BANYAK KOMEN MAKNA PARTI WARISAN SABAH DAPAT SAMBUTAN HANGAT ....The Sabah Insider Online


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Rabu Oktober 19/2016

BILA logo Parti Warisan Sabah dilulus oleh ROS dan perubahan namanya sekaligus, maka ianya melebar di laman sosial dan sambutan komen dari pelbagai individu cukup menarik perhatian hingga pertanyaan bertubi2 datang yang kekadang tidak mampu saya menjawabnya.

Sesudah saya jelaskan motif dan tujuannya maka ada yang memuji dan tidak kurang yang mengutuk dan ramai yang bertanya serta komen pelbagai. Itu biasa tetapi itulah tandanya WARISAN mendapat sambutan yang cukup hangat.

Kome=komen  yang diberikan makna Parti Warisan Sabah yang nama sengkatnya WARISAN cukup menarik perhatian rakyat dan ini jelas rakyat sedang menanti kehadiran parti WARISAN yang bisa menggegarkan Sabah yang kesani ada kerisauan tahap gaban di hati kalangan parti2 dalam BN.
Seperti yang saya katakan kapal itu maknanya harapan rakyat Sabah dan parti berkenaan visinya menyelamatkan rakyat Sabah.

Kapal itu asas/sumbernya kesan kapal Nabi Nuh yang selamatkan umat manusia meski ketika itu Nabi Nuh kena hina-hina oleh orang-orangnya sendiri sehingga ia dikata gila kerana membina sebuah kapal yang besar di atas bukit.

Memang benar untuk mendirikan parti WARISAN ini banyak sangat hinaan yang Shafie  terima hingga dituduh pengkhianat tidak setia dan bagaimana mahu setia kalau kapal yang ditumpangi sudah lari dari sasaran sebenarnya?

Pernah Tun Mustapha menyatakan ia sertai kapal yang lebih besar dan DSPL juga sama sertai kapal yang lagi besar, tetapi kesan kapal itu gagal perjuangkan kehendak Sabahan, maka mereka terpaksa meninggalkan kapal berkenaan kesan tidak mahu dikata SUBAHAT dengan pemimpin yang terang-terang  mungkar melesapkan dana 1MDB hingga dunia memperkatakan hal korupsi yang melampau dan cukup memalukan Malaysian.

Terkait dengan warna biru dalam logo WARISAN itu sebenarnya melambangkan badai yang bakal menghempas kapal yang ditumpangi dan sama dengan keadaan kapal Nabi Nuh dulu yang dibawanya bersama hamba-hamba Allah dan binatang yang berpasang2an siap dihadapi segala macam gelombang dan angin yang menggila kesan banjir.

Jadi, kewujudan kapal WARISAN ini bakal menyelamatkan Sabahan dan warisan itu membawa makna segala harta khazanah Sabah harus diurus oleh Sabahan sendi