The Sabah Insider Online MAJLIS PECAH TANAH PROJEK GRAVITI DILIMA KAMPUNG DI KENINGAU…LIM KIT SIANG



OLEH: KURAPSAMMY A/L KURAP PANAU (KENINGAU)
Saturday October 29/2016

KENINGAU:-  Lima buah kampung di kawasan pedalaman Keningau antaranya salah satu Kampung Bunga Raya masih lagi daif dalam aspek kemudahan asas seperti bekalan air bersih untuk  kegunaan harian seperti air minun- mandi dan sebagainya.

Untuk memberi kemudahan kepada penduduk-penduduk dilima buah kampung tersebut agar mereka dapat menikmati  bekalan air bersih  lantaran Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah mengambil inisiatif  untuk mengadakan  projek Air Graviti.

Majlis Pecah Tanah Projek Air Graviti itu telah lakukan di Kampung Bunga Raya oleh Setiausaha  Agung DAP Lim Kit Siang  yang  juga Ahli Parlimen Gelang Patah dan disaksikan oleh para pemimpin Kanan DAP termasuk Pengerusi DAP Sabah yang juga Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt.

Dalam ucapan alu-aluan Lim mengucapkan terima kasih diatas sambutan oleh para penduduk dilima kampung tersebut  terhadap kedatangan rombongan ahli-ahli DAP.


Kata Lim lagi rakyat yang tinggal di kawasan Pedalaman memang tidak dapat dinafikan mereka terus terpinggir dalam menikmati arus pelbagai pembangunan asas untuk keperluan rakyat.

Parti DAP adalah berjuang untuk membela nasib  rakyat pelbagai bangsa dan agama yang tidak pernah mengenal warna kulit yang  memerlukan bantuan pasti dibantu mengikut kemampuan.