SALAHGUNA RM3 JUTA PENGARAH-TIMBALAN JABATAN AIR SABAH DITAHAN SPRM UNTUK BANTU SIASATAN

PENGARAH DAN TIMBALAN?
( 3 juta tunai dlm simpanan di pejabat
Semcm kedua dari membakut?)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Rabu Okt 05/2016

SURUHANJAYA  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di Kota Kinabalu, Sabah kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam pemberian projek
jabatan.

Mereka yang berusia 51 dan 54 tahun ditahan di pejabat masing-masing
kira-kira 9.15 pagi tadi kerana disyaki memonopoli dan memberikan
projek-projek yang dikendalikan jabatan itu kepada sanak saudara mereka.

Sumber memberitahu Bernama hari ini bahawa SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM3 juta yang disimpan di dalam peti besi di pejabat seorang daripada pegawai kanan itu.

“Kedua-dua pegawai kanan berjawatan Pengarah dan Timbalan Pengarah di jabatan kerajaan itu, yang mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak 2010, telah memonopoli kesemua projek dan diserahkan kepada adik-beradik mereka.

“Hasil penyalahgunaan kuasa ini, yang dipercayai bermula sejak 2010
hingga kini, mereka dipercayai mengumpul harta kekayaan melebihi RM50 juta,” katanya.

Sumber itu berkata peruntukan RM3.3 bilion itu hanya merupakan peruntukan yang disalurkan kerajaan Persekutuan dan tidak termasuk peruntukan kerajaan negeri.

“SPRM juga membuat beberapa siri serbuan di beberapa tempat termasuk agensi terbabit dan syarikat-syarikat kontraktor yang terlibat," katanya.

Sumber itu berkata perbuatan kedua-dua pegawai kanan itu bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi menutup periuk nasi berpuluh kontraktor lain yang langsung tidak diberikan peluang memasuki tender agensi terbabit.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernamahari ini mengesahkan tangkapan berkenaan namun, enggan mengulas lanjut.


No comments:

Post a Comment