TIADA YANG BARU POLITIK SABAH

 
( Kecuali keluarnya Shafie dan Jaujan)

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Monday Oct. 03/2016

HARI ini dikatakan Datuk Sri Panglima Lajim Hj Ukin  keluar meninggalkan parti Keadilan dan dibawanya bersama 10 cabang dan itu ada sedikit keraguan sebab perlembagaan parti kena kelulusan cabang yang harus mendapat mandat 1/3 keseluruhan ahli cabang.

Kedua diumum juga YB Terrence keluar parti Keadilan dan selanjutnya diperkatakan sertai parti DS Shafie Apdal sementara YB Junz/DUN DAP Likas juga umum keluar parti dan bakal sertai parti tempatan.

Apa yang berlaku tadi di perhimpunan di Hotel Yahoo itu saya lihat bukan sesuatu yang baru, malah di situ timbul keraguan keadaan itu lebih memecahkan undi terhadap pembangkang jika tersilap atur.

Sekarang yang jelas Keadilan pecah dua sebab masih ada sekitar 15 cabang yang masih bertahan dan itu mempunyai undi yang boleh memecahkan undi pembangkang dan apakah ini tidak difikirkan?

Saya setuju sangat perjuangan mereka menggunakan parti tempatan untuk melaungkan slogan Sabah untuk Sabahan atau Sabahan untuk Sabah.

Tetapi kesan perpecahan undi kalangan ahli PKR dan nanti perpecahan undi DAP maka itu terang-terangkan akan merugikan pembangkang sendiri di PRU14 akan datang.

Yang saya lihat bakal mengubah politik 
Sabah ialah bila YB DS Shafie Apdal dan YB Jaujan meninggalkan UMNO dan itu jelas akan cukup berbahaya buat UMNO dan boleh menumbangkan pemerintah BN.

Bila kedua YB itu meninggalkan UMNO dan kawasan pantai timur mereka kuasai, maka kalangan undi pembangkang PKR dan DAP menambah undi maka ini memang berbahaya buat BN yang memerintah di Sabah.

Sebalik perpecahan PKR/keadilan nanti dengan parti baru yang DSP Lajim tubuhkan itu tidak dapat membawa apa-apa yang boleh membanggakan kecuali semua parti pembangkang bersatu.

Apakah USA akan bersatu dengan Pakatan Harapan kalangan DAP/PKR dan Shafie  serta yang lain? Ini sesuatu yang saya lihat sukar sebab perpecahan PKR/keadilan itu sendiri telah tercipta satu jalan yang sukar.

Barangkali sesudah parti Shafie didaftar dan kemudian dicipta lagi satu parti yang boleh menjadi payung semua parti pembangkangseperti parti menggunakan logo BN dan kemudian disepakati menggunakan satu logo lawan BN tentu ini saja caranya yang boleh menumbangkan BN.

Sebalik jika gagal maka kita akan melihat keputusan pilihanraya kali ke14 akan lebih mengecewakan banding PRU-13 lalu sebab jangan lupa ada 18 parti baru berdaftar dan belum dikira parti yang menjadi agen BN.

Saya perpendapat hanya DS Shafie saja yang boleh menjadi orang tengah untuk selesaikan masalah/itupun kalau parti-parti pembangkang tidak bersikap ego akui diri kuat.

Cuba saja difikirkan hal ini dan apakah tindakan yang ada sekarang ini bakal menjadi menang sorak kampung tergadai atau ayam terlepas tangan bau tahi atau juga sama mendengar guruh di langit air di tempayan ditumpahkan dan akhirnya BN ketawa terbahak-bahak sementara pembangkang berputih mata serta rakyat susah menderita GST terus mendaki puncak.