The Sabah Insider Online..... JAMAWI KENA TAHU PERLAKSANAAN GST DI NEGARA LUARPUN ADA

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Sabtu Oktober 22/2016

PEMBANGKANG rasanya tidak pertikai soal GST sebab di mana-mana negara juga ada melaksanakan GST sejak sekian lama.

Jamawi harusnya tahu Singapura dan negara-negara lain memang kurang sumber alam dan Malaysia ini terutama Sabah yang hasilkan sawit terbesar, koko, minyak dan pelancongan yang bilion setahun.

Apakah Jamawi tidak tahu hasil-hasil  balak, minyak, gas, sawit dan segalanya itu lebih cukup membangunkan Sabah tanpa GST dan perginya hasil-hasil  sumber alam di Sabah ini?

Misalnya kalau balak, sawit, getah, minyak, gas itu diproses di Sabah sendiri seperti dibina kilang untuk proses sawit misalnya bukankah itu hasilnya memakmurkan Sabah, malah tanpa ada kilang prosesan di Sabah juga lebih dari cukup untuk memakmurkan Sabah dan sekaligus menjana ribuan pekerjaan banding belia-belia  hijrah ke Malaya.

Seperti yang saya katakan bahawa pembangkang tidak pertikai GST dilaksanakan meski berapapun tetapi apakah GST itu digunakan untuk pembangunan rakyat seperti di Negara-negara  maju misalnya?

Jamawi asal Tenom dan tidakkah Jamawi tahu di kampung saya sungai Api misalnya sejak 53 tahun tidak ada PAIP AIR dan mereka di sana hanya menggunakan sungai dan sungainya kekadang tercemar kesan pembalakan.

Tidakkah Jamawi tahu di Tenom itu tenaga letrik tidak cukup dan itu kesani barang-barang  letrik selalu rosak kesan kekurangan tenaga letrik itu.

Tidakkan Jamawi tahu pendapatan orang kampung hanya mengharap hasil getah dan sawit dan sesudah sawit turun harga dan demikian juga getah, bukankah itu menyusahkan orang kampung dan kesannya ada yang hanya mengharap hutan untuk memburu dan tiba-tiba  mati dalam hutan 5 bulan lalu dan apakah Jamawi tidak tahu hal itu?

Saya katakan lagi kita tidak membantah GST tetapi apakah benar GST itu untuk membangun negara dan keperluan orang di Sabah atau sekadar dikutip dan dibina projek mega dan kemudian korupsi untuk kayakan poket pemimpin sendiri? Lihatlah jalan-jalan di kampung-kampung  Tenom dan sekitar.

Jamawi tidak perlulah membandingkan negara lain yang kurang sumber tetapi lihatlah negara sendiri dan lihatlah Tenom apa yang BN lakukan dan Jamawi sebagai pemimpin tidak mungkin pula tidak tahu apa yang berlaku di Tenom atau barangkali menutup mata dan menulikan telinga.