi dan kemudian tiba2 28 ogos diluluskan sistem member itu menjadi Ministerial System dan dibuat setelah keputusan pilihanraya diketahui.

Sistem baru ini ada ketua menteri dan 6 menteri dan ada gabenor. Tun Fuad duduki kerusi Ketua Menteri dan menteri lain termasuk Khoo Siak Chiew, Pang Tet Tshung, GS Sundang, Harris Salleh, Said Keruak dan Richard Yapp, sementara Mustapha duduki kerusi Yang dipertua Negara.
Niat pembentukan Malaysia ditentang oleh Sukarno dan Macapagal dari Filifina dan filifina mula menuntut Sabah dipelopori oleh sultan sulu diurus oleh peguam bernama Osmena.

Di Brunei pula berlaku pemberontakan 8/12/62 hingga ke bahagian 5 sarawak, termasuk Sipitang dan Weston.

Pada Julai 31 1963 ada persidangan diantara Macapagal, sukarno dan Tungku di Manila dan keputusan hantar surat sama PBB/U That agar jalankan siasatan di Sabah dan di situlah ada 7000 orang berkumpul di Padang merdeka dengan sepanduk2 MERDEKA MALAYSIA dan 14 Sep U that umum rakyat Sabah memilih gabung dalam Malaysia.

Dan sudahnya 15 september, gabenor colonial Inggeris, Sir William Goode menucapkan selamat tinggal sabah menaiki kapal perang HMS Lion dan Tun Mustapha dilantik menjadi Yang dipertua negara.

Esoknya itulah di pandang Jesselton ada pengisytiharaan Sabah gabung Malaysia dan di situ juga ada adat istiadat angkat sumpah jawatan masing2.

Nah, Memang Sabah sebelum 31 Ogos sudah memerintah sendiri dan maksud Sabah merdeka 31 Ogos itu rasanya tidak benar( betulkan saya) sebab 31 ogos hanyalah pindahnya sistem dari MEMBER SYSTEM kepada MINISTERIAL SYSTEM hinggalah sekarang ini.

31 Ogos ialah kemerdekaan persekutuan tanah Melayu iaitu 31 Ogos 57 dan Sabah tak meraikannya kecuali penubuhan Malaysia tanggal 16 September.

Jika ada, silakan sertakn gambar sebagai bukti lokasi dimana perisyiharan dilakukan dan gambar sekadar kenyataan sepanduk tidak diperlukan.

Bukti poster, galok/cawan bertulis 31 merdeka dan tugu segala macam bukan bukti perisytiharaan yang boleh meyakinkan dan jika ada acara merdeka pastilah
ada seperti berikut dan tunjuk bukti iaitu:-
Siapa yang Isytihar?
Lokasi di mana?
Jam berapa?


RAKYAT DIHARAMJADAH BANGSATKAN


CORETAN  DARIPADA ISMAILY BUNGSU

SIAPA saja PM yang haramjadahkan dan bangsatkan rakyat? Apakah memang rakyat haramjadah dan bangsat?
Kenapa rakyat haramjadah dan kenapa rakyat bangsat? Siapa sebenarnya haramjadah dan siapa sebenarnya bangsat itu?
Apakah perkataan itu harus termuntah dari mulut seorang PM atau sesiapa saja yang namanya pemimpin? Apakah orang semacam itu terbaik atau biadap kala guna kata tak seharusnya?
Kenapa yang berdemo dikatakan bodoh?
Bukankan dalam perlembagaan persekutuan 10(1)(b) itu dibenarkan berdemo dan kemudian undang2 internasional juga membenarkannya untuk luahkan perasaan asal tidak menghuruharakan?
Huruharakah negara kalau demo secara aman dan bagus hingga kedai2 restoran penuh sesak dan bas melimpah angkat orang? Rugikah peniaga dan adakah kedai2 di Kota Kinabalu tutup kesan takut?
Bukankah sejak 1946 UMNO sendiri berdemo lawan inggeris dan tunjuk perasaan sama kedutaan2 luar negara setelah merdeka?
Bukankan bila PBS menang, orang Melayu berdemo anjuran UMNO bakar mesjid dan tumpahkan cat dan bukankah itu lebih bahaya sengaja provokasi agar orang Melayu Islam marah? apa tidak ingat dan pura2 lupa?
Janganlah berdalih dan tembirang, itu olah semua beraku di hadapan mata saya sendiri di mesjid negeri Sabah.
BERSIH4 bukan anjuran DAP dan bukan anjuran PKR dan itu jelas tetapi dianjurkan oleh NGO bernama BERSIH dan yang datang ke bersih bukan orang PKR dan bukan orang DAP tetapi atas nama rakyat Malaysia yang mahu selamatkan negara dari kaki kuraptor yang jelas merosakkan negara bangsa.
Apakah kita buta dulu wang Malaysia/singapura/Brunei sama 1-1 dan sekarang duit singapura RM1000 dan mereka ke malaysia menjadi RM3,000 dan kita bawa duit RM3,000 ditukar di Singapura menjadi RM1,000.Apakah kamu buta?
Tidakkah ini bisa dimengerti wang kita asyik jatuh dan jatuh, malah ringgit dalam bentuk POA makna semacam tidak laku di peringkat internasional dan apakah kamu buta tuli pekak?
Demo kuning bukan untuk orang PKR dan bukan untuk orang DAP tetapi untuk semua rakyat yang bernama Malaysian. Bila sebut Malaysian bermakna untuk anak cucu cicit UMNO/PBS/PBRS/STAR dan semuanya dan apakah ini salah?
saya tanya apakah kamu buta dan tuli yang Sabah ini kaya sumber di Malaysia ada balak, ada tembaga ada sawit getah dan ada minyak tetapi kenapa Sabahan jadi TERMISKIN katanya bank dunia?
Sarawak juga terkaya tetapi TERMISKINnya nombor 4 dalam Malaysia dan apakah kamu tidak tahu atau sengaja pura2 buta dan tuli pekak dan terus mengatakan BERSIH itu bodoh? di mana kamu letak otak dan akal yang Allah anugerahi sama kamu?
Saya tak kata kamu bodoh sebab saya tidak akan kata begitu macam kamu kata sama orang BERSIH. Kelak jika saya kata kamu bodoh kamu bisa saja marah dan melenting macam orang tua gila sasau nyanyuk.
Usahalah lihat di sekitar kamu dan apakah kamu suka cucu cicit kamu bakal merempat dan tidak bertindak sekarang?
Betul, sepatut masa election dan sekarang kita mahu beri kesedaran sama rakyat agar benar2 faham situasi keadaan sebelum election dan ini tugas semua kita di Malaysia ini bukan membuta tuli memekakkan telinga.
Orang BERSIH bukan lembu yang asyik mengangguk kesan perut boroi dan kenyang.
Kamu fikirlah setelah merdeka hidup bukan senang kesan GST mencekek leher, memang semakin susah dan tidak hairan sabahan bakal merempat sebab di sana sini yang kita jumpa rata orang asing dan kala bicara jelasnya kita seperti di luar negeri dan bukan di Kota Kinabalu seperti tahun-tahun 80an.
Selamat hari Malaysia tetapi apa maknanya Hari Malaysia ini kalau hidup derita sengsara?

PENDAFTARAN UNTUK AHLI KUDAT WOMEN SOCIETY DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKAN...... RAHIMAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI

KUDAT:- Program bersama Daroyah Alwi Naib Ketua   Wanita Pusat  dan juga selaku  Wanita Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Cabang Kudat  telah diadakan di Pejabat PKR Kudat baru-baru ini.

Tudir hadir di program itu adalah wanita-wanita PKR bertujuan adalah untuk mendaftarkan sebagai ahli Kudat Women Society ia baru saja mendapat kelulusan daripada ROS  yang dipengerusi sendiri oleh Puan  Rahimah Majid.

Kata Rahimah berkata kebanyakannya ahli-ahlinya daripada golongan wanita yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal.
Sebagai wanita terutamanya
golongan wanita kita terpaksa mengharungi liku-liku dalam berdepan kehidupan sebagai seorang ibu bukannya mudah untuk menjaga dan membesarkan anak-anak ini semuanya adalah terletak dan tanggungjwab diatas bahu wanita yang bergelar ibu tunggal.” Tegas Rahimah.

Kata Rahimah sebagai wanita khususnya ibu tunggal walaupun  sentiasa  menghadapi hidup susah tapi mereka tak pernah menyerah kalah malah terus bangkit untuk berusaha sedaya upaya untuk berdaya saing dengan wanita-wanita lain.




KEMANA PERGINYA SEMANGAT PATRIOTIK SEORANG BANGSA MALAYSIA HAMPIR PUPUS


SOROTAN MEJA EDITOR KANAN
SHAIMON S JUMADI

BILA kita perhatikan dua tiga tahun kebelakangan ini bila mana  negara Malaysia menyambut hari Memerdekaan yang ke 58 tahun  sungguh menghayat hati kerana banyak bangunan-bangunan kedai , pejabat di beberapa Bandar di Sabah termasuk di daerah Sandakan  hanya kelihatan tidak 60 peratus bhangunan-bangunan yang dimaksudkan tidak kelihatan di pasang bendera Malaysia mahupun bendera Sabah.

Nampaknya sebagai seorang warganegara Malaysia telah terhakis daripada memiliki semangat patriotik ke Malaysiaan  jika dibandingkan 15 tahun yang sambutan hari kemerdekaan bukan main kelihatan semak samun berdera terpacak di sana sini termasuk dirumah  sendiri.

Begitu juga di kenderaan-kenderaan seperti bas awam lori motokar dan motorsikal juga terpacak kibaran benderaan nasional, sekarang dalam 10 kereta yang lalu di jalan raya barang kali kelihatan 2 hingga 3 kereka yang memasang bendera.

\
KEADAAN 10 TAHUN DAHULU BENDERA MALAYSIA TERPACAK DI SANA SINI BILA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Apa kah puncanya sebenar sebahagian rakyat Malaysia darripada beberapa suku kaum telah luntur daripada memiliki semangat patriotic ini ada kah harga satu bendera lebih mahal berbanding harga dua tahun  yanbg lalu sehingga orang ramai macam tak mampu membeli bendera Malaysia. 

Anda yang mempunyai idea bernas  coba tolong jawab dan berikan sedikit komen kenapa fenomena ini boleh terjadi dengan mendadak.




BENAR KAH SEDEKAH-DERMA UNTUK SI MISKIN?



DARI KACAMATA ISMAILY BUNGSU

BIASAnya kala disebut sedekah atau derma ini umumnya hanya buat orang susah dan jarang orang kaya kena sedekahi atau kena kasih derma dan kalau ada itu nampaknya ganjil dan luar biasa.

Sedekah/derma memang untuk orang miskin yang tidak berupaya dan kalau ada biasanya kalau jumlah juta-juta masuknya dulu ke akaun JK khas yang ditubuhkan dan jarang ke individu.

Derma parti kata Najib mesti masuk ke akaun parti elak korupsi, tetapi aneh bin ajaib yang 2.6 bilion itu masuk ke akaun peribadi dan lesap entah ke mana dan kebetulan duit 42 bilion 1MDB entah ke mana tiada jawaban.

Bila di sebut PM Najib makna itu terkait Malaysia sebab dia PM Malaysia dan bila dia minta sedekah/derma maka jelas Malaysianlah yang minta derma dan Najib hanya ketua dan menerima derma/sedekah itu.

Apakah bila disebut sedekah/derma yang kaya layak menerima?
Najib penerima derma/sedekah sedang dia orang kaya naik jet dan rosmah beli belah luar negeri juta2 dan punya cincin serta anak bisa bikin filem porno belanja sekitar 500 juta. miskinkan Najib dan miskinkan Rosma hingga sanggup terima derma/sedekah?

Susah sangatkah dimengerti kasus ini?
Aneh bin ajaib dalam dunia ini ada pula malaikat yang baik hati menderma tanpa apa-apa mahunya dan ini memang luar biasa segala tambah luar biasa derma RM2.6 bilion.

Bagus jugalah Najib terus minta derma/sedekah dari arab yang kaya raya dan kalau memang ada lagi menderma, maka hebatlah si Najib ini dan rakyat bakal kaya kesan derma/sedekah orang lain seolah Malaysia itu OKU alias orang cacat kesan minta derma tadi.



JANGAN TERPEDAYA UNDI PARTI LOKAL!


CORETAN ISMAILY BUNGSU

UNTUK kuasai Polis, Tentera, Pendidikan, Mahkamah, Kastam, Imigresen, JPN dan terpenting WANG DISATUKAN dan segala macam kena kuasai Putrajaya. Duduki Putrajaya kena menangi lebih 112 kerusi MP di PRU-14 akan datang.

Apakah parti lokal tandingi 222 kerusi MP? sedang yang di Sabah sebanyak 25 kerusi MP belum tentu dapat.
Hanya PR saja tandingi 222 kerusi Parlimen nanti. Itu kenyataannya.

Jangan lupa PRU13m PR dapat undi 52% dan BN hanya 47% cuma BN menang lebih 33 kerusi MP menyebabkan Najib duduki kerusi PM.

Sejarah PRU yang lalu2 jelas undi BN kian merosot dan PRU14 satu peluang yang terbaik dan berdasarkan macam-macam masalah yang Najib lakukan kesani hutang negara dekat 800 bilion dan 1MDB 52%, ekonomi merundum ditambah dengan GST yang mencekek leher rakyat, maka inilah peluang rakyat mengundi PR
untuk pastilkan BN tumbang.

KITA INI MACAM SI BURUNG BEO




NUKILAN ISMAILY BUNGSU

KITA ini selalu saja menjadi pak angguk dan ikut apa saja yang orang lain katakan dan kesannya kita ini semacam lembu. Kita tahu bercakap tetapi kita tidak tahu apa maksudnya yang kita cakapkan itu.

Kita selalu saja percaya apa yang diucapkan oleh para pemimpin kita meski otak dan minda serta akal pemimpin kita menggunakan otak yang ada di otot dan kesannya kita juga jadi bangang dan palui.

Tidak lama lagi itu 31 Ogos bakal ada di sisi kita dan yang jelas sudah ada di depan pintu kita dan dulu2 kita siap diarah berarak dan siap menyebut kata merdeka, tetapi apakah kita faham maksud merdeka itu?

Lalu di mana saya perisytiharaan Sabah merdeka itu dan siapa saja yang isytiharkan dan kalau memang 31 ogos, lalu di mana?
Ketika itu memang ada tentangan negara jiran, baik indo termasuk manila dan ketika itulah tercipta perkataan "ganyang Malaysia" oleh Bung Karno dan kesan tentangan itu cerita merdeka rasanya tidak timbul.

Yang ada ketika itu hanyalah menggantikan kaedah member kepada kaedah Kementerian pada 28 Ogos dan kemudian dikuatkuasakan pada 31 Ogos, 1963 dan hari itu tiada pula disebut perisytiharaan Sabah merdeka.

Makanya sejak dulu lagi saya bertanya persoalan ini tetapi tiada siapa yang memberikan jawaban, malah saya pula dikatakan agak tertinggal keretapi malam bila bicara soal kemerdekaan ini.

Yang merdeka pada 31 ogos itu hanyalah Malaya dalam tahun 1957 dan rasanya Sabah sekadar ikut2an saja menyebut kata merdeka itu dan itu yang saya katakan ramai kalangan kita ini sama sepertinya si burung beo yang hanya lebih kurang sama macam lembu main menganggukkan kepala alias ini bisa saja dikatakan
"bangang"
memangpun bangang
bangang dan bangang
bangang
bangang
Bottom of Form


THE 2015 ASIA PACIFIC INTERPORT BALUT CHAMPIONSHIP WILL BE HELD AT SANDAKAN


BY: AZMI AZMAN


PICTURE SHOW.....Wong (fourth left) receives the invitation from Daniel (廖伟雄) for the 10KM Malaysia Day Run as other SYC committees look on
 

 
SANDAKAN:  A total of 116 participants have confirmed they will be coming for the 2015 Asia Pacific Interport Balut Championship to be staged in this east coast town this November.
 
Sandakan Yacht Club (SYC) won their bid to host the event during the championship in Singapore last year. The Asia Pacific Interport Balut is one of the most prestigious Balut competitions in this region with participation from Malaysia, Singapore, Thailand and the Philippines.
 
Balut is a game of dice created by an American soldier stationed in the Philippines and is a popular pastime of Danish businessmen overseas.
 
There is also a different version of Balut played in Members’ Clubs in Malaysia, Singapore, Thailand and the Philippines which follow a set of rules established in 1978 at Singapore Town Club.
 
The 2015 Asia Pacific Interport Balut Championship will be held at Four Points by Sheration Sandakan on Nov 28 and 29 with participants expected at more than 150.
 
SYC Commodore Daniel Liaw(廖伟雄) briefed Sandakan Municipal Council president Datuk James Wong on the preparations for the event , during the courtesy call on Wong at his office in Wisma Perbandaran.
 
The Asia Pacific Interport Balut championship is one of the biggest international events to be held in Sandakan this year.
 
Daniel (廖伟雄) also presented the invitation for the 10KM Malaysia Day Run to Wong.  The event will be held on Sep 16.
 
Also present during the courtesy call were SYC Rear Commodore James Leong (梁駿健), Honorary Secretary Fred Wong (王惠堅), Honorary Treasurer Jeremy Chan (陈在仁), Committee Members Norman Sim(沈伟聰), Chin Nam Hong(陈南雄) and Paul Wong(王和仁)   .
 
 

ZAKARIA TO FLAG OFF "RUN FOR PEACE" 2015 ORGANIZED BY SGM SANDAKAN

BY: AZMI AZMAN


PICTURE SHOW…..Zakaria (middle) with Harry, Kalan and other members of the organizing committee at his office in Sandakan on Thursday
 
SANDAKAN:  State Assistant Minister of Local Government and Housing Datuk Zakaria Haji Mohd Edris is expected to flag off the “Run for Peace” event organized by Soka Gakkai Malaysia (SGM) at Padang Bandaran here this Sep 6.

More than 1,000 participants will be taking part in the run which starts at the Padang Bandaran Sandakan at 7am. Similar event will also be held in Kota Kinabalu on the same day.

They will head out towards town and Jalan Buli Sim-Sim, to Taman Grandview Housing area towards Sanny Estate, Astana Heights. They will then proceed along Jalan Istana approaching SM Sung Siew, before heading to Singapore Road and back to Padang Bandaran Sandakan.

Run for Peace”is a non-competitive event organized by SGM to create awareness on the culture of peace in the community. It is also to encourage all walks of life in the community to participate in efforts to promote more active lifestyle.

More than 100,000 participants are expected to be taking part in the run which will be staged in 19 locations throughout the country in the month of September. The event in Lahad Datu, Tawau and Keningau will be  held on Sep 20.

Representatives from SGM Sandakan led by Harry Tong and Kalan Khoo  presented the invitation letter to Zakaria as the Special Guest at his office in Prima Square off Mile 4 Jalan Utara on Thursday.




PENCULIK FILIPINA TUNTUT 30 JUTA NAJIB HARUS CAMPURTANGAN KEATAS 2 MANGSA.......WONG

OLEH: KREW DAP

SANDAKAN:- Timbalan Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong berkata, penculik Filipina yang melarikan 2 orang mangsa pada 3 bulan yang lalu, meminta wang tebusan sebanyak 30 juta. Wong menyeru Perdana Menteri Najib campur tangan menangani isu ini, membantu menyelamatkan mangsa dengan menggunakan kuasa PM.

Wong berkata, kerajaan bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan rakyat, terutamanya dalam kes penculikan di kawasan Sandakan, penculik terang-terang datang dan menculik 2 rakyat kita, ini adalah tidak munasabah! PM Najib harus berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mangsa, termasuk membayar wang tebusan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sandakan antara lain berkata, kejadian penculikan tersebut berlaku di sebuah restoran yang dikunjungi ramai, dan berdekatan dengan bandar. Keselamatan di Pantai Timur Sabah terancam, kerajaan bertanggungjawab terhadap perkara ini.

Wong berkata, menurut laporan berita, mangsa wanita berkenaan menghadapi masalah kesihatan yang serius, oleh itu kerajaan harus menyelamatkan mangsa dengan secepat mungkin.
Wong juga mengkritik PM, sedangkan beliau telah menerima dana 2.6billion, maka beliau harus mengeluarkan wang untuk menyelamatkan rakyat yang menghadapi ancaman nyawa, jangan hanya membantu UMNO BN sahaja.


Jangan lupa, kerajaan diamanatkan tanggungjawab untuk mentadbir negara, oleh itu harus mengutamakan kepentingan rakyat dalam menjaga keselamatan.

Selain itu, menurut Wong, sedangkan PM berkuasa untuk menambahkan peruntukan Ahli Parlimen dari RM1juta kepada RM5juta untuk membangunkan kawasan masing-masing, maka PM juga patut  berkuasa untuk menangani 30 juta wang tebusan tersebut.

Wong juga mengingatkan PM supaya jangan hanya mengutamakan kepentingan kroni dan mengukuhkan kedudukan beliau sahaja. Jika beliau tidak menghiraukan nyawa mangsa penculikan,  maka ini jelas menunjukkan kerajaan ini tidak mempedulikan hidup mati rakyat, hanya mengambil berat dengan perebutan kuasa dan kepentingan menteri sahaja.
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/no_photo.png


PRESIDEN MPS GAGAL PANTAU TAHAP KEBERSIHAN PASAR UMUM SANDAKAN........KATA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Dalam tinjauan Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong Thien Fatt kepasar umum Bandar Sandakan pada 21hb Ogos lalu menggesa kepada pihak  Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  supaya memandang serius terhadap masalah pembentungan di pasar berkenaan.

Wong berpendapat  bahawa Presiden MPS seharusnya memantau keadaan pasar tersebut dan mengarahkan Unit Kesihatan  Awam MPS supaya mengambil sebarang tindakan segala  permasalahan yang terdapat di pasar bukan duduk di pejabat saban hari makan gaji buta seharusnya dibawa kemeja perundingan majlis

Beliau berkata, masalah sistem pembentungan di pasar umum sandakan amat serius, tetapi tidak diambil tindakan oleh pihak MPS kerana Presiden MPS dan ahli unit kesihatan awam tidak pernah mengunjung ke pasar, tidak sedar dengan kesusahan rakyat.

Wong menerima aduan bahawa parit di luar pasar dan kawasan letak kereta telah tersumbat selama beberapa bulan.
Wong tidak faham mengapakah pihak MPS tidak mengambil tindakan untuk menangani masalah tersebut, mengakibatkan keadaan kebersihan di lokasi berkenaan terjejas.

Wong berkata, MPS sebagai kerajaan  tempatan,  bertanggungjawab penuh ke atas masalah tersebut, tidak harus mengabaikan sahaja.

Kata beliau, presiden MPS dan Ketua Unit Kesihatan MPS harus pergi memantau ke pasar umum, barulah dapat merasai dan memahami masalah berkenaan.

Bukan kah daerah Sandakan nombor 2 terbesar Bandar Kota Kinabalu tetapi keadaan sekeliling Bandar Sandakan penuh dengan timbunan sampah sarap Bandar yang sering dikunjungi oleh para pelancung asing.



KERATAN AKHBAR TERJEMAHAN BAHASA CINA



SEKALUNG BUDI PENGHARGAAN BUAT DOKTOR SISTERS STAFF NURSE DAN PEMBANTU NURSE HOSPITAL DUCHESS OF KENT SANDAKAN




IKHLAN KHAS UNTUK HOSPITAL DUCHESS OF KENT DAN JABATAN PESAKIT LUAR (JPL) KEMENTERIAN KESIHATAN SANDAKAN





SEKALUNG BUDI PENGHARGAAN TERIMA KASIH
KEPADA PARA DOKTOR SISTERS STAFF NURSE PEMBANTU JURU RAWAT
HOSPITAL DUCHESS OF KENT SANDAKAN ARAS (TINGKAT) 4
DOKTOR STAFF NURSE BAHAGIAN KECEMASAN
BAHAGIAN PEMBEDAHAN  UNIT PAKAR BAHAGIAN X  DOKTOR, SISTERS, STAFF NURSE TINGKAT 2 BANGUNAN LAMA HOSPITAL DUCHESS OF KENT SANDAKAN KERANA MERAWAT SAYA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA SEMASA SAYA DIWAD HOSPITAL BERKENAAN SELAMA SEBULAN.
 DAN TAK LUPA JUGA DOKTOR DAN STAFF NURSE JABATAN PESAKIT LUAR (JPL) SANDAKAN KERANA MEMBANTU MERAWAT SAYA 

JUGA TAK LUPA DOKTOR DAN STAFF NURSE BAHAGIAN BILIK PROSEDUR (UNIT PAKAR) DAN BILIK PROSEDUR  JPL) 

HANYA ALLAH SAJA YANG MENDAPAT MEMBERIKAN GANJARAN DAN PAHALA ATAS JASA BAIK ANDA KALIAN...AMIN



NAJIB KATA TAMBAHAN 5 JUTA UNTUK MP BN UNTUK MEMBELI HATI AHLI PARLIMEN ....DAKWA WONG

OLEH: AZMI AZMAN




SANDAKAN:- Bersabit  dengan pengumuman Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak  bahawa akan menambahkan peruntukan untuk ahli Parlimen BN pada tahun depan, lebih tinggi daripada peruntukan kini iaitu RM5 juta, Ahli Parlimen Sandakan  mengutuk keras-kerasnya  tindakan  Najib  ini adalah seolah-olah “membeli hati” ahli Parlimen BN, supaya mereka tidak bersuara tentang isu 1MDB dan dana 2.6billion, menghalang mereka daripada menyokong pelaksanaan undi tidak percaya di Parlimen ke atas PM Najib.

Tambah Wong, BN terdapat 134 ahli Parlimen, mengikut pengiraan peruntukan sekarang iaitu RM5juta, ini telah menelan RM670juta dana negara, jika tahun depan menambah peruntukan tersebut, maka akan melebihi RM700 juta hingga RM1billion!

“Lagipun, kita tidak tahu sejak bila peruntukan tersebut ditambah dari RM1 juta kepada RM5juta, setahu kita selama ini hanya peruntukan RM1juta diberikan, tetapi secara senyap-senyap ditambahkan 5 kali ganda, kini hendak menambah lagi, ini adalah amat tidak munasabah! Rakyat berhak tahu sejak bila RM5 juta tersebut ditambahkan, dan bagaimanakah ahli Parlimen menggunakan peruntukan tersebut?”

Stephen Wong juga Ahli Parlimen Sandakan berpendapat bahawa, tindakan PM ini adalah untuk mengukuhkan sokongan daripada ahli Parlimen BN, supaya mereka tidak berkata apa-apa tentang PM.

Kata beliau, menambahkan peruntukan dapat memberi perkhidmatan kepada rakyat, tetapi kegunaan wang tersebut tidak transparen, walaupun setiap tahun ahli Parlimen BN diberikan peruntukan RM5juta, tetapi adakah ia digunakan ke atas masyarakat dan kehidupan rakyat? Ia tidak diumumkan secara telus.

Beliau berkata, parti pembangkang tidak mendapat layanan yang adil, peruntukan kawasan Parlimen parti pembangkang diserahkan oleh pemimpin yang disyorkan oleh BN, akhirnya ramai rakyat menyalahkan parti pembangkang kerana tidak memberikan peruntukan dan pembangunan, BN menggunakan cara ini untuk menang hati pengundi dan menyerang ahli Parlimen parti pembangkang.

Beliau berasa amat kecewa, kerana kini ekonomi negara merosot, nilai mata wang Ringgit semakin jatuh, pendapatan petroleum negara berkurangan, tetapi kerajaan bukan sahaja tidak berjimat-cermat untuk memperbaikan ekonomi negara, malah menambahkan peruntukan untuk menambat hati ahli Parlimen, ini seolah-olah politik lebih penting daripada kepentingan rakyat jelata. Kata beliau, kerajaan harus mengurangkan peruntukan tersebut, menumpukan perhatian untuk memperbaiki ekonomi negara, melaksanakan pentadbiran yang lebih cekap untuk mempertingkatkan infrastruktur asas dan kehidupan rakyat.


Kata beliau, PM tidak memberikan peruntukan kepada ahli Parlimen parti pembangkang, seolah-olah mengabaikan rakyat yang mengundi kepada parti pembangkang, mengetepikan kawasan Parlimen parti pembangkang. Di bawah sistem demokrasi, kerajaan sepatutnya melayan seluruh rakyat secara adil, tidak kira rakyat mengundi kepada parti pembangkang ataupun BN.
\
Di sebaliknya, negeri Selangor dan Pulau Pinang yang ditadbir oleh parti pembangkang, ada memberikan peruntukan kepada ahli Parlimen BN, supaya mereka dapat membantu kawasan mereka menjalankan pembangunan yang minor.

Wong berkata, ini adalah jelas bahawa BN mengetepikan kawasan Parlimen parti pembangkang. Beliau berharap pengundi dapat lihat dengan jelas hal sebenarnya, dan memahami situasi parti pembangkang, kerana menyokong parti pembangkang adalah berharap untuk “UBAH”, mengubahkan keadaan negara, menambahbaikan ekonomi dan kehidupan rakyat, supaya rakyat mendapat kehidupan yang lebih baik.



KENYATAAN WAN ADNAN MAMAT 2.6BILLION SEBAGAI KEBUDAK-BUDAKAN KATA MP SANDAKAN.

OLEH: KREW DAP

SANDAKAN:- Berhubung dengan ucapan Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan  Mamat bahawa sumbangan 2.6billion adalah sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam, Ahli Parlimen (DAP)  Sandakan Stephen Wong menyifatkan kata-kata tersebut adalah kebudak-budakan dan tidak dapat meyakinkan orang.

Wong menyeru pemimpin dan penyokong UMNO supaya jangan memberikan ucapan yang tidak matang, menyebabkan keadaan bertambah teruk dan diketawakan oleh seluruh dunia. Wong juga mengkritik kata-kata yang dikeluarkan oleh pemimpin UMNO tersebut, tiada orang akan percaya mahupun kanak-kanak.

Wong berkata, Malaysia telah menjadi bahan ketawa di antarabangsa disebabkan isu 1MDB dan dana 2.6billion, pemimpin UMNO harus berwaspada semasa berucap dan bertindak.


Wong berkata, ucapan Ketua Umno Bahagian Kuantan tersebut, bukannya mendedahkan kebenaran dan hal sebenarnya, tetapi menjatuhkan lagi imej negara kita.

JANGAN PERSOALKAN 1MDB KALAU MAHU KEKAL JAWATAN DALAM KABENET ATAU BADAN KERAJAAN?

OLEH: PAPARAJE A/L RAMASAMY


AHLI-ahli UMNO yang telah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan samada ada  jawatan yang disandang dalam barisan kabenet persekutuan yang mahu selamat mengekakalkan jawatan masing-masing jangan mempersoalkan 1MDB buruk akibatnya nanti.

Ini selas  beberapa orang anggota kabenet persekutuan yang telah digugurkan daripada menjawat jawatan penting khususnya menteri  daripada beberapa  kementerian berkenaan.

Bukan kah Perdana Menteri sendiri telah menegaskan berkali-kali  sesiapa saja menteri yang tidak sehaluan  dan sekepalanya  yang suka mempertikaikan soal 1MDB dijadikan isu besar memang akan menjadi mangsa menyingkiran ini sudah terbukti di mana empat orang menteri telah dipecat serta merta.

Dalam konteks ini kita telah melihat sendiri orang-orang yang masih memegang jawatan penting dalam kabenet persekutuan walaupun mereka nampaknya tidak begitu senang hati terhadap prilaku Perdana Menteri terpaksa angkat kaki sama ada pura-pura menyokong tindakan PM memecat 4 orang itu atau disebaliknya demi menyelamatkan jawatan masing-masing.

Ramai pemimpin yang tukang angki kepada PM antaranya Mohd Nazri  yang berapi-rapi kita tadak tahu apa sebenarnya motifnya dia buat demekian.

Keberanian Timbalan Presiden UMNO yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Hj Muhyiddin Yassin  berkali-kali mendesak kepada PM (Najib) supaya mendedahkan kes1MDB kepada umum demi kepentingan  dan menyelamatkan kerajaan Barisan Nasional dan Negara.

Tindakan Muhyiddin itu seharusnya mendapat  sokongan padu daripada ahli-ahli UMNO kerana apa yang dilakukannya semata-mata demi kepentingan kerajaan BN bukan untuk kepentingan pribadi Najib.

Bagi masyarakat  bukan bumiputera seperti Cina. India kes 1MDB memang kes serius perkara ini perlu disiasat kerana melibatkan dana kerajaan dan rakyat disinilah mulanya luntur sokongan rakyat terhadap kerajaan BN  terutama sekali bagi masyarakat Kadazan-Murut dan Dusun kalau di Sabah.

Desas desus mengatakan  bila menjelangnya PRU 14 nanti parti pertama yang bakal meninggal BN ialah MCA, MIC dan Gerakan kemudian PBS, UPKO, LDP dan PBRS  kerana mereka telah kehilangan pucuk kepimpinan BN persekutuan dan kepimpinan BN negeri.



JIKA BENAR SHAFIE APDAL AKAN KELUAR UMNO MENYERTAI PR UMNO SEMPORNA HINGGA KE LAHAD DATU AKAN HANCUR

OLEH: PAPARAJE AL RAMASAMY

KUALA LUMPUR:  Pemecatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah  Datuk Hj Mohd Shafie  Hj Apdal  sedikitpun tidak mengejutkan kepada ahli-ahli UMNO  diseluruh Negara kerana memang daripada awal-awal lagi telah diduga barang siapa cakap atau campur tangan mengenai isu 1MDB pastinya mereka akan menjadi mangsa pembuangan  jawatan penting daripada kabenet Persekutuan.

Ini andaian demi andaian kini telah menjadi kenyetaan seseiapa saja bercakap mengenai isu 1MDB pastinya akan menjadi mangsa penyingkiran jawatan yang mereka sandang itu.

Tindakan Perdana Menteri membuang beberapa orang menteri kanan daripada kabenet itu dua orang yang merupakan orang berpengaruh besar di kalangan ahli-ahli UMNO iaitu Shafie dan Tan Seri Muhyiddin Yassin akan menjejaskan sokongan padu kepada UMNO sendiri.

Contoh terdekat seperti Shafie Apdal daripada  kawasan Semporna hingga ke Lahad Datu  adalah pemimpin ADUN dan MP yang paling rapat dengan Shafie sebangsa lagi.

Mereka tentu marah dengan PM bila mana terjadinya dan tercetusnya pembuangan keatas Naib Presiden UMNO Malaysia dan juga penyandang Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilyah iaitu mangsa Shafie.

Jika andaian itu menejadi kenyataan Shafie benar-benar keluar daripada UMNO kemudian menyertai Parti KeAdilan Rakyat (PKR)  sudah tentu kerusi parlimen Semporna hingga kerusi MP Jambongan dan kerusi-kerusi kawasan Senalang, Bogaya  dan Sulayan hingga kekawasan perairan pantai Lahad Datu akan dimonopoli oleh PR bilamana menjelangnya PRU14  nanti.

Disinilah mulanya hancur UMNO di Sabah salah satu sebab ekoran  pemecatan Shafie Apdal orang yang berpengaruh besar  dalam kelompok UMNO tidak mustahil  perkara ini tidak akan terjadi pastinya terjadi.


Dalam konteks ini saya tidak akan membicarakan hal Muhyidin Yassin sebab saya tidak berapa faham  mengenai hal ehwal pribadinya berbanding dengan kisah perjuangan Shafie